Nasihat Menasihati...
Dalam menjalani kehidupan ini, kadang-kadang kita takut untuk mengamalkan satu perkara iaitu nasihat-menasihati sesama kita sebagaimana yang dijelaskan didalam hadis: "Agama itu Nasihat". Bayangkan kita melihat secara terang kesilapan yang dilakukan oleh sahabat kita, tapi kita tidak menasihati rakan tersebut kerana takut dimarahi atau menimbulkan pandangan negatif kawan terhadap kita. Kita tidak menasihati kerana takut kehilangan kawan. Kadang-kadang kita takut untuk menasihati kawan kerana pelbagai alasan yang kita berikan...selagi kita berpegang kepada alasan sebegitu umat Islam tidak akan ke mana. Ini kerana kita melupakan ajaran agama kita yang menyuruh kita "menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran". Jika begitulah sikap kita terhadap sahabat kita, seorang yang rapat dan kita kenali mereka, tidak mustahil kita hanya mampu melihat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain disekitar kita tanpa berbuat apa-apa. Kadang-kadang kita berani menuli