Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Jauh tapi Dekat...

Alhamdulillah perkembangan teknologi hari ini menjadikan kita tidak terasa sangat meskipun berada jauh beribu-ribu batu daripada insan-insan yang kita sayangi.   Teringat kenangan kali pertama meninggalkan keluarga tercinta, tahun 1989 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UIA.   Ketika itu jika teringatkan ibubapa dan adik-beradik di kampung, terpaksalah dipendamkan kerinduan itu kerana sistem telekomunikasi ketika itu tidak sehebat dan semudah hari ini.   Masih teringat lagi, ketika itu telefon rumah hanyalah boleh didapati dirumah-rumah orang yang berada sahaja. Jika terlalu rindu untuk bercakap dengan ibubapa, maka saya terpaksa menelefon jiran yang terletak jauh dari rumah sendiri,  meminta mereka memberitahu ayah bahawa saya ingin bercakap pada waktu tertentu.   Maka mereka akan menyampaikan pesanan tersebut, manakala ayah dan ibu akan menunggu dirumah jiran tersebut. Itulah indahnya hidup berjiran ketika itu.   Daripada jiran jauh kami

Beranikan Diri Mencuba...

Imej
Alhamdulillah setelah dekat sebulan menggunakan mobile phone untuk berinternet, hari ini saya memberanikan diri untuk update blog ini menggunakan aplikasi mobile. Dalam masa yang sama masih belajar untuk memasukkan gambar terus ke blog...moga selepas ini dapat berkongsi gambar pemandangan tempat-tempat yang sempat dilawati. Jom nikmati keindahan Taman Qurm disini... Taman ini merupakan taman kegemaran kami sekeluarga untuk menghabiskan masa bersama-sama teman pada setiap hujung minggu. Apa yang pasti taman ini mempunyai pelbagai kenangan pahit dan manis kami semasa berada di Oman.

Sunnah Berbekam

Alhamdulillah semasa pulang bercuti di Malaysia pada tahun lepas saya sempat menghadiri kursus bekam yang dianjurkan oleh Stokis HPA Cawangan Ketereh, Kelantan.   Banyak perkara yang sempat saya pelajari disini, terutamanya teori dan praktikal bekam. Bekam merupakan satu sunnah Rasulullah saw yang kurang diambilberat oleh umat Islam, yang mana akhirnya mereka terpaksa menghadapi pelbagai penyakit fizikal termasuklah penyakit tiga serangkai.   Sebenarnya saya pernah beberapa kali melakukan bekam semasa berada di Oman, ada yang berbayar dan ada yang percuma. Apa yang menariknya di Oman, kerajaan menyediakan khidmat bekam secara percuma kepada penduduk disini, termasuklah orang luar seperti saya.   Akan tetapi pusat rawatan tersebut tidak mampu menampung keperluan penduduk Oman sendiri, yang menyebabkan sesiapa ingin melakukan bekam terpaksa membuat temujanji beberapa bulan sebelum mendapatkan rawatan.   Dipusat rawatan tersebut, rawatan bekam diasingkan daripada rawatan

Belajar Al-Quran daripada Ibu Sendiri

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang untuk belajar mengaji Al-Quran daripada ibu tercinta, kadang-kadang daripada ayah apabila ibu sibuk. Ibu begitu mengambil berat tentang mengaji al-Quran terutama selepas solat maghrib, malah hingga kini, ibu masih rajin mengaji al-Quran.   Sesungguhnya begitu banyak kenangan bersama ibu terpahat diingatan ini, sewaktu mengaji al-Quran. Mungkin ketika saya kecil, saya tidak menghargai usaha yang ibu lakukan, malah kadang-kadang malas mengaji serta menganggap nasib saya tidak sebaik anak-anak lain yang pergi mengaji di rumah guru mengaji al-Quran.   Betullah kata orang, anak-anak begitu sukar untuk menerima tunjukajar daripada ibu sendiri serta mengecilkan keupayaan ibu sendiri, kerana kita menganggap beliau adalah ibu, mana mungkin jadi guru kita. Itulah yang saya rasai dulu...   Ketika itu saya menganggap kawan-kawan yang pergi belajar mengaji di rumah guru al-Quran begitu bernasib baik, serta hebat, lebih-lebih lagi bila me

Kahwin dengan Orang Arab

Bismillah....Alhamdulillah....   Adakah diantara pembaca yang berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkahwinan dengan orang Arab?   Apakah pengalaman sepanjang perkahwinan tersebut, suka-duka dan pahit-manis yang dilalui? Apakah ia sesuai dikongsikan sebagai panduan insan lain ataupun ia hanya dikongsikan dengan insan-insan tertentu sahaja?   Banyaknya persoalan yang timbul bila tersebut kisah 'berkahwin dengan orang Arab'...   Ada orang yang begitu seronok menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab, manakala ramai lagi yang lebih selesa berdiam diri.   Apakah ini menandakan bahawa orang yang menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab amat bahagia dengan pilihan mereka, manakala yang memilih untuk berdiam diri, kurang bahagia? Ia berbalik kepada persepsi kita melihat hubungan ini.   Apabila saya memilih untuk berkahwin dengan orang Arab, saya ditemukan juga dengan ramai lagi rakan senegara yang turut berkahwin dengan orang Arab, t

Bagaimana kita berinteraksi dengan AlQuran?

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana membuka hati ini untuk berkongsi sesuatu disini. Sebagai Muslim, kita diajar semenjak kecil untuk mengaji quran, agar amalan ini sebati dengan diri kita. Pastikan agar kita mampu khatam buku panduan hidup kita ini sebagaimana kita mampu menghabiskan bacaan buku-buku lain. Bagaimana kita mampu mengatur hidup berpandukan al-Quran jika kita tidak mampu menghabiskan bacaannya dan memahami maksudnya? Apakah yang kita rasa bila kita jalani hidup ini tanpa panduan al-Quran? Pastinya perjalanan hidup akan tersasar daripada fitrah kejadian kita. Bila bercerita tentang al-Quran, kita pasti tercari-cari dan tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk berinteraksi dengan kita suci ini. Ringkasan daripada buku "Bagaimana kita berinteraksi dengan Al-Quran" karya Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, cara kita berinteraksi dengan al-quran termasuklah menghafal, membaca, mendengar, kemudian memahami dan mentafsirkannya, dan mengikut ajaran serta

Al-Quran Teman Sejatiku

Alhamdulillah...saya akan memulakan perbincangan berkaitan Al-Quran serta bagaimana kesannya didalam kehidupan kita sehari-hari . Moga ia membantu kita memahami apa sebenarnya pandangan kita terhadap kita suci panduan hidup kita ini. Jika kita meneliti kembali kehidupan kita sebagai insan yang diciptakan oleh Allah swt, apakah kita faham mengenai diri kita? Apakah kita tahu betapa istimewanya diri yang dijadikan oleh Pencipta kita ini? Apakah kita betul-betul mengenali diri kita sendiri? Apakah kita mengerti mengapa kita dijadikan untuk hidup didunia ini? Apakah kita dijadikan untuk menempuh ujian ataupun untuk menjadi penyumbang kepada kemajuan ummah? Fahamilah bahawa Allah swt tidak menjadikan kita secara sia-sia, setiap insan yang dijadikan mempunyai kelebihan dan potensi yang tertentu sesuai dengan tempat dan suasana dia dilahirkan. Subhanallah...kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri, kemudian kita dibekalkan dengan kita suci sebagai panduan untuk kita