Kahwin tanpa Mertua

Alhamdulillah saya sempat menghabiskan dua minggu cuti di kampung sambil menghadiri beberapa majlis perkahwinan. Majlis kahwin dan majlis sambut menantu, macam-macam adat dan gelagat pasangan baru dapat dilihat.

Macam-macam cerita dan berita yang didengari..tetapi satu situasi yang belum pernah saya alami ialah hidup dengan mertua. Walaupun pernah bertemu selama 20 hari, tetapi belum pernah merasa berkunjung ke rumah Ibu Mertua.

Moga rancangan untuk berkunjung ke rumah mertua minggu depan akan berjalan lancar, serta impian saya untuk merasai berada dirumah mertua menjadi kenyataan.

Banyak cerita negatif dikaitkan dengan mertua, membuatkan hati saya agak takut dan gerun. Tapi hati tetap berdoa agar ibu mertua saya tidaklah seperti yang digambarkan oleh sesetengah surirumah.

Saya pernah rasai perasaan itu tujuh tahun lepas, iaitu kali pertama bertemu dengan ibu mertua...alhamdulillah beliau begitu penyayang, serta jauh bezanya daripada cerita-cerita yang pernah saya dengari. Ini menyebabkan hati ini teramat rindu untuk bertemu beliau.

Masih teringat kenangan ketika itu, dimana kami berkomunikasi macam ayam dan itik...tapi tautan hati amat rapat. Saya masih tertanya-tanya bagaimana beliau mampu memahami percakapan saya, serta menyampaikan kembali kepada suami dengan tepat. Itulah kuasa Allah.

Kadang-kadang saya terasa sedih bila mendengar cerita negatif tentang surirumah dengan mertua. Siapakah yang nak dipersalahkan? Menantu atau mertua?

Bagi saya bila seorang ibu membenarkan anak lelakinya berkahwin bermakna beliau telah membuka hatinya untuk menerima menantu perempuan dalam hidupnya. Apakah si ibu bersalah apabila mengkritik tindakan menantu yang agak kurang sesuai?

Jika selama ini beliau yang menguruskan kehidupan anak lelaki beliau, bila tugas tersebut beralih tangan beliau ingin melihat anak lelakinya dilayan sebaik mungkin oleh menantu baru. Jika ada kekurangan, timbullah krisis dalam rumahtangga.

Dalam apa-apa perhubungan..jika kita ingin disayangi, maka kita mestilah terlebih dahulu menyayangi. Begitu juga mertua dan menantu, bila kedua-dua pihak membuka hati masing-masing perasaan kasih-sayang akan wujud.

Janganlah jadi seperti saya, berbelas tahun kahwin, belum pernah berkunjung ke rumah mertua..hingga saya selalu fikirkan betapa bertuahnya insan yang sempat bertemu serta berkenalan dengan mertua.

Ingatlah banyak rahsia tentang suami kita disimpan oleh ibu mertua. Jika kita berjaya mengambil hati ibu mertua, kita akan dapat belajar memahami suami kita dengan lebih baik lagi.

Oleh itu bagi surirumah yang menghadapi masalah dengan suami, belajarlah merapati hati ibu mertua, raihlah kasih-sayang mereka, insya Allah hubungan kita suami isteri juga akan lebih erat.


Ulasan

zanafahmi/PB berkata…
Maaf bertanya, kenapa sampai berbelas tahun tak jumpa mertua?
Bagi saya, pernah alami 'sengketa' dgn mertua awal pekahwinan dulu tp skrg alhamdulillah. Kita pikat mertua dgn pelbagai cara. Kecil hati simpan saja dilubuk hati. Anggap mertua juga mcm mak sendiri.
mona berkata…
slm knal doktor. sy pun tertanya2 kenapa berbelas tahun tak pernah berkunjung ke rumah mertua? jauhkah? tp pasti ada bertemu walau tak berkunjung ke rumahnya kan? maaf kalo seakan2 kelihatan menyibuk soalan ini =)
betul, anggap mertua juga mcm mak sendiri kalo kite nak suami kita puntreat mak kita mcm mak dia. itu yg sy amalkan dan pegang smp kehr ini dh 4tahun kawin. apa yg kite buat terhdp mak org (ie Mak mertua) org (ie suami) juga akan buat bende yg sama pd mak kite. jd kalo kite syg mak kite, jgnlah treat mak suami kite dgn perkara2 yg tak sepatutnye =)
Aliza Yunus berkata…
Buat zanafahmi dan mona, maaf pertanyaan tak berjawab...
Alkisahnya saya kahwin dengan orang dari benua lain, suami saya berasal dr Tunisia, yang terpaksa keluar dari negara beliau kerana kezaliman Presiden Ben Ali.

Beliau sendiri 19 tahun terpisah daripada ahli keluarga beliau, sehinggalah kembali ke sana semula selepas revolusi Tunisia Jan 2011 lepas.

Sepanjang tempoh 19 tahun beliau merantau ke beberapa negara, hinggalah tiba di Malaysia dan berkahwin 15 tahun lalu. Tiada sengketa, tiada masalah...masalah politik Tunisia yg tidak mengizinkan kami berkunjung ke sana, terutama krn saya bertudung.

Alhamdulillah saya telah sempat berkunjung ke Tunisia tahun lepas, serta sempat bertemu dengan mak mertua dan keluarga sebelah suami.

Alhamdulillah 'ala kulli hal...
Aliza Yunus berkata…
Buat Mona, terima kasih krn berkunjung ke sini, serta salam perkenalan...
Boleh saya tahu mona kenal saya kat mana? seronok jg jika bertemu kembali dgn teman2 lama, atau anak2 murid lama...

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas