Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Tumbuh-tumbuhan bukti Kebesaran Allah

Lama tak berkongsi disini mengenai alam dan manusia. Sesungguhnya apabila kita melihat kejadian Allah terasa betapa kerdilnya kita, betapa hebatnya aturan kejadian makhluk lain di dunia ini. لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم Bila melihat apa yang berlaku kepada tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita yang ternyata sentiasa bertenaga, walauapapun cabaran disekelilingnya. Bayangkan pokok-pokok yang tumbuh di padang pasir seperti aloevera, kaktus, kurma dan lain-lain, walaupun kekurangan air, tapi ia tetap tumbuh segar serta memberi manfaat kepada makhluk disekelilingnya. Biasanya pokok-pokok yang tumbuh di kawasan panas begitu kuat, berduri serta pahit rasanya. Ini termasuklah kurma yang kelat dan pahit pada mulanya tetapi apabila masak menjadi begitu manis seperti madu. Subhanallah. Alhamdulillah kami sudahpun merasa rutob pertama tahun ini, juga sempat merasa buah-buah kurma kecil yang pahit, sekadar ingin mengetahui apakah rasanya ketika belum masak. Apakah hikmah disebalik kejadian

Cuti Sekolah Bermula

Alhamdulillah hari ini anak-anak sudah mula bercuti sekolah musim panas, sebelum memulakan sesi persekolahan baru lepas raya puasa tahun ini. Nampak gaya cuti tahun ini juga panjang, jadi kami mestilah memikirkan pengisian agar cuti ini mampu diisi dengan program yang bermanfaat.  Sebagai ibubapa, bila musim cuti sekolah kita mempunyai masa yang lebih panjang bersama anak-anak, jadi tahap kesabaran juga perlu ditinggikan lagi. Begitu juga tahap fokus perlu lebih mantap kerana inilah waktu untuk menjawab pelbagai persoalan yang akan diajukan nanti.  Kadang-kadang rasa nak tergelak apabila soalan bertubi-tubi diajukan, bila tak sempat untuk menjawab maka saya meminta mereka bertanya suami. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Namun begitu soalan cepumas bila cuti sekolah bermula ialah 'bila kita akan balik kampung?' Begitulah anak-anak, bila dah terbiasa dengan aktiviti balik kampung, maka fikiran mereka akan terus ke situ setiap kali cuti sekolah. Alhamdulillah kami sudah memul

Rindu Apakah ini?

Entah kenapa hati teringat-ingatkan sesuatu yang kurang, macam terindu-rindukan sesuatu, apakah yang dirindui itu? Memang berada jauh dari kampung halaman membuatkan kita rindu, tapi rindu yang satu ini amat sukar untuk dijelaskan. Bila fikir dan fikirkan...barulah terasa, sebenarnya hati ini merindui Laungan Agung yang agak kurang didengari semenjak sebulan dua ini. Sebenarnya dah dekat dua bulan, kami tidak lagi dapat mendengar khutbah Jumaat daripada beranda rumah kerana undang-undang baru dikuatkuasakan tidak membenarkan masjid memasang speaker ke luar masjid. Pada mulanya saya terasa amat sedih tapi kami hanyalah perantau, apalah hak kami disini. Entahlah susah juga bila difikirkan, dari mana datangnya idea sebegitu sedangkan sebelum ini kami(kaum wanita) boleh tumpang dengar khutbah Jumaat, sekarang kami sudah kehilangan peluang itu. Kalau nak dengar sangat kenalah menonton TV tapi ia tidak sama dengan getaran khutbah daripada masjid berdekatan rumah kami. Dalam masa yang sa

Entah Apa-apa

Entah kenapa seminggu ni saya selalu berdepan, melihat sikap-sikap dan tindakan yang kurang enak didengar dan dilihat berlaku dihadapan mata saya. Hati terfikir mengapa terjadi begitu? Mungkin juga flat kami berada di tengah-tengah kawasan perniagaan, jadi perkara sebegitu adalah biasa dalam dunia sebegini. Bila manusia hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, mereka akan lupa tanggungjawab mereka terhadap orang lain, terutama jiran-jiran sekeliling. Anak-anak bertanya mengapa laluan masuk ke lif di bangunan kami tinggal di rantai (tutup) utk dijadikan parking persendirian sebuah Syarikat besar dan terkenal disini. Apa nak dijawab, kerana kesilapan amat jelas sekali, sebesar manapun Syarikat, sekaya manapun mereka, jika hati pekerja-pekerjanya kosong apalah maknanya. Kadang-kadang terfikir, sudah butakah mata mereka yang memilih lot parking tersebut sedangkan masih banyak tempat lain yang tidak menganggu laluan orang ramai. Sekadar menambah penjelasan kepada anak-anak saya menye

Cerita Semalam - Perpustakaan

Alhamdulillah semalam saya sempat berkunjung ke sebuah perpustakaan di sini. Nak dijadikan cerita rupa-rupanya semalam juga adalah hari konvo pelajar-pelajar perempuan di situ. Namun begitu sambutannya tidak seperti majlis konvo di Malaysia, tidak ada sebarang poster ataupun apa-apa tanda majlis tersebut akan diadakan. Jadi saya berkesempatan bertemu beberapa orang pelajar yang masih mengingati saya sebagai guru mereka suatu ketika dulu, alhamdulillah. Seronok bila mendengar cerita pelajar-pelajar yang dah tamat belajar ni termasuklah cerita honeymoon ke Malaysia. Jangan tak tahu Malaysia adalah negara yang sentiasa termasuk ke dalam senarai orang-orang Oman berbulan madu. Kebanyakan wanita yang saya temui menceritakan bahawa mereka berkunjung ke Malaysia semasa berbulan madu. Malah ramai yang memasang impian ingin melawat Malaysia suatu ketika nanti. Alhamdulillah saya sempat juga bertemu dengan pelajar yang pernah menyatakan hasrat hati beliau untuk berhenti belajar tiga tahun lep

Mana yang lebih teruk?

Semenjak beberapa hari lepas saya terfikirkan tentang bagaimana boleh berlaku perubahan dalam sikap dan amalan umat Islam. Pada zaman dahulu tiada TV, internet, suratkhabar dan pelbagai lagi media yang kita miliki hari ini, penghayatan Islam di dalam masyarakat bercampur-aduk antara betul dan salah. Sepatutnya ia dapat dihayati secara keseluruhannya, tanpa pengaruh luar. Terfikir-fikir juga apakah sumber yang mereka dapati untuk menghidupkan amalan Islam yang benar? Apakah ia warisan yang diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain? Mengapa sebahagian masyarakat amat berpegang teguh dengan agama manakala sebahagian lain begitu jahil? Ya lah, bagaimana bentuk dakwah yang tersebar dalam masyarakat Islam dahulu, mengapa penghayatannya amat berbeza daripada apa yang kita fahami.  Kemudian terasa betapa bertuahnya kita yang hidup di zaman ini, yang mana maklumat berada dihujung jari. Apa-apa saja kekeliruan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah, sedangkan umat Isl

Beza Manusia dan Haiwan

Alhamdulillah seronok rasanya bila berkesempatan duduk bersama-sama anak-anak sambil menonton program tentang haiwan. Masing-masing memberikan pendapat tentang program yang ditonton tersebut. Ketika itu terasa bertuahnya anak-anak hari ini kerana mereka berpeluang mendapatkan banyak maklumat tentang alam sekeliling mereka. Malah mereka dapat menghayatinya dan mengaitkan dengan alam kehidupan mereka. Anak ketiga, Emad, bertanya: "Umi, menurut kenyataan dalam program tu, binatang yang mempunyai mata di sisi lebih jinak berbanding dengan binatang yang mempunyai mata di depan. Binatang yang mempunyai mata di depan lebih buas, apakah manusia juga buas "Muftarish" kerana manusia mempunyai mata di hadapan dan berdekatan antara satu sama lain?" Alhamdulillah ayahnya sudi menjelaskan jawapan tersebut secara panjang lebar. Sekurang-kurangnya menyedarkan anak-anak realiti yang berlaku di alam ini. Sanggupkah kita mendengar jawapan bahawa manusia adalah haiwan yang paling g

Mimpi Melihat Rasulullah saw - Ulasan Buku

Sekadar berkongsi satu tajuk yang dihuraikan dalam buku "Assyifa Annafsi wa asrar Annaum wa 'ilm jamal" tulisan Dr. Ahmad Shawqi Ibrahim. Menurut penulis: " Apabila seseorang melihat Rasulullah saw dalam mimpi "ru'ya" sesungguhnya dia telah melihat baginda yang sebenarnya kerana Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis iaitu "barangsiapa yang melihatku didalam mimpi, sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak menyerupaiku", manakala dalam riwayat lain:  "sesiapa yang melihatku didalam mimpi sesungguhnya dia telah melihatku yang sebenar-benarnya, sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku". Maka ia adalah mimpi yang benar kerana ia berkaitan dengan Rasulullah saw. Menurut penulis lagi: "Sekiranya kita memikirkan tentang perkara ini, kita akan dapati bahawa ia adalah nikmat daripada Allah swt kepada insan tersebut." Jika kita berfikir lagi: "Siapakah 'sahabi'? Merekalah orang-orang Mukmin yan