Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Mendidik Pembantu Rumah

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan insan yang memiliki akhlak yang begitu mulia. Baru sebulan saya mengenali insan tersebut, pertemuan yang tidak dirancang ketika saya menghadiri Nadwah Fiqh yang menghimpunkan ulama sedunia. Ketika itu saya menunggu sesi sebelah petang, manakala rakan tersebut menunggu suami beliau. Masa kosong tersebut kami isi dengan perbualan yang menyentuh pelbagai isu. Hari-hari seterusnya kami hanya bersapa ringkas, hinggalah pada hari terakhir Nadwah beliau meminta saya mengajar beliau teknik yang betul untuk menulis khat. Alhamdulillah tempat tinggal kami agak dekat, jadi saya berpeluang untuk menziarahi beliau. Sesungguhnya Allah ingin memberi pelbagai ilmu kepada saya, bila bersahabat dengan beliau. Di antara pelajaran pertama ialah berbuat baik serta menghargai pembantu rumah. Sememangnya saya begitu kagum dengan cara beliau mendidik pembantu rumah beliau yang berasal dari Etophia. Inilah kali pertama yang mendengar

Teknik Menulis Khat Nasakh Secara Cepat

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah membuka ruang untuk saya berkongsi kemahiran menulis khat dengan beberapa penggemar seni ini di sini. Sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba menghidupkan kembali bakat ini, tetapi akhirnya ia terhenti. Puncanya saya melihat ilmu ini terlalu mudah, tidak bermanfaat buat diri sendiri serta pelbagai lagi fikiran negatif. Akhirnya ilmu yang bertahun-tahun dipelajari secara formal sewaktu zaman persekolahan terpendam begitu saja, terutama apabila saya mula menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di sini, saya dipertemukan dengan beberapa orang guru sekolah anak-anak saya yang menyedari bakat ini, serta meminta saya mengajarkannya kepada pelajar mereka. Alhamdulillah saya sempat beberapa kali berkongsi teknik menulis khat dengan pelajar sekolah anak-anak saya. Kemudian beberapa orang jiran meminta saya mengajar mereka untuk menulis dengan kaedah yang betul. Setelah beberapa kali mencuba beberapa kaedah, akhi