Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Macam-macam cerita

Alhamdulillah bersyukur kerana masih mampu menulis disini. Lama betul tidak mencoret sesuatu disini, meskipun ada pelbagai cerita dan peristiwa yang dilalui semenjak berada ditanahair. Sudah dua bulan lebih saya balik ke Malaysia bersama anak-anak, iaitu ketika bermula cuti sekolah anak-anak pada awal bulan Jun lepas. Cuti ditanahair kali ini hanya berbaki dua minggu lebih. Kami akan memulakan kembali pengembaraan kami di bumi Oman pada awal September nanti insya Allah. Alhamdulillah cuti kali ini begitu bererti pada saya meskipun kebanyakan masa dihabiskan dirumah dengan kedua ibubapa tercinta. Sesungguhnya inilah rahmat Allah kepada saya, meskipun berada begitu jauh tetapi Allah masih memberi peluang untuk diri ini merasai hari-hari bersama mereka ketika mereka dihujung usia. Kali ini juga saya peluang berpuasa dan berhariraya dikampung. Sesungguhnya orang yang patut dihormati dan diucapkan terima kasih ialah Sang Suami yang memberi kebenaran untuk saya dan anak-anak berpisah