Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Belajar Menulis

Menulis atau membaca?

Semenjak beberapa bulan ini saya lebih fokuskan kepada membaca, kurangkan menulis. Alhamdulillah pelbagai buku dan e-book yang mampu dibaca dalam tempoh ini, terutama buku-buku motivasi diri. Orang kata, catatlah sesuatu apabila kita membaca, akan tetapi saya terasa sukar untuk melakukannya kerana saya lebih suka menganalisis fakta yang saya baca, terutama apabila membaca buku-buku tulisan orang bukan Islam. Kadang-kadang terfikir untuk berkongsi disini, tapi selalu tertangguh. Nampaknya ada penyakit yang menular dalam diri saya, iaitu penyakit tangguh kerja. Masalah juga bila tiada sesiapa yang menyuruh saya berbuat sesuatu, gerakerja saya menjadi begitu perlahan. Buat masa sekarang saya tengah mencari ubatnya dengan menyertai program "Optimal Living 101", sekadar mendengar rakaman kelas sebab tak mampu nak menyertai secara online. Ya lah disini semua saluran perhubungan melalui internet disekat, telefon atau video melalui messenger, skype dan lain-lain semuanya disekat. ...

Menyembunyikan Ilmu Allah

Bila kita bercerita tentang ilmu, terdapat pelbagai jenis ilmu yang mampu kita perolehi hari ini. Ada yang betul dan baik, ada pula yang boleh menyebabkan kekeliruan kepada pendengarnya, ada juga ilmu sesat. Jika kita terpilih untuk belajarnya, apakah kita mesti menyampaikan keseluruhannya agar kita tidak tergolong ke dalam golongan yang menyembunyikan ilmu-ilmu Allah? Itulah persoalan yang sentiasa bermain-main difikiran ini. Ini kerana kadang-kadang kita terbelajar ilmu yang agak menarik tetapi ia boleh menyebabkan kekeliruan kepada pendengarnya, jika tidak belajar betul-betul mengenainya ataupun tidak habis belajar. Bagi saya sebaiknya orang yang belajar satu-satu ilmu menilai terlebih dahulu ilmu-ilmu tersebut sebelum menyampaikan kepada orang lain. Ini adalah untuk mengelakkan salah faham mengenai ilmu tersebut. Satu persoalan lagi ialah apakah setiap orang yang tidak menyampaikan ilmu yang mereka miliki termasuk ke dalam golongan yang menyembunyikan ilmu-ilmu Allah, walaupun ...

Masa Terbaik untuk Menulis

Alhamdulillah kita bercerita lagi pasal menulis, bilakah waktu terbaik untuk kita menulis. Setiap orang mempunyai masa yang tersendiri, ada yang menulis pada waktu pagi, petang, malam dan tengah malam. Bagi saya waktu yang paling saya sukai adalah waktu pagi, selepas semua anak pergi ke sekolah dan suami pergi ke tempat kerja, waktu itulah saya gunakan sekejap untuk meluahkan isihati dan persoalan-persoalan yang sentiasa ada di kotak fikiran ini. Memang semenjak masa belajar lagi saya sangat suka menggunakan waktu pagi untuk menimba ilmu ataupun menyiapkan tugasan menulis. Bila matahari dah meninggi, saya akan lupakan terus tentang bab menulis ni, serta tumpukan pada pekerjaan lain. Dah memang tak boleh nak fokus pada waktu-waktu sebegitu. Begitu juga keupayaan saya untuk mengajar serta berkongsi idea lebih mantap pada waktu awal pagi. Sebab itulah saya tidak kisah jika jadual waktu belajar dan mengajar saya semuanya bermula pada jam 8 pagi. Sebenarnya setiap insan mempunyai wa...

Membaca dan Menulis

Alhamdulillah kita diberikan kelebihan oleh Allah swt pandai membaca dan menulis. Jika kita tidak tahu membaca masakan kita mampu menggunakan komputer, begitu juga jika kita tidak tahu menulis macammana kita boleh sampai ke sini. Bersyukurlah kerana kita tidak tergolong ke dalam golongan yang "buta huruf". Moga-moga Allah memberi "Nur" kepada kita agar mampu memahami apa sahaja yang kita baca. Dalam dunia hari ini semua orang berlumba-lumba untuk belajar membaca dan menulis. Semenjak lahir anak-anak diajar agar tahu membaca dan menulis. Itulah kehebatan ibubapa sekarang, terutama ibubapa terpelajar.  Pernahkah kita terfikir bahawa bila kita terlalu ghairah mengajar anak-anak membaca, kita mengurangkan keupayaan mereka untuk berfikir. Sebab itulah di negara-negara Barat, anak-anak muda mesti diajar dalam setiap perkara walaupun ia hanyalah perkara-perkara asas dalam hidup mereka. Bacalah pelbagai artikel tentang perkara-perkara yang sepatutnya tidak perlu diajar ...

Mengapa Susah untuk Menulis?

Persoalan yang sentiasa singgah difikiran ini ialah mengapa susah untuk menulis, terutama apabila berhenti seketika untuk memberi laluan kepada urusan lain yang lebih penting pada pandangan kita. Bila ceritakan pada insan yang memegang prinsip mesti positif, kita akan dinasihati agar tidak mengatakan 'susah' kerana perkataan 'susah' akan menyusahkan urusan kita. Malah kita akan disaran untuk menukarkannya kepada perkataan 'senang', kerana perkataan 'senang' apabila diulang-ulang akan memudahkan urusan kita. Begitu juga sekiranya datang perasaan 'malas', kita disarankan agar menukarkan kepada 'rajin', kerana semakin kerap perkataan 'rajin' disebut kita akan lebih rajin. Betulkah pernyataan diatas? Betulkah apabila kita menggunakan perkataan 'positif' kita juga akan menjadi positif dalam setiap urusan kita? Cubalah analisis sendiri berdasarkan pengalaman hidup selama ini. Ini kerana setiap orang memiliki pengalaman yan...

Lama tak Menulis - Ujian Hidup

Alhamdulillah, pagi ini saya beroleh kekuatan untuk menulis lagi serta berkongsi beberapa peristiwa dengan sesiapa yang sudi membaca. Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada ujian, kecil ataupun besar, namun yang paling penting ialah bagaimana kita menerima ujian tersebut. Apakah kita meredhai setiap ujian tersebut serta berusaha untuk memperbaiki hubungan kita dengan pencipta kita ataupun kita menyalahkan-Nya. Moga-moga kita termasuk ke dalam golongon orang-orang yang menerima setiap ujian ke atas kita dengan positif. Hanya Allah yang tahu akan hikmahnya. Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa kita akan diuji oleh Allah, ujian yang mampu mengubah segala tindak-tanduk kita. Apabila terlalu banyak ujian yang kita hadapi, kita akan lebih tertumpu untuk menyelesaikan segala ujian tersebut, sehinggakan kita melupakan banyak urusan lain yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia. Kita terlupa bahawa kehidupan yang singkat ini seharusnya dipandu dengan baik tanpa mengabaikan hu...

Menulis Hilangkan Stress

Alhamdulillah pagi ini terbaca satu artikel tentang penulisan yang boleh dijadikan terapi kepada sesiapa yang amat suka berfikir. Memang kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita asyik berfikir tentang perkara yang sama, yang sebenarnya satu penyakit yang boleh diubati jika kita tahu caranya. Memang mudah untuk memperkatakannya, tetapi amat sukar untuk melakukannya, apatah lagi untuk meluahkan segala-gala isihati kita. Sememangnya itulah kelebihan yang boleh kita dapati daripada seseorang yang suka menulis. Kadang-kadang kita tertanya-tanya 'bagaimana dia mampu kelihatan gembira sepanjang masa?'. Sebenarnya dia juga menghadapi masalah dan tekanan akan tetapi dia tahu bagaimana cara menghilangkan ketegangan tersebut. Usaha yang pertama ialah BERUBAH, kita perlu berubah dengan meluahkan segala masalah yang kita hadapi, sama ada dengan mengadu kepada Yang Maha Esa, meluahkan kepada seseorang yang boleh dipercayai ataupun menulis. Pilihlah yang paling senang untuk kita lakukan... ...

Seronokkah Menulis?

Alhamdulillah seronok menulis, bila ditulis apa-apapun ia akan menjadi hasil tulisan kita. Jika diingatkan sepanjang tempoh pengajian pelbagai kertas kerja, penyelidikan dihasilkan tapi ia tidak sama dengan menulis sebegini. Ini kerana penulisan sebegini lebih dekat dengan hati. Dah jadi tabiat saya, bila saya berbuat sesuatu saya inginkan ramai sahabat turut sama. Jadi bila saya dah menulis blog mulutpun sibuk menyuruh rakan-rakan menulis sama, agar kita dapat sama-sama menyumbang sesuatu. Tulislah...wahai sahabat. Teringat jiran Sudan terkejut bila saya menceritakan ramai surirumah Melayu menulis blog sebagai mengisi masa lapang. Beliau berkata: "Masya Allah jika begitu ramai surirumah terpelajar lah di Malaysia". Begitulah kira-kiranya..alhamdulillah. Beliau juga memiliki ijazah sarjana tetapi berada di rumah kerana mengikuti suami yang kerja di sini. Agak-agak macam saya juga le, belajar tinggi-tinggi berada di rumah... Ada yang menyatakan tidak mempunyai cukup masa untuk...

Mengapa Saya Menulis 3?

Alhamdulillah kali ini kita berkongsi lagi mengapa saya menulis? Apakah tujuan saya menghabiskan masa dengan menulis setiap hari, ada yang diposkan dan ada yang masih dalam draft folder. Bagi saya tulislah sesuatu... kerana bila kita menulis kita akan terasa bahawa kita kita memberi sumbangan kepada masyarakat luar. Malah perkongsian ilmu akan membantu kita agar lebih mendalami dan memahami isu yang ditulis. Ilmu tidak akan habis, malah akan semakin bercambah dengan menulis. Ini kerana setiap perkara yang kita tulis berkait dengan sesuatu, jadi perkaitan ini meluaskan pemikiran kita. Ini bermakna bila menulis kita akan meguatkan daya pemikiran kita. Pilihlah sesuatu bidang dan tulislah apa-apa sahaja yang kita tahu ataupun persoalan kita mengenainya. Bila kita membaca balik kita akan berfikir kembali untuk memantapkan tajuk tersebut. Inilah satu cara kita meluaskan ilmu pengetahuan kita. Ingat..ilmu dapat membenteng kita ketika ditimpa musibah, jadi mulalah menulis. Bagi saya, ia adala...

Mengapa Saya Menulis 2?

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi lagi apa tujuan saya menulis. Ini kerana bila ia dijelaskan saya akan terasa sesiapa yang pernah membaca tulisan diblog ini akan faham mengapa tulisan saya bercorak sebegini. Sebenarnya saya sedang berlatih menulis dalam bahasa Melayu setelah mengabaikan bahasa ibunda ini semenjak menjejaki kaki ke UIA dari tahun 1989. Rupa-rupanya lebih kurang 20 tahun saya meninggalkan penulisan terutama bila tidak belajar karangan bahasa Malaysia. Saya akui itulah kesilapan terbesar saya, walaupun bidang kajian saya semasa MA dan Phd berkaitan dengan masyarakat Melayu tetapi tulisan semuanya dihasilkan dalam bahasa Arab. Saya tidak tahu apakah ada orang Melayu yang mendapat manfaat daripada tulisan saya, namun saya berdoa agar usaha yang sedikit itu dapat menyampaikan ilmu tentang masyarakat Melayu kepada warga luar. Jadi dalam tempoh ini saya cuba untuk menulis apa saja idea yang terlintas dalam kepala saya, logik atau tidak semuanya tidak penting, kerana...

Mengapa Saya Menulis?

Alhamdulillah akhirnya saya beroleh kekuatan untuk menulis walaupun perasaan was-was sentiasa menganggu. Bukan senang untuk beroleh kekuatan meluahkan isihati kita jika kita tidak kuatkan hati. Apatah lagi jika kita ingin menulis tentang satu area yang tidak diambilberat oleh orang lain. Tapi itulah perjuangan...menulis untuk meluahkan isihati agar boleh dijadikan panduan oleh orang lain. Walaupun dah lebih 5 bulan berlatih menulis (Alhamdulillah), tapi persoalan 'mengapa saya menulis?' masih berlegar-legar difikiran saya. Untuk apa saya menulis? Apa manfaat yang orang lain dapat perolehi serta pelbagai lagi persoalan juga sentiasa berputar-putar dalam fikiran. Kadang-kadang terfikir buat apa menulis, bukannya boleh dapat pendapatan dari sini. Tapi kepuasan yang diperolehi dari sini lebih berharga dari wang ringgit. Dulu-dulu saya nak boikot 'internet' sebab tak boleh nak tahan minat membaca, malah saya tidak benarkan suami masukkan line internet di rumah kerana takut m...

Membaca atau Berfikir?

Membaca memang menyeronokkan, kerana kita dapat menambahkan maklumat kita menerusi pembacaan. Maka baca dan bacalah...dulu-dulu saya selalu baca suratkhabar pembungkus nasi kadang-kadang dapat isu yang bagus habis belakang depan kertas tu kita baca sebelum dibuang. Itu cerita lama dan itulah yang seronoknya bila makan nasi bungkus, sekarang dah tak boleh baca lagi sebab dah tak beli nasi bungkus. Lagipun trend orang zaman sekarang makan dalam bungkusan polisterin, jadi tak ada kesempatan untuk membaca lepas makan. Trend berubah, sikap manusia juga makin berubah. Alhamdulillah orang zaman sekarang lebih giat membaca dan menulis. Mungkin itulah kelebihan kanak-kanak yang diajar membaca semenjak kecil. Mereka membesar dengan minat suka membaca. Namun begitu adakah mereka suka berfikir? Ataupun hanya sekadar membaca dan menerima segala idea yang dibaca tersebut tanpa berfikir lanjut. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ialah mengenai membaca. Iqra' iaitu bacalah dengan nama...

Kosongkan Fikiran Semasa Menulis

Bila mencari-cari teknik yang sesuai untuk menulis, saya bertemu dengan pelbagai idea, di antaranya KJ method yang saya belajar daripada Prof. Abdullah Hassan, bekas Dekan saya dahulu (BOS yang amat saya kagumi). Tapi tak jadi jugak, saya belum menulis buku sampai kini. Tulisan saya yang siap hanyalah tesis MA dan Phd, itupun ditulis dalam bahasa Arab. Saya mampu menyiapkannya kerana ingin lulus, alhamdulillah. Saya memang sukakan ilmu, selalu menyertai seminar dan kursus. Apabila terdengar saja ada program teknik menulis diadakan saya tidak akan lepaskan peluang. Tambahan pula pernah berada di institusi ilmu, saya berpeluang mempelajari teknik-teknik untuk menulis dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu tapi mengapa segala teori itu cuma tinggal teori...tidak berhasil. Bila cari dalan internet terdapat pelbagai teknik dan kursus yang diwar-warkan boleh membantu kita untuk menjadi penulis. Di antaranya 'Bagaimana untuk menulis 24 mukasurat dalam masa kurang daripada 2o jam', ...

Susahkah Menulis?

Menulis adalah salah satu cara kita meluahkan isihati dan berkongsi pendapat dengan orangramai. Namun begitu ia memerlukan kekuatan kita untuk melaksanakannya. Bukan senang untuk meluahkan segala idea yang berputar-putar dalam fikiran kita sekiranya kita tidak memiliki kekuatan. Impian saya dari dulu ialah ingin menulis, menyampaikan sedikit ilmu yang dipelajari sekian lama. Tapi terasa diri sendiri belum kuat. Saya selalu menyoal diri sendiri, betul ke apa yang aku tulis? apa yang orang sangka terhadap tulisanku? Betulkah bahasa Melayu yang aku gunakan? Serta pelbagai lagi persoalan yang ingin mematikan usaha yang baru bermula ini separuh jalan. Bukan sekali saya belajar 'research methodology' bahkan berkali-kali, termasuklah yang diadakan khusus untuk sesiapa yang akan melanjutkan pelajaran pada peringkat Phd di bawah SLAP. Malah begitu banyak teori untuk menulis dipelajari, termasuk juga kursus yang diadakan untuk menulis buku, tapi mengapa saya masih belum menulis? Belajar ...

BELAJAR MENULIS

Alhamdulillah, akhirnya terbuka hatiku untuk mencuba menulis dalam bahasa Melayu. Setelah berkali-kali menghadiri kursus menulis, baru sekarang terbuka hatiku untuk menulis, berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang sudi membaca tulisan ini. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yg dah ditinggalkan berbelas tahun lalu. Bukan kerana ego atau tidak sayangkan bahasa ibunda sendiri tapi kerana kesibukan mengejar impian sendiri. Baru sekarang aku menghayati betapa susahnya untuk memulakan sesuatu yang dah lama ditinggalkan. Betul ke salah ke ayat-ayat yg ditulis, semuanya berlegar-legar difikiran. Moga Allah memberi kekuatan untukku kembali mencari diri dalam penulisan. Masihku ingat kali terakhir aku menulis dalam Bahasa Malaysia ialah semasa belajar BM di UIA, masa tu terasa senang sekali, tapi setelah terpaksa menulis setiap kertas kerja dalam BI atau BA menyebabkan aku lupa untuk menghayati bahasa Ibunda tercinta. Sebenarnya peranan bahasa amat penting dalam membentuk jatidiri, sika...