Ilmu Mengenal Diri CVT

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur pada Allah, pagi ini terasa nak berkongsi satu ilmu yang telah dipelajari sebelum kami berhijrah ke sini, iaitu ilmu mengenal diri.

Sebelum ini saya ada menyentuh sedikit tentang ilmu ini...tetapi belum menerangkan secara lebih lanjut tentangnya. Mungkin ada diantara pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya.

Suatu ketika dulu saya pernah kongsikan dengan beberapa orang kawan, kemudian ia terhenti kerana beberapa sebab, beberapa bulan terakhir tahun lepas saya mula menceritakan semula tentang ilmu ini.

Sebenarnya saya terasa sayang untuk meninggalkan terus ilmu ini kerana ia banyak membantu saya mengenali orang-orang disamping saya, serta membantu mereka meneroka potensi diri yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka.

Ia juga dapat membantu kita memupuk sifat-sifat positif dalam diri, agar lebih berjaya dalam hidup.

Gambarajah diatas menjelaskan tentang empat level manusia yang dijadikan Allah swt mengikut susunan Prof Dr Norhisham Wahab, iaitu Spiritual, Emosional, Mental dan Fizikal.

Keempat-empat golongan manusia ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza, yang mana jika mereka mampu bersatu, banyak manfaat kepada alam ini, tetapi jika diabaikan akan berlaku kepincangan dalam memahami ilmu yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia. 

Secara ringkasnya golongan teratas dan paling sedikit ialah golongan spiritual. Mereka senang dikenali kerana sifat lembut, tenang dan hening mereka. Suatu ketika dulu mereka menjadi tumpuan dalam masyarakat kerana ramai daripada mereka adalah golongan ulama, serta guru-guru yang hebat. 

Golongan kedua adalah golongan emosional yang sentiasa ceria dan riang. Merekalah tumpuan majis-majlis dengan pelbagai kebolehan artistik sama ada melukis, menyanyi, penyair, penulis novel, pelakon serta pelbagai lagi anugerah Allah yang istimewa kepada mereka. Bakat artistik mereka jika dikembangkan secara betul akan menghasilkan hasil yang positif, begitulah sebaliknya. Mereka sentiasa ada pelbagai idea menarik serta suka menghubungkan silaturrahim.

Golongan ketiga adalah golongan mental, iaitu pemikir dan pencari hakikat yang sebenarnya. Mereka sangat suka berfikir serta amat mudah tertarik dengan pelbagai teori yang ditemui. Golongan ini suka membaca dan belajar serta mempu mencipta pelbagai teori yang tersusun. Golongan ini amat mudah mengkritik dan memprotes jika apa yang ditemui bertentangan dangan apa yang mereka tahu. 

Manakala golongan keempat ialah golongan fizikal, iaitu golongan pekerja dan pelaksana teori. Golongan ini amat hebat dari segi penampilan yang kemas dan tubuh badan yang segak dan tampan. Mereka amat pentingkan penampilan diri, tempat tinggal, tempat kerja dan apa saja disekeliling mereka. Mereka amat mementingkan penjagaan masa, berdisiplin dan amat teratur. 

Setiap orang mempunyai level diri luaran dan dalaman, yang membentuk watak mereka didunia ini. Jika tubuh sihat ciri-ciri positif akan terserlah tetapi bila tubuh mereka sakit, sikap dan kelakuan mereka berubah menjadi negatif.

Jika kesemua golongan ini mampu duduk semeja serta bertolak ansur mereka akan mampu menghasilkan penemuan yang hebat. Begitu juga jika setiap golongan saling bantu- membantu mereka akan mampu mencapai kepuasan dan ketenangan jiwa yang tiada tandingannya. 

Akan tetapi hari ini amat sukar untuk kita temui kesemua golongan ini duduk semeja. Apa yang boleh saya katakan dunia hari ini dikuasai secara terbalik daripada bawah ke atas(mengikut gambarajah di atas). Dunia hari ini dikuasai golongan fizikal, iaitu golongan yang berfikir menggunakan otak kiri serta amat mementingkan logik dalam semua perkara.

Apabila otak kiri mendahului otak kanan banyak ilmu yang diajar dalam Islam seolah-olah tidak relevan, sedangkan umat Islam diajar untuk beriman kepada banyak perkara yang tidak logik dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Segala kreativiti juga tidak lagi dipandang tinggi selagi ia tidak dapat dibuktikan secara logik oleh penciptanya.

Sebenarnya begitu banyak hubungkait ilmu mengenal diri ini dengan kehidupan kita sehari-hari. Bila kita memgenali diri kita, pasangan dan anak-anak kita berdasarkan fitrah, insya Allah kita akan mampu mengembangkan potensi diri dengan betul.

Di antara kelebihannya juga kita lebih redha menerima kelebihan dan kekurangan insan disamping kita. Kita juga tidak akan cuba membandingkan mereka kerana itulah fitrah kejadian mereka. Dalam masa yang sama kita akan lebih mudah berlapang dada menghadapi sikap dan perangai pelik anak-anak kita.

Moga Allah memudahkan kita dalam mendidik anak-anak dalam dunia mencabar hari ini. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas