Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerita Oman

Mendidik Pembantu Rumah

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan insan yang memiliki akhlak yang begitu mulia. Baru sebulan saya mengenali insan tersebut, pertemuan yang tidak dirancang ketika saya menghadiri Nadwah Fiqh yang menghimpunkan ulama sedunia. Ketika itu saya menunggu sesi sebelah petang, manakala rakan tersebut menunggu suami beliau. Masa kosong tersebut kami isi dengan perbualan yang menyentuh pelbagai isu. Hari-hari seterusnya kami hanya bersapa ringkas, hinggalah pada hari terakhir Nadwah beliau meminta saya mengajar beliau teknik yang betul untuk menulis khat. Alhamdulillah tempat tinggal kami agak dekat, jadi saya berpeluang untuk menziarahi beliau. Sesungguhnya Allah ingin memberi pelbagai ilmu kepada saya, bila bersahabat dengan beliau. Di antara pelajaran pertama ialah berbuat baik serta menghargai pembantu rumah. Sememangnya saya begitu kagum dengan cara beliau mendidik pembantu rumah beliau yang berasal dari Etophia. Inilah kali pertama yang mendengar...

Bermain dengan Anak-anak

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu berkongsi cerita disini lagi. Alhamdulillah syukur sekali lagi kerana Allah menyelamatkan kami di bumi Muscat daripada musibah ribut pasir yang mengganas sejak beberapa hari lepas di Semenanjung Tanah Arab. Mengikut ramalan jabatan meterologi Oman, ribut pasir akan sampai ke bumi Muscat semalam, akan tetapi selepas asar keadaan masih cerah seperti biasa. Maka kami mengambil peluang malam tadi untuk keluar menyedut udara segar ditaman sebelum keadaan cuaca lebih buruk. Awal pagi ini kami masih memerhati keadaan udara diluar serta berdoa agar keadaan udara tetap segar seperti biasa. Alhamdulillah petang tadi kami masih mampu keluar meneruskan aktiviti keluarga seperti biasa. Alhamdulillah sudah hampir sebulan kami sekeluarga mula bermain bola tampar bersama-sama di Taman Qurum. Beginilah aktiviti kami suami isteri setiap minggu, melayani minat anak remaja. Suami sentiasa mengikut keinginan anak-anak lelaki beliau bersukan...

Beza cara Hidup di Rantau

Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah kali ini, kami sempat mengikuti beberapa program bersama-sama rakan senegara, sama ada dianjurkan secara persendirian ataupun anjuran kedutaan.   Jadi anak-anak mempunyai kenangan tertentu sepanjang cuti ini, bukan hanya sekadar duduk dirumah serta menghadap TV sepanjang masa.   Inilah masalah bila berada dirantauan, ibubapa yang mesti menyediakan program untuk anak-anak, kerana kami hanyalah satu keluarga yang hidup sendiri, serta begitu jauh daripada sanak-saudara.   Terbayang-bayang keadaan anak-anak saudara yang tinggal berhampiran ahli keluarga lain, mereka bebas kunjung-mengunjungi, serta bebas melakukan aktiviti sendiri tanpa perlu bergantung kepada ibubapa.   Namun begitu kami redha, kerana inilah jalan pilihan kami sehingga hari ini....   Dalam masa yang sama, saya kasihan mendengar keluhan kawan anak-anak, yang hanya terperuk dirumah sepanjang masa cuti, bertanyakan khabar anak-anak saya, yang...

Main Pasir di Wahiba Sands

Imej
Alhamdulillah kami sempat mengikuti percutian di Padang Pasir yang lebih dikenali sebagai Wahiba Sands disini. Percutian kali ini disertai oleh 8 buah keluarga Malaysia, satu pasangan Singapura dan satu keluarga Libya.   Perjalanan kami bermula jam 8.30 pagi, akhirnya sampai ke tempat tujuan selepas waktu asar. Ini kerana kami terpaksa menumpang kenderaan lain setelah sampai ke kawasan berdekatan tempat perkhemahan.  Menikmati Kesejukan Pagi di Padang Pasir Kenderaan Padang Pasir Dulu Alhamdulillah percutian kali ini begitu bermakna, inilah pertama kali kami berpeluang sampai ke kawasan gurun yang amat luas dan hanya ditumbuhi oleh rumput-rumput gurun.   Ini kerana sekarang masih lagi musim sejuk, jadi rumput-rumput masih menghijau, dan cuacapun agak sejuk. Bayangkan jika kami ke sini pada musim panas, semestinya rumput-rumput ini mati kekeringan, dan kawasan yang kering-kontang ini hanyalah dipenuhi oleh pasir. Subhanallah... Keuni...

Cuti-cuti Sama'il - 2

Imej
Alhamdulillah sambung sedikit lagi cerita jalan-jalan masa cuti kali ini...  Kawasan Kubur Sahabi - Mazin bin Ghadubah Selepas puas memanjat bukit kota al-Qareen, kami dibawa ke satu kawasan iaitu tempat seorang sahabat Rasulullah saw disemadikan. Dalam hati tertanya-tanya ke manakah kami akan dibawa? Setelah turun daripada kereta barulah kami diberitahu bahawa kami akan dibawa melawat tempat sahabat Rasulullah saw disemadikan.   Ia bukanlah tanah perkuburan, yang ada cuma satu kubur sahaja yang ditulis seperti yang terdapat dalam gambar dibawah. Alhamdulillah 'ala kulli hal...   Anak-anak bertanya kenapa kita ke sini? Nak buat apa? Mengapa saiz kubur itu sangat panjang serta pelbagai lagi soalan. Alhamdulillah sambil jalan-jalan dapat ilmu... Bila bertanya kepada 'guide' kami, beliau menceritakan kisah pengislaman Mazin r.a sebagaimana yang diketahui oleh beliau, dan mungkin juga itulah lagenda yang tersebar dikalangan penduduk disitu. Kisahnya...

Cuti-cuti di Sama'il, Oman - 1

Imej
Alhamdulillah, cuti raya kali ini kami berpeluang melawat satu kawasan yang begitu menarik bagi saya. Bertahun-tahun saya memasang angan-angan ingin melawat kawasan ini, serta ingin melihat sendiri kawasan pertama menerima Islam di Oman. Saya masih teringat lima tahun lepas pelajar saya (ketika mengajar part time di kolej) menceritakan tentang keindahan kawasan ini. Menurut beliau, Sama'il adalah satu-satunya kawasan yang dipenuhi kehijauan tumbuhan disepanjang barisan bukit yang menjadikan pemandangannya begitu menarik sekali, subhanallah. Sesungguhnya saya berasa begitu tenang sekali bila memasuki kawasan ini, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah kami telah bertemu dengan seorang penduduk tempatan yang telah bermurah hati menjadi penunjuk jalan dengan menunjukkan kami kesemua tempat yang tersenarai dalam kotak fikiran ini. Jadi, kami berjaya melawat tempat-tempat bersejarah tersebut dengan senang, serta tidak perlu bertanya sesiapa kerana tiada petun...

Tiga Kota di Sama'il, Oman

Imej
 Pemandangan hadapan Kota di kawasan Al-Qaren Alhamdulillah, pada cuti raya haji kali ini kami berkesempatan melawat kawasan yang amat penting dalam perkembangan sejarah kedatangan Islam ke Oman, iaitu kawasan Sama'il, yang terletak lebih kurang 90km daripada Muscat.   Apa yang menarik untuk dikongsikan disini ialah mengenai tiga buah kota yang sempat kami lawati, yang mana saya rasakan mempunyai keunikan yang tersendiri.   Kota Pertama terletak di kawasan Al-Qaren, Jika dilihat dari jauh ia begitu mengujakan serta nampak tersergam indah serta kuat, tetapi apabila dilihat pada bahagian hadapan, ternyata kota lama ini masih dalam proses baikpulih kerana telah hancur ditelan zaman. Namun begitu dua menara utama masih kuat dan utuh.   Di bawah ini adalah gambar dibahagian hadapan kota tersebut, ia tidaklah begitu tinggi sebagaimana yang kita lihat dari depan, serta proses pendakian begitu menyeronokkan.   Pemandangan belakang Ko...

Kalbuh Park - Taman buatan Manusia

Imej
Alhamdulillah...inilah tempat kami sekeluarga mencari ketenangan setiap kali hujung minggu. Bila berada di kawasan padang pasir, mata kita teringin untuk melihat kehijauan pokok untuk menenangkan hati. Bila dapat melihat kehijauan taman serta berendam air laut, itulah nikmat yang tidak dapat digambarkan. Mana lagi nak pergi ketika diperantauan?  Pemandangan dari pintu masuk Barisan pokok-pokok kurma  Bahagian hujung taman  Bahagian depan taman dilihat dari astaka  Bahagian tengah taman  dilihat dari  astaka  Anak-anak saya bermain selepas berenang  Pantai sebelum pintu masuk ke Taman Kalbuh  Pantai Kalbuh yang terletak di hadapan Taman Sekadar berkongsi keindahan taman buatan manusia yang menganjur disepanjang bukit di Mutrah, Oman. Taman ini terletak sebelum masuk ke pintu gerbang ke Muscat, ibu negara Oman.

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Imej
  Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman Bismillah ...Alhamdulillah... Hari ini saya merasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenai Surat Rasulullah SAW yang dihantarkan kepada Raja Oman sebagai satu surat rasmi untuk menyebarkan agama Islam. Sebenarnya saya pernah menulis tentang surat ini selepas kami melawat Musandam, tempat pertama saya melihat surat tersebut dipamerkan. Surat tersebut dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Oman yang memerintah pada ketika itu melalui utusan baginda iaitu Amr ibn 'As. Menurut sejarah Oman, kedua-dua raja mereka ketika itu menerima baik utusan Rasulullah saw serta memeluk agama Islam, seterusnya mengarahkan agar agama Islam disebarkan diseluruh ceruk Oman. Namun begitu, orang pertama yang menerima Islam di Oman adalah Mazin bin Ghadubah, yang mendengar tentang Islam daripada peniaga2 Arab, kemudian beliau bertemu sendiri dengan baginda Rasulullah saw, serta meminta agar baginda mendoakan kesejateraan kepada Oman. Hadis-hadis...

Jangan Begitu Mudah Menghukum

Pada awal bulan ini saya  telah berkesempatan untuk hadir dalam satu kuliah  agama yang diadakan disini, dengan penceramah  yang didatangkan khas dari tanahair. Sememangnya saya telah begitu lama terpisah daripada kuliah-kuliah  sebegini, jadi perasaan ingin mengulang kembali kenangan lama menghadiri kuliah-kuliah agama subur kembali alhamdulillah. Betapa besarnya harapan saya agar kuliah tersebut mampu memberi input-input baru kepada saya, tapi sayang... Inilah kuliah pertama yang  saya pernah hadiri dalam hidup saya, dimana penceramah begitu beria-ia menunjukkan kesilapan dan keburukan orang lain secara jelas. Bak kata suami saya (yg agak2 faham b. melayu): itulah contoh orang yang telah didoktrinkan oleh Saudi ataupun Wahabi. Seingat saya, daripada mula mengenal belajar agama di Maahad Muhammadi kemudian berpindah ke UIAM, juga  dalam bidang agama, saya selalu ditemukan dengan guru-guru yang begitu beradab dalam menghukum orang la...

Bagaimana Mereka Menyelesaikan Masalah?

Imej
Lihatlah gambar diatas....apakah yang anda fikirkan? Agak-agaknya apa ye? Kemudian lihat pula gambar dibawah, anak-anak saya lebih senang melintas kawasan tersebut di atas timbunan tanah. Dua gambar diatas pula, tempat dimana kita boleh gunakan untuk melintas kawasan becak tersebut untuk ke kawasan lain ditaman tersebut. Ini pula keadaan tempat takungan air tersebut. Kadang-kadang rasa tergelak setiap kali melintasi kawasan ini, kadang-kadang rasa nak marah melihatkan betapa daifnya pemikiran insan dalam menyelesaikan masalah takungan air. Tetapi inilah yang berlaku disini semenjak beberapa tahun lepas, iaitu selepas Saiklon Phet melanda Oman. Apakah penyelesaian yang dipilih adalah pilihan terbaik? Itulah cara mereka menyelesaikan masalah. Jika anda seorang yang mampu berfikir secara bijaksana, apakah cara diatas mampu menyelesaikan masalah yang berlaku? Sebenarnya kawasan tersebut agak rendah, menyebabkan air yang mengalir dari laut mengalir ke kawasan tersebut, yang ...

Hujan Rahmat

Alhamdulillah sudah beberapa minggu langit Oman agak mendung dan kerap hujan. Boleh dikatakan tahun ini merupakan tahun pertama saya merasai hujan berulangkali setelah hampir 7 tahun berada disini. Apabila sudah terbiasa dengan langit yang cerah dan terang, cuaca yang panas, bila langit agak mendung, terasa suram saja alam sekeliling. Apa yang pasti, hujan yang turun membawa rahmat kepada kami disini, ia menyejukkan bumi yang panas, membasahkan tanah yang gersang, membawa hawa sejuk hinggakan kami tidak perlu lagi menggunakan aircond. Alhamdulillah... Malam tadi hujan turun lagi serta agak lebat, namun begitu ia tidak selebat hujan yang turun sebelum hariraya aidiladha, yang telah menyebabkan banjir dibeberapa tempat disini. Saya masih teringat pada petang tersebut, hujan yang amat lebat telah menyebabkan jalan sesak berjam-jam diroundabout dihadapan rumah saya. Apabila mengikuti berita pada hari berikutnya barulah saya tahu bahawa kawasan bersebelahan telah dilanda ...

Cuti Sekolah bermula...

Alhamdulillah anak-anak sudah mula bercuti musim panas, jadi rutin harian saya akan berubah, terhentilah juga kesibukan awal pagi seketika, hinggalah tahun persekolahan baru bermula September nanti. Biasalah sistem persekolahan disini, cutinya amat panjang, dan teramat panjang. Ibu-ibulah yang mesti memikirkan pengisian musim cuti sebegini, agar masa anak-anak tidak terbuang begitu sahaja. Buat masa sekarang cuaca disini teramat panas, bila anak-anak bercuti, mereka tidak perlu lagi meredah panas waktu balik dari sekolah, alhamdulillah. Apakah perancangan cuti kali ini? Apakah objektif percutian kali ini? Alhamdulillah, rezeki kami tahun ini ialah untuk melancung ke tempat kelahiran suami saya, serta mengambil peluang untuk bertemu ibu mertua, serta saudara-mara sebelah sana. Disamping itu dapatlah mengenai adat dan suasana baru di Tunisia. Anak-anak sudah tidak sabar untuk berkenalan dengan sepupu mereka disana, serta ingin mengenali tempat tersebut.....

Cerita Masa Cuti Sekolah

Imej
Bulan Disember lepas banyak sangat cuti, belajar seminggu cuti seminggu...rasa macam anak-anak tak bersekolah pada bulan tersebut. Ini kerana ada sambutan kemerdekaan Oman, macam-macam aktiviti yang sangat meriah diadakan. Dalam tempoh yang sama Oman menjadi host, sukan pantai untuk negara-negara Asia, jadi memang terlebih-lebih sibuk lah aktiviti disini. Akan tetapi kami tidak dapat mengikuti sangat program-program tersebut kerana suami terpaksa menghadiri konferen di Langkawi, kemudian dia ambil peluang menjenguk flat kami yang lama ditinggalkan di Gombak. Namun begitu minggu akhir Disember diistiharkan sebagai cuti sekolah, jadi kami mengambil kesempatan berjalan-jalan sambil melihat bumi ini yang masih mengekalkan keasliannya. Alhamdulillah dapat juga berkongsi sedikit-sebanyak pengalaman ini...   Gambar bahagian dalam Nakhal Fort yang masih mengekalkan keasliannya  Anak-anak begitu seronok memanjat bahagian kecil bukit yang masih ada dalam fort tersebut. ...