Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Boikot Barangan Yahudi

Alhamdulillah, seronok sikit bila mendengar berita bahawa Kerajaan Mesir telah membenarkan kenderaan bantuan memasuki Gaza. Bantuan terawal yang tiba dari Qatar, sebuah negara yang teramat prihatin tentang Palestin dan Libya telah dibenarkan memasuki Gaza. Sekurang-kurangnya ada bantuan kemanusiaan dapat sampai ke kawasan yang memerlukan bantuan. Bagi kita yang berada jauh dan tidak dapat turut sama membantu janganlah gusar, ada caranya yang boleh kita lakukan bersama-sama untuk melemahkan orang-orang Yahudi. Sama-samalah kita memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi dan segala entitinya. Semenjak awal tahun 2000 ulama sedunia telah memutuskan bahawa umat Islam mesti memboikot barangan keluaran Yahudi dan US, dan membeli barangan keluaran negara-negara Islam. Beserta dengan itu pelbagai jenama barangan Yahudi telah dikeluarkan sebagai panduan kita, namun kita dapati ramai orang Islam yang tidak mampu mengelakkan barangan tersebut. Almaklumlah dah terlekat di fikiran, ke

Hadis Pilihan (Persaudaraan Islam)

Firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara" dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" amat meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hati saya. Sesungguhnya hadis inilah diantara hadis yang mula-mula saya pelajari semasa di sekolah menengah dulu. Namun amat sukar untuk mencari orang yang dapat memenuhi ciri-ciri yang diceritakan dalam hadis ini. Hadis ini memang mudah dan ringkas untuk dihafal tapi amat berat untuk dipraktikkan. Siapakah saudara yang disebutkan dalam hadis ini? Apakah saudara kandung, kaum kerabat ataupun lebih luas lagi, iaitu saudara seagama. Sememangnya kita semua bersaudara, Islam dan bukan Islam semua bersaudara kerana kita asal dari punca yang sama iaitu Nabi Adam dan Hawa tapi kita yang telah menyempitkan pengertian ini dengan mengira kaum kerabat sahaja saudara kita. Sekiranya kita faham ko

Prihatinkah kita?

Hari ini dah masuk hari ke3 umat Islam di Gaza diserang oleh puak Yahudi. Berbagai laporan secara langsung disiarkan dalam TV, terutama Al-Jazeera dan Al-Alam. Begitu tragis sekali peristiwa yang berlaku kepada mereka. Umat Islam di Gaza memang mendapat ujian yang begitu hebat, namun kekuatan mereka mempertahankan tanahair mereka tidak dapat dipertikaikan. Sebelum ini mereka terpaksa hidup susah tanpa makanan yang mencukupi dan tanpa bekalan eletrik dan air bersih kerana dikepung pihak Israel. Sekarang diserang dengan kereta kebal, helikopter yang begitu banyak sedangkan umat Islam Palestine tidak bersenjata. Begitu hebat cubaan yang Allah berikan kepada mereka. Namun ketabahan mereka cukup mengharukan. Tidak dapat digambarkan kesedihan mereka, tahap penyerahan mereka kepada Allah ketika berdoa kepada Allah, terasa menusuk ke jiwa kita yg menonton. Cuba bayangkan sekiranya kita yang duduk ditempat mereka sekarang, kita yang terpaksa menghadapi segala kesusahan tersebut, mampukah kita?

SIFAT HENING, SABAR, IKHLAS DAN REDHA

Empat sifat terpuji sekiranya diamalkan selalu dapat menjamin kebahagian hidup didunia dan diakhirat, iaitu sifat hening, sabar, ikhlas dan redha. Sikap hening adalah asas utama dalam akhlak Muslim, ia boleh didapati apabila kita sentiasa sabar, ikhlas dan redha. Keheningan merupakan sifat orang yang dekat dengan Allah SWT, yang menyebabkan setiap orang yang melihat mereka merasa tertarik dengan akhlaknya. Manakala sifat sabar, ikhlas dan redha membantu kita dalam membentuk sikap hening tersebut. Sabar apabila marah dan ditimpa musibah, sabar menahan hawa nafsu, juga sabar dalam menunaikan ibadah. Apabila kita mampu bersabar banyak masalah dalam hubungan sesama manusia dapat dielakkan. Disamping sabar, kita hendaklah juga sentiasa ikhlas dalam segala tindak-tanduk dan perbuatan kita. Ini kerana ikhlas dapat membantu kita menjauhi daripada gangguan syaitan, sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa syaitan tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah. Akh

Pentingkah Esteem Diri (Sanjungan Diri)?

Esteem diri menggambarkan persepsi keseluruhan diri kita. Bagaimana kita melihat diri sendiri, apakah kita menghormati diri kita dan apakah kita melihat diri kita berharga dalam kehidupan ini. Penilaian diri ini, sama ada positif atau negatif, tinggi atau rendah, adalah teramat penting dalam kehidupan setiap insan. Ia bukan bermaksud kita melihat diri kita sebagai orang terhebat didunia ini, bersikap bangga diri atau angkuh, tetapi lebih kepada penilaian harga diri. Orang yang mempunyai esteem diri yang normal, sentiasa menilai diri mereka dan meletakkan diri mereka ke tempat yang sepatutnya, bukannya menilai terlalu tinggi kemudian merasa diri tidak berharga bila tidak berjaya mencapainya. Esteem diri yang positif bermaksud kita menyukai setiap aspek dalam diri kita, tapi bagaimana tahap penilaian tersebut bergantung kepada kayu ukur penilaian tersebut. Sekiranya kita membandingkan diri kita dengan orang yang terlalu hebat pencapaiannya, maka kita akan merasakan diri kita terlalu lema

Fenomena Berhutang

Dalam dunia sekarang, berhutang adalah perkara biasa, malah ramai yang memilih untuk berhutang dalam memenuhi keinginan duniawi mereka sama ada berhutang dengan bank, koperasi ataupun along. Apapun jenis hutang tersebut ia tetap hutang yg mesti dilunaskan mengikut hukum Islam. Amalan berhutang memang berleluasa dalam masyarakat kita, malah orang Islam tidak memikirkan lagi kesan hutang tersebut. Kalau dulu orang berhutang kerana kemiskinan tapi hari ini kita berhutang untuk bermewah-mewah. Terlalu susah untuk kita cari keluarga yg tidak berhutang, paling tidak pun hutang barangan rumah seperti peti sejuk, television, sofa, set bilik tidur dan pelbagai lagi. Malah menjadi amalan biasa untuk berhutang untuk memiliki kenderaan, menukar kenderaan baru, memiliki beberapa buah rumah dan sebagainya, atas alasan mereka mampu membayarnya setiap bulan. Apakah pandangan Islam mengenainya? Mengapa pemikiran sebegini berleluasa? Apakah ia elok untuk jangkamasa panjang hidup mereka?Apakah kita berhu

Kisah di Perantauan

Anak rantau akan sentiasa rindukan kampung halaman, namun demi tugas dan tanggungjawab, kadang-kadang kita terpaksa berada jauh daripada keluarga dan rakan taulan. Apakah itu suratan hidup kita ataupun ia suatu pilihan yang boleh diubah? Bagi yang memilih untuk berada jauh daripada keluarga, mereka memang tidak kisahkan keadaan tersebut, namun bagi yang berada jauh kerana terpaksa, ia akan memberi kesan hebat kepada diri insan tersebut. Perkara paling utama yang perlu ada dalam diri kita apabila kita memilih untuk berada jauh diperantauan adalah keikhlasan dan keredhaan, walau apapun dugaan yang mendatang kita akan harungi dengan penuh kekuatan. Kita mestilah menjadi insan yang kuat dari segenap segi, tali pergantungan kepada Allah mestilah mantap dan teguh. Namun kadang-kadang kita tidak boleh lari daripada perasaan rindukan kampung halaman, rindukan teman-teman lama, teman sepermainan semasa kecil, tapi apakan daya, ketetapan yang kita pilih menghalang kita daripada segala kesukaan k

Ayat Pilihan (al-Baqarah:102)

Ayat dalam Surah Al-Baqarah:102 yang bermaksud: " Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanyalah syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat dinegeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah menya

Hukum Mandi Wiladah

Satu perkara lagi yang memerlukan penjelasan berkaitan dengan proses bersalin adalah hukum mandi wiladah yang mula dibangkitkan dalam masyarakat kita akhir-akhir ini. Malah ada ustazah-ustazah tertentu yang menyebarkan amalan ini sebagai wajib dilaksanakan oleh setiap wanita yang melahirkan, malah menghukum mereka yang tidak menunaikannya sebagai ditolak segala amalan mereka walaupun mereka melakukan mandi wajib kerana nifas. Sepatutnya mereka memahami asas amalan tersebut sebelum memberi hukum, ini kerana amalan ini hanya melibatkan wanita yang bersalin tanpa mengeluarkan darah. Mengapa perkara ini dijadikan isu besar, seolah-olah semua wanita yang tidak mandi wiladah tidak diterima segala amalan yang dilakukan. Islam itu agama yang mudah, janganlah disusahkan pula. Fatwa sebegini membuatkan wanita yang tidak mandi wiladah berasa bersalah, sedangkan konsep mandi wajib ialah untuk membersihkan diri dari hadas besar, agar mampu menunaikan ibadah dalam keadaan suci. Apakah diwajibkan man

Hukum darah keluar sebelum bersalin

Ada yang bertanya tentang apakah hukum darah yang keluar sebelum bersalin? Apakah wanita yang mengalaminya perlu menunaikan solat atau tidak? Ini berikutan penjelasan yang diberikan oleh doktor-doktor dan jururawat-jururawat sekarang yang agak berminat tentang agama bahawa darah tersebut adalah "darah istihadah" dan mereka mesti menunaikan solat. Alhamdulillah satu perkembangan yang baik, kita mendoakan agar doktor-doktor tersebut terus berdakwah dalam menjalankan tugas mereka, terutama tentang doa dan tawakkal pesakit kepada Allah SWT. Cuma isu ini memerlukan kefahaman yang mendalam tentang hubungan manusia dengan Allah SWT, agar kita tidak menyusahkan pesakit. Ia juga menuntut kefahaman tentang maqasid syariah serta kelonggaran (rukhsah) yang telah ada dalam agama kita. Janganlah tindakan kita menyebabkan kekeliruan dikalangan pesakit, ini kerana "Islam itu Mudah, janganlah kita menyusahkan". Setelah meneliti beberapa pendapat ulama dalam kitab fekah perbandingan

Gambaran Sifat Umat Islam dalam Ibadah Haji

Tahun ini lebih kurang 3 juta jemaah haji menunaikan ibadah tersebut di Mekah yang berakhir Khamis lepas. Menurut laporan kemalangan besar tidak belaku tahun ini, semua jemaah haji dapat menunaikan tanggungjawab dengan tentang. Alhamdulillah jemaah haji semakin faham tanggungjawab mereka semasa menunaikan haji. Mungkin ada pelbagai rungutan jemaah haji yang boleh kita dengar, pengangkutan, pemakanan dan tempat tinggal yang tidak selesa. Bagi yang mencari keselesaan dalam ibadah haji, mereka sanggup mengeluarkan wang lebih untuk selesa. Tapi yang amat menyentuh hati ialah laporan Al-Jazeera tentang beribu-ribu jemaah haji miskin yang tinggal dalam khemah sepanjang musim haji tanpa memikirkan kekurangan apa-apa, mereka gembira penuh senyuman kerana berjaya sampai ke Tanah Haram untuk menunaikan Ibadah tersebut. Tiada komen mengenai tempat tinggal walaupun cuma tidur beralaskan tikar tanpa kipas angin atau aircond untuk menyejukkan badan. Ternyata mereka amat ikhlas dan betapa besar pengo

TUGAS WANITA MELAYU

Wanita tetap wanita, insan hebat yang hidup mengorbankan diri untuk kebahagiaan keluarga tercinta. Di mana-mana sahaja kita mendengar kisah wanita, ada berita gembira, sedih dan sebagainya. Sememangnya setiap wanita mempunyai kisah tersendiri yang boleh dijadikan teladan anak cucu mereka, kisah pahit getir mendidik anak-anak serta hubungan dengan suami tidak boleh dipandang sebelah mata. Bila dikaji balik tentang tugasan wanita, memang tugas itu tidak akan berakhir seumur hidup mereka. Akan tetapi bila dikaji tugasan wanita melayu, memang amat berbeza sebab itu kita katakan mereka wanita hebat. Wanita Melayu jatuh bangun bersama-sama lelaki, malah mereka lebih gigih daripada lelaki melayu itu sendiri. Inilah hakikatnya yang terdapat dalam masyarakat kita hari ini, wanita terpaksa melakukan tugasan diluar kemampuan mereka sebagai wanita. Sekiranya kita lihat ramai wanita Indonesia terpaksa meninggalkan suami dan anak-anak kerana bekerja mencari rezeki untuk keluarga mereka sebagai pemba

Sifat Ingin Tahu

Alhamdulillah dengan teknologi moden kita boleh mendapat segala maklumat yang diinginkan dengan cepat. Inilah kehebatan manusia, mampu mencipta sesuatu yang mempu menghubungkan manusia dari segenap kawasan dengan mudah. Malah kita mampu mendapat gambar-gambar yang berkaitan juga. Sekiranya dulu kita hanya dapat membayangkan sahaja tapi hari ini kita dipaparkan gambar-gambar tersebut melalui TV, suratkhabar, majalah atau internet. Kita juga mampu terbang dari satu tempat ke satu tempat lain dengan pantas, serta bermacam-macam lagi penemuan terbaru. Apakah ini yang dijelaskan oleh Allah kepada malaikat, ketika para malaikat memberitahu tentang pertumpahan darah yang dilakukan oleh makhluk Allah yang terdahulu, dalam firmanNya yang bermaksud "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" Keinginan manusia untuk mengetahui apa yang ada disekeliling mereka, menyebabkan mereka meneroka dan berfikir untuk mencipta sesuatu, akhirnya terhasillah pelbagai produk yang dapat m

Mendidik Emosi

Kemahiran mengendalikan emosi amat penting dalam kehidupan manusia, sebijak manapun manusia, mereka tetap tidak boleh lari dari kebijaksanaan mengendalikan emosi mereka agar mampu hidup aman damai dalam masyarakat. Ia perlulah diterapkan sedari kecil, agar anak-anak kita membesar sebagai insan yang tahu mengendalikan emosi mereka, terutama untuk menjaga keheningan, kesabaran, keikhlasan dan keredhaan mereka. Kemahiran mengawal emosi tidak boleh dibeli dengan wang ringgit kerana ia lah puncak kebahagiaan hidup seseorang. Apa gunanya anak-anak kita bijak dari segi intelektual tapi kurang bijak dari segi mengawal emosi. Kalau dulu kita dikira bijak jika IQ kita tinggi, tapi hari ini kita akan dikira bijak sekiranya kita mampu menyeimbangkan antara IQ dan EQ kita. Bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak EQ? Bukan susah untuk menjadi seorang manusia yang bijak emosi kerana agama kita telah menggariskan banyak perkara untuk kita ikuti dan amalkan. Sekiranya kita telah didedahkan dengan il

Menjaga pandangan

Setiap ibubapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi anak yg soleh, anak yg mengamalkan ajaran agama kita. Namun begitu kita kurang didedahkan dengan pendidikan menjaga pandangan. Selama beberapa lama bergaul dan kemudian berada di dalam masyarakat Arab, saya dapati satu amalan mereka yg tidak dipraktikkan dalam masyarakat kita ialah menjaga pandangan. Dalam Surah Al-Nur ayat 30 dan 31, Allah SWT menyebutkan tentang menjaga pandangan sebagai peringatan kepada lelaki dan perempuan yang beriman dalam firmanNya yg bermaksud: "Katakanlah kepada laki-laki yg beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka .... " dalam ayat 31 Allah SWT berfirman "dan katakanlah kepada wanita yg beriman: hendaklah mereka menahan pandangan mereka...." Rasulullah SAW juga banyak bersabda mengenai perkara ini, diantaranya hadis yg bermaksud: " Sesungguhnya kita disuruh meminta keizinan untuk melihat " Mengapa menjaga pandangan penting? Apakah kelebihannya? Apakah kesan tidak men

Pendidikan Anak-anak: Jangan Ambil Mudah

Mendidik anak-anak adalah tugas berat yang perlu dilakukan oleh setiap ibubapa, kerana kita akan disoal oleh Allah swt diakhirat nanti. Apakah kita telah menyempurnakan didikan tersebut atau kita cuma memberi makan minum sahaja. Ini kerana ramai ibubapa yang mampu memberi makan-minum dan tempat tinggal tetapi tidak mampu memberi didikan kepada anak-anak mereka. Pendidikan adalah makanan rohani anak-anak kita, sekiranya ia dijaga rapi maka anak-anak kita akan mampu mengekalkan fitrah mereka sebagai hamba Allah, seterusnya mereka akan mampu membawa diri mereka mengikut acuan Islam walau dimana mereka berada. Pendidikan amat berkait rapat dengan menjaga pemakanan anak-anak kita. Sekiranya kita mampu mengendalikannya secara bersama, maka anak-anak kita akan mampu mendapat pendidikan yang mantap dalam hidup mereka. Pemakanan akan membentuk sifat-sifat anak-anak kita, kerana ia akan menjadi darah daging mereka, manakala didikan yg mantap akan menguatkan jatidiri mereka. Apakah bentuk pendidi

Alam Bermusim

Hebatnya kejadian alam yang bermusim, kejadian empat musim silih berganti memberi ilham kepada mereka yang mahu berfikir. Dari musim panas ke musim luruh, kemudian musim sejuk dan musim bunga, masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Di Oman sekarang, musim luruh dekat nak berakhir, selepas ini akan bermula musim sejuk alhamdulillah. Maka berhentilah sekejap penggunaan air-cond dan kipas angin kerana kesejukan musim ini sudah memadai untuk menyejukkan diri. Apakah manusia perlukan kesejukkan? Sekiranya kita tidak suka sejuk, mengapa bila terasa panas maka kita akan tercari-cari kipas angin ataupun air-cond. Manusia tidak mampu berada dalam kepanasan secara berterusan, kerana banyak masalah kesihatan dan penyakit-penyakit berjangkit mudah tersebar. Akan tetapi bila berada dalam keadaan sejuk, kita akan berasa tenang dan sihat, malah tiada penyakit berjangkit tersebar dalam musim ini. Bila difikirkan balik, semasa bayi dalam kandungan ibu, kita dikelilingi air ketuban yang merupakan

Hadis Pilihan

Hadis pilihan kali ini yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, barangsiapa memperberat-beratkannya, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah agama itu menurut mestinya, atau mendekatinya menurut mestinya, dan gembiralah, serta beribadatlah dan mohon pertolongan Allah pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam." Apabila kita menghayati hadis ini, Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa agama Islam itu mudah, maka janganlah kita menyusahkannya, kerana sekiranya kita memberatkannya kita yg akan kecundang, tidak mampu meneruskannya, kadang-kadang ia akan menjadikan orang itu lemah dalam beribadat dan beramal, bukan saja amal yg berat, bahkan amal ibadat yg ringan pun dia tak akan sanggup mengerjakannya. Sesungguhnya Rasulullah lebih arif tentang fitrah dan kebolehan manusia, oleh sebab itu baginda mengingatkan umat Islam agar berpada-pada dalam beribadah, sebagaimana yg disebutkan dalam hadis lai

Cerita Anak-anak Palestin dan Iraq

Cerita anak-anak Palestin dan Iraq adalah cerita yg tidak berpenghujung kerana penderitaan mereka berterusan. Mereka teramat tabah dan kuat, namun disebalik ketabahan dan kekuatan itu ada penderitaan yg amat hebat. Bila berpeluang menonton cerita2 mereka, saya merasakan bahawa anak-anak kita bertuah kerana menikmati keamanan dan beroleh apa sahaja yg dihajati. Oleh sebab itu, kita sepatutnya sentiasa mengingatkan anak-anak kita supaya bersyukur dengan apa yg diperolehi dan berusaha untuk membentuk hidup yg lebih baik. Namun anak-anak ini memang hebat, ciri-ciri fitrah masih kekal dalam diri mereka, mereka tahu bahawa hanya perpaduan sahaja yg mampu menyelamatkan mereka. Dalam siri "anak-anak Palestin: Haqq Ya'ba Nisyan", bermacam-macam cerita anak-anak ini, namun apabila ditanya apakah harapan mereka, jawapan mereka sama "orang2 Palestin mesti bersatu, Fattah dan Hamas mesti bersatu". Keamanan hanya mampu dicapai jika umat Islam bersatu, kerana perpecahan mereka

Hadis Pilihan 3

Hadis pilihan kali ini adalah sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Adapun kemudian, Sesungguhnya manusia itu amat banyak. Dan sedikit Ansar (penolong agama Allah), sehingga adanya mereka di tengah-tengah manusia bagai garam dalam makanan. Barangsiapa di antara kamu yg mengurus sesuatu yg merugikan satu golongan dan menguntungkan golongan lain, hendaklah ia menerima kebaikan orang yg berbuat baik dan memaafkan orang yg melakukan kesalahan." Riwayat Bukhari. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yg menceritakan bahawa Rasulullah ke luar ke satu majlis sewaktu Baginda sakit yg membawanya meninggal dunia, dengan berselimut dan diikat kepalanya dengan kain yg berwarna kehitaman, terus beliau duduk di atas mimbar, lalu memuji tuhan kemudian bersabda seperti di atas. Dan itulah juga majlis terakhir yg dihadiri Nabi SAW. Sekiranya kita teliti hadis ini, amat jelas bagi kita apa yg berlaku dalam dunia sekarang. Manusia teramat ramai, terutama di bandar-bandar besar di dunia ini

Hadis Pilihan

Hadis pilihan kali ini ialah mengenai kekuatan diri sebagai seorang Muslim. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud: “ Mu’min yg kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah drp Mu’min daif, dan dalam setiap sesuatu ada kebaikan, jadi berusahalah utk mendapatkan apa yg dapat memberi manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan Allah, jangan berasa lemah, sekiranya berlaku kepadamu sesuatu, jangan berkata: sekiranya aku lakukan ini,dan itu….tapi katakan Allah telah menetapkan apa yg DIA kehendaki, sekiranya kita berkata KALAU membuka laluan kpd syaitan.” Hebatnya peringatan yang diberikan oleh Rasulullah SAW, namun ia seolah-olah tidak pernah diketahui oleh orang Islam. Ini kerana dimana-mana sahaja kita melihat kelemahan umat Islam sehingga mereka dipandang rendah oleh orang bukan Islam. Apa silap kita? Dimana kelemahan kita? Sebenarnya banyak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah tidak diketahui oleh kita, terutama orang-orang Melayu sedangkan ia adalah asas hidup

Surirumah Bekerja

Surirumah bekerja adalah insan hebat penuh kekuatan diri kerana mereka mampu melaksanakan pelbagai urusan rumahtangga dan kerja lain. Kekuatan ini sekiranya diuruskan dengan betul mampu menjadikan mereka surirumah yang berjaya dari semua sudut. Apa taknya kehebatan mereka menguruskan rumahtangga, mendidik anak-anak, melayan suami, kemudian bekerja sepanjang hari dipejabat. Sekiranya mereka masih mampu pulang ke rumah dengan senyuman itulah kehebatan yang tiada bandingannya, kerana senyuman itu menandakan kepuasan hati dan ketenangan jiwa yg mereka perolehi atas segala usaha sepanjang hari. Tapi adakah semua wanita yang bekerja mampu mempraktikkan semua sifat-sifat positif yang akan menjadi ikutan anak-anak mereka di rumah, ataupun kehidupan sehari-hari dilalui dengan penuh ketegangan dalam diri? Hanya mereka yang melaluinya mampu menggambarkannya secara hakiki. Walau apapun tugas yang dilaksanakan, ketabahan mereka adalah lambang kekuatan diri mereka. Betapa hebatnya mereka yang mampu

Mendidik Anak-anak

Tugas mendidik anak-anak pada zaman sekarang bukan mudah. Kita tidak boleh meniru bulat-bulat cara didikan ibubapa kita dahulu. Ini kerana perubahan corak dan gaya hidup masyarakat kini. Jadi dari mana kita boleh mendapat model untuk mendidik anak-anak? Apakah cara lama memberikan kesan negatif kepada anak-anak? Apakah pendidikan paling utama untuk anak-anak kita? Menjawab persoalan pertama, dari mana kita boleh mendapat model untuk mendidik anak-anak pada zaman ini? Kalau masyarakat dulu belajar daripada orang yg lebih tua daripada mereka dalam mendidik anak-anak, masyarakat hari ini tidak boleh bergantung terus kepada generasi yg lebih tua daripada mereka. Ini kerana kita lebih memahami corak hidup zaman sekarang, lebih tahu tentang perkembangan semasa, penggunaan teknologi baru dan sebagainya. Jadi cara didikan anak-anak hari ini banyak bergantung kepada ilmu, ibubapa perlu mencari ilmu keibubapaan dengan menghadiri seminar kekeluargaan, mengikuti program pemantapan diri, seminar me

Surirumah Terpelajar

Pengalaman berada di negara asing memberi peluang kepada saya bercampur dengan pelbagai golongan surirumah, ada golongan kampung yg tidak berpelajaran, surirumah yang bekerja, ada ramai juga professional yg terpaksa menjadi surirumah kerana mengikuti suami ke luar negara. Jadi ada bermacam-macam cerita dapat dikongsikan bersama. Di sini saya cuma nak berkongsi tentang professional yang terpaksa menjadi surirumah. Apa taknya, belajar tinggi-tinggi kemudian terperuk dirumah, jaga anak-anak. Mungkin ada yang rasa seronok dapat berehat, melepas lelah bekerja selama ini,namun ada pula yang terpaksa belajar untuk berada dalam situasi baru bagi mereka. Bukan mudah nak menghadapi suasana baru, kalau sebelum ini, pagi-pagi dah terbiasa ke pejabat, namun bila jadi surirumah pejabat dah kat dalam rumah, mana nak pergi? Maka berubahlah jadual waktu bekerja, bukan macam dulu lagi. Mudah ke nak memulakan cara baru? Mungkin bagi sesetengah wanita ia amat senang, terutama dari segi masa, sangat fleksi

Hadis Pilihan

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ada diantara pokok-pokok, sejenis pokok yang tidak jatuh daunnya dan ia seperti seorang Muslim, maka terangkanlah kepadaku apakah pokok tersebut? Maka para sahabat pun mengalihkan pemikiran mereka kepada pokok-pokok yang tumbuh di sekitar mereka. Akan tetapi Ibnu Umar terfikirkan bahawa ia pokok kurma, kemudian para sahabat berkata: Terangkanlah apakah ia, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: ia pokok kurma". Hadis ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab Ilmu. Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi daripada hadis ini diantaranya: 1. Rasulullah SAW juga menggunakan pelbagai teknik dalam menyampaikan dakwah Baginda, iaitu memberi soalan teka-teki kepada sahabat baginda untuk menguji kepintaran ilmu mereka. Jadi teknik soal-jawab dalam belajar adalah sunnah Rasulullah, pergunakanlah ia sebaik-baiknya. 2. Ia juga mengambarkan anjuran Islam supaya kita berfikir tenta