Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Masih Belum Reda...

Alhamdulillah keadaan di Tunisia sudah semakin reda ekoran pembentukan kabinet sementara yang baru, sebelum pilihanraya umum dua bulan lagi.. Sekarang tumpuan diberi untuk mendedahkan ketidakadilan politik yang berlaku selama ini. Pada masa sekarang, laporan menunjukkan kerajaan memberi pampasan wang kepada rakyat yang meninggal dan cedera semasa revolusi dua minggu lepas. Bilangan rakyat yang meninggal (lebih kurang seratus orang) dan tercedera tidaklah terlalu ramai untuk sebuah revolusi yang mampu meruntuhkan sebuah pimpinan diktator. Moga Allah memberikan sebaik-baik balasan buat mereka. Siaran TV Tunisia kembali menayangkan cerita-cerita seperti biasa, serta mengurangkan siaran langsung perbincangan pakar2 tentang ketidakadilan pemerintah dalam semua bidang, yang ditayangkan setiap hari semenjak kejatuhan pemimpin yang diguling.  Namun begitu suasana di Mesir semakin meruncing, rakyat semakin tegas dengan keinginan mereka untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak . Bilangan ra

Oman Berpesta Lagi

Semalam bermula 'Mahrajan Muscat 2011' yang mana akan berlangsung selama sebulan. Acara tahunan ini seperti biasa memuatkan pelbagai program yang menarik. Cuma kita mestilah tahu memilih apa yang sesuai untuk diikuti. Disebabkan anak-anak masih dalam cuti, tanpa apa-apa program, maka kami mengambil keputusan untuk menghadiri acara pembukaan Mahrajan kali ini...apa yang paling seronok bagi saya ialah pameran kraf daripada negara-negara luar Oman, yang mana ada diselitkan seni khat bagi negara tersebut. Biasanya ketika program sebegini, saya dapat bertemu dengan rakan lain dari Malaysia. Begitu juga malam tadi, sempat bertemu beberapa orang rakan senegara alhamdulillah. Maka, langit Oman sekali lagi akan dihiasi dengan dentuman mercun, serta pertunjukan laser selepas pertandingan mercun antara negara yang berlangsung bulan Disember lepas.  Memang terasa kemeriahan sambutan 40 tahun kemerdekaan Oman, disambung pula dengan Mahrajan Muscat...banyak jugalah duit yang dibazirkan u

Selepas Tunisia, Mesir mencuba...

Sudah beberapa hari siaran TV memfokuskan kepada tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir, hari ini juga ada laporan tentang 'Jumaat Ghodob' ataupun 'Jumaat kemarahan rakyat', yang mana dijangkakan sejuta rakyat Mesir akan berhimpun menunjukkan perasaan marah mereka kepada kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Akan tetapi setakat laporan petang tadi lebih kurang 40 ribu rakyat berhimpun. Namun begitu, pimpinan disana bagai sudah dapat menjangka apa yang akan berlaku, hasilnya internet tidak dapat dilayari, malah laporan langsung TV juga terganggu. Jadi boleh dikatakan keinginan rakyat Mesir mestilah betul-betul datang daripada hati yang kuat, tanpa bantuan luar,tidak seperti revolusi di Tunisia. Apakah mereka mampu?  Jika diikutkan fakta, penyelewengan politik di Mesir lebih teruk daripada Tunisia, tapi memontum kebangkitan rakyat Mesir sekali-sekala, tidak seperti kebangkitan rakyat Tunisia, yang mana mereka memulakan sehingga berjaya. Bila menonton tunjuk perasaan di Mesir

Seminggu Berlalu...

Hari ini Jumaat...selepas seminggu berlalu kisah revolusi di Tunisia, namun masih hangat dibicarakan di TV. Selama seminggu jugalah saya tertanya-tanya 'apakah kejadian ini bakal mengubah segala perancangan kami selama ini?.  Sesungguhnya peristiwa tersebut mampu menjadi titik mula kepada banyak keputusan tergantung, keputusan yang bertahun-tahun tidak dapat diambil kerana masalah yang berlapis-lapis. Hanya Allah yang lebih mengetahui... Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya mengambilberat tentang apa yang berlaku di Tunisia? Apakah kaitannya dengan kehidupan kami? Saya hanya mampu berdoa agar apa yang berlaku disana berakhir dengan positif, agar kehidupan ramai insan yang senasib dengan suami saya akan berubah. Juga agar kehidupan wanita-wanita yang senasib dengan saya juga berubah kearah positif. Bukan mudah untuk hidup bertemankan insan yang diuji, yang mana ujian tersebut begitu berat, yang jarang-jarang dirasai oleh insan diluar sana. Malah sukar difahami oleh orang

Salah Ikutan

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi lagi cerita tentang revolusi di Tunisia, moga menjadi panduan dan teladan buat kita semua dalam mengatur hidup dialam ini. Sebenarnya banyak cerita positif tentang apa yang berlaku disitu, insya Allah akan saya kongsikan kemudian, akan tetapi hari ini saya ingin kongsikan tentang silap faham masyarakat luar Tunisia tentang apa yang berlaku disana. Maka wujudlah trend baru dinegara-negara jiran iaitu membakar diri, ala-ala tindakan BouAzizi 'hero Tunisia'. Alkisahnya BouAzizi dinafikan haknya untuk berniaga, yang mana haknya dirampas oleh penguatkuasa kerajaan Tunisia ketika itu. Jadi beliau telah melakukan satu tindakan berani mati iaitu membakar diri, demi mempertahankan maruah beliau, serta memprotes tindakan kerajaan, sehinggalah beliau menemui maut, kemudian kisahnya dijadikan titik mula revolusi di Tunisia. Penganalisis politik menyatakan tindakan tersebut telah membangkitkan semangat rakyat Tunisia yang telah lama tertekan, y

Jangan Mengecilkan Kebolehan Anak-anak

Kami jarang bercerita dengan anak-anak berkaitan politik, kerana memikirkan banyak perkara negatif berkaitan politik semasa. Malah saya selalu menganggap bahawa mereka tidak tahu apa-apa tentang isu-isu politik yang ditayangkan diTV. Sehari dua ni kami suami isteri rancak mengikuti perkembangan politik Tunisia. Tiba-tiba anak lelaki sulung bertanya: Apa berlaku pada Zainul Abidin? Barulah saya tahu bahawa dia juga teringin untuk mengetahui apa yang berlaku pada Presiden Tunisia. Malah dia mengetahui nama penuh presiden tersebut, Zainul Abidin Ben Ali.  Kemudian anak lelaki kedua bertanya: mengapa orang lain pula yang bercakap, mana pergi Ketua Menteri Pertama, Muhammad Ghanouchi? Saya berkata, Ghanouchi menjadi pemangku presiden sekejap saja, tak sampaipun 8 jam sekarang sudah ditukar kepada ketua parlimen untuk memangku jawatan presiden Tunisia. "laa...sekejapnya dia jadi presiden" ujarnya lagi. Ayahnya bergurau dengan si kecil "jom kita pergi Tunisia" dia menja

Lari ke Mana?

Sedikit perkongsian tentang revolusi di Tunisia... Disebabkan tunjuk perasaan yang berlangsung dekat sebulan, presiden Ben Ali tidak tahan dan mengambil keputusan melarikan diri daripada Tunisia. Ramai yang terkejut dengan tindakan tersebut kerana ia dibuat tidak sampai sehari selepas ucapan beliau disampaikan yang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai pertandingan merebut jawatan presiden untuk kali seterusnya. Sebelum itu beliau memberi ucapan memberitahu rakyat bahawa kerajaan akan menyediakan 30 ribu peluang pekerjaan pada tahun depan. Akhir-akhir ucapan beliau...ana fahimtum.. ana fahimtum...saya mengerti apa kehendak anda semua... Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah apabila tindakan itu dibuat dalam keadaan terdesak, maka apa yang berlaku tidak memenuhi keinginan hati beliau.  Ketika laporan dibuat, rakyat Tunisia tidak tahu Presiden mereka lari ke mana, ada laporan mengatakan bahawa beliau ke Malta, ada yang menyatakan Perancis, ada yang menyatakan beliau lari

Macam-macam Cerita

Tahun baru...cerita baru....sejarah baru.... Macam-macam cerita semasa untuk diikuti dalam tahun baru ini...walaupun ia agak lama dibincangkan akan tetapi segala penentuan akan ditetapkan pada tahun ini. Cerita Sudan...apakah Sudan akan terbahagi dua kepada Sudan Utara dan Sudan Selatan? Sudah beberapa bulan kerajaan Sudan sibuk dengan penentuan kerajaan mereka, apakah umat Islam di Sudan akan dibahagi kepada dua negara yang berbeza? Saya masih tertunggu-tunggu keputusan akhir...moga Allah menyelamatkan mereka daripada permainan politik antarabangsa. Bila bercerita tentang Sudan, bersambung pula kepada kuasa terhadap air di Sungai Nil, yang mana Mesir juga terpaksa menanggung akibatnya. Jika Sudan terbahagi dua, maka banyak lah cerita-cerita sensasi baru yang akan muncul. Apakah umat Islam akan berperang kerana air? Dalam kesibukan menunggu penentuan kerajaan Sudan, tiba-tiba kita dikejutkan dengan cerita Umat Islam di Tunisia yang bangkit menentang kerajaan Ben Ali. Tunjuk perasaan

Memberi Selagi Terdaya...

Alhamdulillah hujung minggu lepas yang sempat menziarahi seorang sahabat, Muslimah India yang begitu gigih berdakwah kepada masyarakat India Muslim disini. Walaupun kehidupan beliau tidak sesenang mana, tapi saya begitu kagum dengan semangat beliau dalam melaksanakan misi dakwah beliau. Moga Allah memudahkan segala urusan beliau dalam menyampaikan ilmu. Setiap kali menziarahi beliau, motivasi saya terus naik, akan tetapi kemudian turun balik dan sejuk...nampak gaya saya kenalah selalu menziarahi beliau agar memontum saya terus stabil. Apa yang nak saya kongsikan disini ialah kegigihan beliau menyusun program, menyampaikan ilmu, mencari pelajar serta menyediakan pengangkutan percuma. Rasanya saya masih begitu jauh ketinggalan dalam menyampaikan dakwah, moga Allah memudahkan urusan dakwah ini. Dengan semangat yang berkobar-kobar beliau cuba menyampaikan kefahaman beliau tentang Islam kepada masyarakat India disini, yang mana ia bukanlah satu tugas yang mudah. Ini kerana wujudnya pel

Cerita Masa Cuti Sekolah

Imej
Bulan Disember lepas banyak sangat cuti, belajar seminggu cuti seminggu...rasa macam anak-anak tak bersekolah pada bulan tersebut. Ini kerana ada sambutan kemerdekaan Oman, macam-macam aktiviti yang sangat meriah diadakan. Dalam tempoh yang sama Oman menjadi host, sukan pantai untuk negara-negara Asia, jadi memang terlebih-lebih sibuk lah aktiviti disini. Akan tetapi kami tidak dapat mengikuti sangat program-program tersebut kerana suami terpaksa menghadiri konferen di Langkawi, kemudian dia ambil peluang menjenguk flat kami yang lama ditinggalkan di Gombak. Namun begitu minggu akhir Disember diistiharkan sebagai cuti sekolah, jadi kami mengambil kesempatan berjalan-jalan sambil melihat bumi ini yang masih mengekalkan keasliannya. Alhamdulillah dapat juga berkongsi sedikit-sebanyak pengalaman ini...   Gambar bahagian dalam Nakhal Fort yang masih mengekalkan keasliannya  Anak-anak begitu seronok memanjat bahagian kecil bukit yang masih ada dalam fort tersebut.  Sebahagian

Pasang Surut Air Laut....

Imej
Alhamdulillah... Sekadar ingin berkongsi pengalaman berjalan-jalan disini sambil menikmati pasang surut air laut. Alhamdulillah kami berkesempatan melawat Pantai Sawadi dua kali pada tahun lepas, sekali pada musim panas dan terbaru minggu lepas.  Gambar dibawah ketika menunggu untuk melihat matahari keluar, ketika itu masih ada sedikit air diantara pantai dan pulau tersebut.  Lihatlah air laut yang surut ketika kami berjalan ke pulau tersebut. Ingatkan dekat, rupa-rupanya agak jauh juga, alhamdulillah seronok berjalan ke situ walaupun pemandu bot memujuk kami agar naik bot ke situ melalui arah bersebelahan.  Anak-anak begitu bersemangat untuk berjalan ke pulau tersebut sambil membawa peralatan menyelam masing-masing. Akhirnya tak dapat menyelam kerana paras air yang begitu rendah.  Alhamdulillah kami sempat menikmati keunikan pantai ini, iaitu pasang surut air dipantainya. Bila air surut pelawat boleh berjalan kaki ke sebuah pulau berhampiran, a

Ahlan Wasahlan 2011

Pagi-pagi lagi anak-anak sibuk bersiap untuk ke sekolah setelah seminggu bercuti. Masing-masing begitu seronok untuk belajar, apatah lagi hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2011. Anak ketiga Emad begitu seronok mengira..."lagi sebelas hari birthday saya, saya akan masuk 10 tahun".  Entah apa lagi yang difikirkannya setelah berbahas tentang kisah nabi-nabi semalam. Berbagai-bagai soalan ditimbulkannya tentang 'ciptaan manusia hari ini', kemudian dijawab berpandukan kisah nabi-nabi. Sebagai contoh orang yang pertama terbang ialah Nabi Sulaiman, terbang dengan bantuan angin, bukannya Abbas bin Farnas, orang pertama membuat kapal laut ialah Nabi Nuh. "Mesti besarkan kapal Nabi Nuh..boleh memuatkan orang, binatang dan tumbuh-tumbuhan". Bila dia mula berfikir, sayapun mesti berfikir sama...begitulah anak-anak. Alhamdulillah, bila anak-anak berfikir berpandukan kisah-kisah Rasul, mereka akan nampak keindahan Islam. Sekurang-kurangnya mereka akan nampak