40 tahun....dimanakah kita?
Bismillah... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mampu bernafas di bumi ini, serta masih mampu berkongsi sesuatu di blog ini. Bermacam-macam soalan bermain difikiran, yang mana satu nak didahulukan, mana satu yang lebih penting? Apakah yang telah aku lakukan selama ini yang dapat memberi manfaat kepada insan lain? Bila mengaji quran, terbaca ayat 15 surah al-ahqaf yang bermaksud "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa, " Ya Tuhan-Ku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-anakku. Sesungguhnya a...