Sebulan Sudah Berlalu
Pejam celik pejam celik sebulan dah berlalu, kita sudahpun masuk bulan Safar 1430H. Kadang-kadang terfikir "berapa banyakkah perkara berfaedah yang dilakukan sepanjang bulan ini"? Kalau mengikut orang tua-tua bulan ini adalah bulan nahas, sebab itu mereka mengadakan perayaan mandi safar satu ketika dulu, untuk menolak bala. Alhamdulillah sekarang amalan ini makin dilupakan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Memang masa yang diberikan oleh Allah SWT 24 jam sehari semalam, semua sama untuk setiap orang tapi kadang-kadang kita merasakan tidak cukup masa untuk melaksanakan tugasan kita. Kalau nak diikutkan memang rutin rumahtangga tidak akan habis, apakah kita rela menghabiskan masa kita setiap hari bersih sana, bersih sini, lap sana lap sini, kadang-kadang tempat dah berkilat pun ingin dikilatkan lagi. Bagi yang ada anak-anak pula sibuk memanjang dengan anak-anak, kalau tak pun sibuk didapur. Apakah ada peruntukan masa kita untuk pembangunan diri sendiri? Apakah ada mas