Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Sesekali Mengkritik

Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku terlebih cakap. Banyak isu tiba-tiba terlepas dari mulut ini. Biarlah aku catat disini untuk peringatan buat diri agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sebelum itu aku hanya bersembang dengan orang Arab, semuanya berkisar tentang makanan. Selepas rakan Arab mengundur diri kerana ada urusan lain, aku menyertai rakan-rakan senegara mendengar perbincangan beberapa isu. Tiba-tiba tersentuh tentang sikap generasi sekarang di media sosial yang amat membimbangkan. Ya, aku sudah lama memendam perasaan tentang sikap orang melayu terhadap ilmuan, terutama yang memiliki ijazah PhD. Maka terkeluarlah keluhan aku tentang perkara tersebut yang amat berbeza dengan apa yang aku dengar dan lihat berlaku kepada ilmuan negara lain. Sesungguhnya aku melihat orang luar menghormati ilmuan mereka, tidak berani mengkritik serta memperbodoh-bodohkan para ilmuan terutama yang memiliki PhD. Ia amat berbeza daripada apa yang aku lalui selama ini, begitu juga apa ya

Cerita Masa Kecil 2

Alhamdulillah saya ingin menulis lagi, berkongsi kenangan lama dengan sesiapa yang sudi membaca. Hari ini saya menyiapkan tugasan kelas online yang saya sedang ikuti iaitu Kelas Advance Cermin Diri. Tugasannya ialah tulis apa yang anda ingat sebelum berumur 10 tahun. Jadi alang-alang dah menulis tentang kisah hidup sebelum berumur sepuluh tahun, saya akan kongsikan juga kisah-kisah lain yang masih saya ingat. Alhamdulillah saya memberanikan diri menulis tanpa menghukum, kenangan hidup saya akan saya abadikan disini. Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, kehidupan masa kecil saya amat bebas, tetapi jika melakukan kesilapan saya tetap dihukum oleh ayah. Oleh itu saya tetap berhati-hati dan memberitahu kemana saya pergi. Kisah saya sebelum umur 10 tahun adalah kisah keberanian, kebebasan serta bebas memilih dan membuat keputusan sendiri. Ketika itu hidup saya amat indah, pernah mewakili sekolah dalam pertandingan koir peringkatan jajahan Kota Bharu. Saya juga amat aktif bersukan,

Cerita Masa Kecil

Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan tentang kebiasaan saya dan apa yang berlaku. Bila mengimbas kembali sikap dan personaliti saya sewaktu kecil, ia amat berbeza daripada saya sekarang. Ya, saya anak yang sentiasa membuat sesuatu mengikut kehendak hati. Saya bebas berjalan ke mana-mana dan menziarahi sesiapa saja semasa kecil. Oleh sebab itu saya mengenali dan rapat dengan ramai orang. Ketika darjah tiga Ayah membelikan basikal untuk kegunaan keluarga, dan saya mula belajar mengayuhnya. Saya masih ingat kali pertama belajar saya terjatuh ke dalam parit disebelah taliair. Ketika itu saya tidak sempat membrek basikal, dikiri saya taliair dan sebelah kanan parit besar dan dalam. Saya terjatuh ke sebelah kanan, iaitu sebuah parit besar. Ketika itu taliair tersebut hanya beberapa tahun dibina, begitu juga parit besar disebelahnya. Saya sempat melihat kejernihan air taliair yang dikawal untuk kegunaan menanam padi. Sayangnya hari ini taliair yang cantik itu tidak terjaga, dan di

Cerita Tarikh Lahir

Alhamdulillah hari ini umur semakin bertambah, semakin mendekat ke separuh abad. Teringat suasana Oman ketika kali pertama menjejaki kaki ke sini 13 tahun dulu, sepanjang jalan utama dihias indah dengan lampu berhias. Hati tertanya-tanya kenapa ia dihias begitu cantik. Rupa-rupanya bulan November ialah bulan sambutan hari Kebangsaan Oman, Eid Watani iaitu setiap 18 November. Selepas itu dapat maklumat bahawa Sultan Qaboos mula dilantik pada tahun 1970, sama tahun kelahiran saya. Itu kisah Oman yang lengkap tercatat tarikhnya. Kisah bagaimana Sultan Qaboos mengambilalih kuasa daripada ayahanda baginda amat menarik untuk dibaca. Kisah saya pula berbeza. Semenjak kecil ibu menceritakan bahawa tarikh yang tertulis pada surat beranak tu salah, saya dilahirkan akhir bulan November bukan pertengahan. Ini kerana ketika itu saudara ayah yang bekerja sebagai polis mendaftarkan kelahiran saya. Beberapa maklumat kelahiran saya yang didaftarkan silap. Dalilnya surat beranak asal saya penuh den

Satu Persinggahan

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang bernafas dan menikmati keindahan alam ini. Sesungguhnya dunia ini satu persinggahan, sebelum sampai ke tempat abadi kita. Jadi syukurilah segala nikmat dihadapan mata, kerana itu rezeki yang telah dikurniakan kepadamu. Bila bercerita tentang persinggahan, bagi seorang penggembara yang berada jauh dari tanahair, ia seolah-olah transit ketika berehat sebentar sebelum menyambung penerbangan ke destinasi yang dipilih. Bagi saya, kita yang memilih penerbangan kita, berapa lama transit yang kita pilih bergantung kepada peluang yang ada ketika kita memilih tiket. Ada ketika kita bertemu pilihan yang mudah, transit sekadar keperluan, ada ketika kita mendapat tempoh transit yang singkat, yang mana kita terpaksa bergegas mencari pintu berlepas seterusnya. Ada kala kita tersilap pilih tiket yang menyebabkan kita terpaksa menunggu lama untuk menaiki penerbangan seterusnya. Itulah gambaran persinggahan jika kita menggembara meng

Genap 13 Tahun

Imej
Alhamdulillah...thumma alhamdulillah Syukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang kepada kami untuk berada di bumi Muscat. Bumi yang penuh ketenangan dan keberkatan. Sesungguhnya saya tidak pernah terfikir akan sampai ke sini, dan merantau sebegini lama. Sesungguhnya ketentuan Allah swt itulah yang terbaik. Bila diimbas balik sudah beberapa kali kami merancang ingin berubah angin, tetapi akhirnya kami tetap disini. Ada hikmah dan ketentuan yang tidak kami ketahui tersimpan disini. Semoga segalanya yang terbaik untuk kami sekeluarga. Bila dikenang kembali, alhamdulillah dibumi ini kami sempat berkenalan dan bertemu pelbagai ragam manusia dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang sekadar menyapa dipertemuan dan ada yang akrab dengan kami. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Sesungguhnya kami redha dengan ketentuan ini, dan mengharapkan yang terbaik di sini dan di sana. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Kelas Advance CDPR -1

Imej
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang mengikuti secara live kelas Advance "Cermin Diri Pantulan Rezeki" yang dikendalikan oleh Coach Nora Zyan dari Satria Cinta. Kelas ini akan berlangsung selama dua bulan. Sebelum ini saya mengikuti kelas Cermin Diri Pantulan Rezeki selama 31 hari. Kelas yang berlangsung selama sebulan dengan pelbagai terapi itu amat menarik dan banyak membantu saya mengurus emosi. Bagi saya, menuntut ilmu itu amat perlu setiap masa, tidak kira lah secara berdepan atau online. Memandangkan saya berada jauh dari Tanahair, saya memilih untuk belajar secara online. Apa yang best sangat tentang kelas ini? Ia adalah sambungan perkongsian yang saya pelajari sebelum ini, malah lebih mendalam. Bagi saya, kita amat perlu kepada ilmu mengurus emosi, kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan kita dengan insan disekeliling kita. Sekiranya kita mampu mengurus emosi dengan baik, kita akan merasa tenang dan bahagia setiap masa. Dalam kelas hari ini kami belajar t

Ketentuan Allah

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada diri ini untuk bersama-sama sahabat lama di bumi Oman, walaupun hanya sekejap. Apabila Allah menetapkan kita tidak dapat mengubahnya. Begitulah yang terjadi dua hari lepas. Apabila saya selesai menunaikan solat fajar pada pagi Jumaat 2/11/2018, saya melihat ada miss call di telefon dan whatsapp call daripada sahabat lama. Saya terus membalas whatsapp mesej tersebut dan terus mendapat balasan. Ketika itu beliau akan melangkah masuk ke dalam kapalterbang. Alhamdulillah kami sempat berbalas mesej seketika. Saya diberitahu ada kesilapan teknikal dalam jadual penerbangan beliau, yang mana beliau akan transit selama 26 jam di Muscat Airport. Saya diminta agar mencari homestay ataupun penginapan yang sesuai untuk beliau dan ahli rombongannya. Kami tidak dapat bercerita panjang kerana beliau perlu masuk ke dalam pesawat. Saya cuba mendapatkan sedikit maklumat daripada rakan di Muscat tentang prosedur dan tempat yang sesua