Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Suasana di Tunisia sekarang

Selepas enam bulan Revolusi Tunisia berlaku, keadaan di Tunisia kembali tenang seperti biasa dikawasan-kawasan pelancongan, tetapi menurut penduduk disini suasana musim panas tahun ini tidak semeriah tahun-tahun lepas. Ini kerana bilangan pelancong begitu sedikit, malah menurut laporan banyak hotel yang terpaksa ditutup kerana menganggung kerugian, atas kekurangan pelanggan. Apa yang saya saksikan ialah ada beberapa orang askar ditempatkan ditempat-tempat tertentu, yang mana ia adalah pemandangan biasa . Alhamdulillah kami berkesempatan melawat beberapa tempat bersejarah di sini, namun begitu masih belum sampai ke bandar Qairawan, yang terletak cuma 50km daripada kawasan suami, iaitu sebuah bandar bersejarah yang paling penting dalam sejarah penyebaran Islam di Afrika. Rezeki kami ialah dapat menyertai lawatan rombongan pelajar kuttab disini ke bandar Tunis, jadi dapatlah kami turut-serta melawat beberapa tempat penting di bandar tersebut, termasuklah Pusat Sains dan bandar berseja

Sebulan di Tunisia

Alhamdulillah sudah genap sebulan kami berada bersama-sama keluarga suami di Tunisia, macam-macam cerita suka-duka dialami sepanjang bulan ini. Pada mulanya saya menganggap bahawa segala pengalaman disini akan menjadi pengalaman manis buat kami sekeluarga, tapi ada juga detik-detik sedih yang tidak disangka. Sebulan berlalu dalam keadaan saya tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada saya disini? Saya begitu gembira berada disini tetapi ada suatu yang selalu menganggu, lebih pelik daripada segala pengalaman selama ini. Saya terasa seolah-olah saya berubah menjadi insan baru, otak semacam diikat-ikat, setiap waktu perkataan-perkataan negatif tertentu diputar-putarkan difikiran saya, sehinggakan saya tidak berminat untuk berinteraksi dengan jiran tetangga yang begitu beria-ia ingin berkenalan. Yang peliknya bila kami keluar ke mana-mana semuanya ok, tetapi masuk saja ke rumah kami macam-macam perasaan ganjil dirasai, termasuklah tanggapan terhadap suami serta-merta berubah menjadi n