Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Undang-undang Keluarga Istimewa di Tunisia

Alhamdulillah, sekarang masuk minggu kedua sesi persekolahan baru di Oman bermula. Anak-anak semakin seronok ke sekolah setiap hari sebagai rutin baru setelah tiga bulan bercuti. Ini bermakna sudah dekat dua minggu kami berada di Oman semula selepas menghabiskan cuti musim panas kali ini di Tunisia. Sepanjang tempoh ini saya hanya bersama dengan anak-anak disini kerana suami masih berada di negara beliau atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah mengenai satu undang-undang kekeluargaan yang agak menarik pada pandangan saya diamalkan di Tunisia. Sebenarnya kami tidak mengetahui kewujudan undang-undang tersebut, sehinggalah saat-saat akhir untuk meninggalkan Tunisia. Ketika itu Pegawai Imigresen Tunisia enggan menguruskan proses mengesahkan paspot saya dan anak-anak untuk keluar dari Tunisia tanpa suami. Beliau meminta saya menunjukkan surat kebenaran daripada Majlis Daerah kawasan dimana suami tinggal, bahawa suami saya membenarkan s