Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mengenal Diri

Bertasbihlah...Pembangkit Kasih Sayang

Bismillah... Alhamdulillah... Kita bertemu Jumaat lagi, mungkin Jumaat kali ini berbeza daripada sebelumnya. Moga ia membawa kebaikan dalam segenap sudut hidup kita. Setiap kali mengaji Quran kita akan bertemu perkataan berkaitan tasbih, satu bentuk amalan mulia yang disebut berulangkali didalam Quran. Malah ada beberapa surah dimulai dengan suruhan bertasbih seperti surah al hadid, al hasyr, al saff, al isra', al jumuah dan al taghabun. سبح لله ما في السموات واﻷرض وهو العزيز الحكيم Yang bermaksud: Bertasbih kepada Allah apa yang berada di langit dan dibumi; Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Manakala didalam beberapa ayat lain Allah swt menyebutkan bahawa semua makhluk yang ada dimukabumi ini bertasbih kepada Allah. Mereka mengetahui cara untuk bertasbih yang sesuai untuk mereka. Begitu juga manusia disuruh bertasbih dengan cara kita, iaitu dengan berzikir setiap hari. Di antara waktu bertasbih yang disebutkan didalam al quran ialah: 1. Sebelum terbit mat...

Ketetapan Allah dan Pilihan kita

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi kekuatan pada diri ini untuk berkongsi disini. Semenjak zaman sekolah saya amat suka membaca dan mencari maklumat mengenai kesihatan. Setiap kali membaca akhbar bahagian kesihatan adalah ruangan kegemaran, namun begitu saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan. Disebabkan minat tersebut saya mudah memahami pelajaran sains dan ia merupakan matapelajaran kegemaran saya. Alhamdulillah asas sains yang sedikit membantu saya tidak mudah terpengaruh dengan ilmu kesihatan hari ini. Jika tidak mungkin cara pemikiran saya akan berbeza. DIA lebih mengetahui segala-galanya. Perjalanan hidup kita sememangnya telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta, lain yang kita rancang tetapi lain anugerah-Nya kepada kita. Jika dulu cita-cita saya ingin belajar di Mesir kerana sayangkan bahasa Arab, DIA tetapkan perjalanan saya di UIA, mempelajari bahasa Arab yang formal dan bahasa Inggeris. Alhamdulillah ketetapan-Ny...

Surah Yaasin Sumber Kekuatan Rohani

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu menulis disini, mencoret sesuatu serta berkongsi ilmu yang begitu lama disimpan. Moga ia tidak lagi menjadi beban buat diri ini. Satu amalan istimewa yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak bertahun-tahun dulu ialah amalan membaca surah yaasin. Apakah keistimewaan surah ini hinggakan ia dipilih diantara surah-surah lain untuk diamalkan setiap kali malam Jumaat, pertemuan-pertemuan istimewa serta pelbagai aktiviti lain. Apakah ulama terdahulu tersilap memilih ataupun ada ilham yang mereka perolehi daripada Allah swt yang sesuai dengan persekitaran kita? Bersesuaian dengan riwayat tentang surah jni walaupun ia berstatus daif. Apakah kelebihan surah ini yang mampu menyatukan hati-hati penduduk kampung yang ketandusan ilmu agama serta kurang mahir membaca? Semestinya ada satu alasan kuat untuk ulama-ulama tersebut menggalakkannya diamalkan dalam masyarakat kampung. Ketika saya pelajari ilmu CVT dulu kami diberitahu bahawa ad...

Ilmu CVT Lagi - Bunyi itu Ubat

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi disini. Kali ini saya ingin bercerita tentang bunyi, sesiapa yang belajar bidang sains mungkin lebih arif tentang tajuk ini, saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang pernah diperolehi suatu ketika dulu. Bunyi memainkan peranan besar dalam hidup kita, bunyi yang sama akan melekat dalam memori kita, bila didengari berulangkali. Kadangkala kita mampu menyanyikan lagu dan bunyi muzik yang pernah kita dengar berpuluh tahun lalu tanpa perlu bersusah payah mengingat kembali. Ketika kita lahir kita diperkenalkan dengan bunyi azan dan iqamat, iaitu bunyi yang diformatkan ke dalam memori kita. Bayangkan jika kita dihidangkan dengan bunyi-bunyi lain sebagai bunyi pertama kita dengari sebaik saja kita dilahirkan. Minta dijauhkan semua itu. Bunyi yang terlalu kuat boleh memecahkan aura kita, serta menimbulkan perasaan resah dan gelisah kepada kita. Ini dapat kita rasakan ap...

Ilmu Mengenal Diri CVT - 2

Bismillah... Alhamdulillah pagi ini saya ingin teruskan perkongsian tentang ilmu mengenal diri yang pernah saya pelajari dulu. Biarlah saya tulis disini agar ia tidak menjadi beban kepada saya suatu ketika nanti. Jika ia bermanfaat jadikan ia sebagai amalan diri, jika tidak bacalah sekadar dapat informasi. Ketika saya belajar, kami dijelaskan tentang konsep tenaga, warna dan bunyi serta perkaitannya dengan diri manusia. Manusia dijadikan dalam bentuk aliran tenaga, setiap organ dalam tubuh kita mempunyai frekuensi tertentu, jika frekuensi organ tersebut stabil dan tersusun, maka kita berada dalam keadaan sihat. Kita boleh tahu kesihatan seseorang melalui akhlak dan tingkahlaku beliau, ia petanda awal bahawa frekuensi organ tertentu masih tetap atau sudah berubah, lama sebelum doktor dapat analisisnya. Orang yang sihat memiliki sifat-sifat positif, manakala orang sakit bersifat negatif. Sebab itulah ada yang mula memperkenalkan attitude therapy, iaitu terapi sikap. Orang yang ...

Ilmu Mengenal Diri CVT

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur pada Allah, pagi ini terasa nak berkongsi satu ilmu yang telah dipelajari sebelum kami berhijrah ke sini, iaitu ilmu mengenal diri. Sebelum ini saya ada menyentuh sedikit tentang ilmu ini...tetapi belum menerangkan secara lebih lanjut tentangnya. Mungkin ada diantara pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya. Suatu ketika dulu saya pernah kongsikan dengan beberapa orang kawan, kemudian ia terhenti kerana beberapa sebab, beberapa bulan terakhir tahun lepas saya mula menceritakan semula tentang ilmu ini. Sebenarnya saya terasa sayang untuk meninggalkan terus ilmu ini kerana ia banyak membantu saya mengenali orang-orang disamping saya, serta membantu mereka meneroka potensi diri yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka. Ia juga dapat membantu kita memupuk sifat-sifat positif dalam diri, agar lebih berjaya dalam hidup. Gambarajah diatas menjelaskan tentang empat level manusia yang dijadikan Allah swt mengikut susunan Prof Dr...

Hubungan Yang Bermakna

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu menulis disini. Alhamdulillah juga kerana masih ada kekuatan untuk berkongsi pengalaman sehari-hari disini. Alhamdulillah suatu ketika dulu saya sempat mengikuti sijil diploma dalam ilmu terapi getaran warna atau lebih dikenali sebagai cvt. Sebenarnya saya mengikuti kursus tersebut secara suka-suka, sekadar ingin menambah ilmu berkaitan. Akhirnya saya jatuh cinta dengan keindahan susunan ilmu tersebut yang membawa pengamalnya lebih dekat kepada Pencipta kita, Allah swt. Ketika itu saya bertemu dengan ramai kawan baru, hubungan yang wujud diantara kami begitu rapat alhamdulillah. Kami berkongsi pelbagai pengalaman yang membawa kami sampai kesitu. Apa yang nyata disana kami diajar cara mengenal diri dan orang-orang disamping kita. Seorang kawan yang mengalami satu penyakit misteri memberitahu..."setiap kali beliau pergi berubat dimana-mana, beliau disuruh belajar mengenali diri, akhirnya beliau ...