Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Kalimah Allah

Imej
Orang kata;  "banyak berjalan luas pengalaman". Alhamdulillah itulah peluang yang diberikan Allah swt kepada kami sekeluarga di sini, setiap minggu ada saja program berjalan untuk mengenali lebih dekat kawasan tempat tinggal kami. Tambahan pula anak-anak yang amat berminat untuk menambah maklumat mereka, jadi ada saja permintaan mereka untuk menziarahi tempat-tempat yang mereka pelajari semasa di sekolah. Sememangnya kami cuma menziarahi kawasan dekat-dekat sahaja kerana masih banyak rahsia yang tersimpan disini. Alhamdulillah minggu lepas kami sempat berkunjung ke Muthaf Tarikh Tabi'i (Muzium Sejarah) disini, dimana kami dapat melihat beberapa benda tinggalan sejarah termasuklah tulang ikan paus yang besar, serta bermacam-macam fosil yang berusia berjuta-juta tahun. Macam tak percaya bila melihat fosil-fosil tersebut, betulkah ia berusia berjuta-juta tahun? Itulah hasil kajian manusia. Sebenarnya banyak ilmu yang mampu kita perolehi bila melawat tempat-tempat sebe

Persoalan "Sikap" Umat Islam

Setiap hari bila menonton berita, hati ini terasa sedih mengingatkan keadaan umat Islam hari ini yang berpecah-belah. Dimana-mana saja berita tentang perbalahan, pertentangan pendapat, peperangan dan segala cerita negatif umat Islam disampaikan. Bilakah agaknya umat Islam boleh bersatu hati? Agak-agaknya adakah wujud lagi suasana begitu hari ini? Mengapakah kita asyik berdebat tentang perkara-perkara kecil dalam agama hingga sanggup merosakkan ukhwah sesama kita. Pemikiran kita lebih terarah untuk memikirkan perkara-perkara kecil sedangkan isu utama kita abaikan. Bilamana kita merasakan perkara-perkara khilaf itu yang utama dalam hidup kita, kita melepaskan urusan pentadbiran alam ini kepada orang yang bukan ahlinya, iaitu orang-orang kafir. Pernahkan kita merasa betapa perlunya umat Islam turut sama berfikir untuk pembangunan alam ini? Jika urusan itu tidak perlu mengapa Allah swt banyak menyebut tentang melihat kejadian langit dan bumi di dalam al-quran. Hari ini pula disana-sini

Ceramah Agama Lagi...

Alhamdulillah Khamis lepas kami menghadiri ceramah agama lagi disini. Kali ini kuliah disampaikan oleh Yusuf Eates, pendakwah daripada Amerika yang juga bekas paderi kristian disana. Beliau telah memeluk Islam pada tahun 1991.  Alhamdulillah kali ini lebih ramai yang menyertainya termasuklah beberapa orang rakan Malaysia lain. Inilah rezeki berehat-rehat ditaman pada hujung minggu, tak terlepas program yang diadakan disana. Jadi kami dapat berehat dan menambah ilmu dihujung minggu.  Namun begitu, ceramah kali ini agak kurang pengisiannya berbanding ceramah dulu yang agak tersusun penyampaiannya. Kali ini penceramah lebih pandai membuat lawak menyebabkan anak-anak saya yang tak faham turut berminat untuk mendengarnya, malah merekalah yang ketawa lebih daripada orang lain. Alhamdulillah ada hikmahnya tu. Bukan senang nak memujuk anak-anak untuk menghadiri program sebegini, tambah lagi program yang menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh mereka, tapi bila corak penyampaiannya menar

Semalam Hari Istimewa...

Alhamdulillah kita menjejaki musim bunga lagi, musim yang amat saya sukai. Berbagai laporan tentang betapa gembiranya manusia disana-sini menyambut kedatangan musim bunga.  Rupa-rupanya ramai yang sukakan musim ini, mungkinkah gambaran tentang bunga-bungaan yang menarik hati mereka ataupun ada sesuatu yang tidak mampu kita fahami disini. Maklumlah negara kita tidak bermusim, jadi kita tidak mempunyai persepsi mengenai setiap musim ini.  Menurut seorang kawan, di Mesir ada sambutan "Syammu al-Rabi'" setiap kali tiba musim ini, hari cuti dikhususkan untuk penganut Kristian disana, tapi sambutan tersebut disambut juga oleh orang-orang Islam yang tidak memahami asal-usul sambutan tersebut diadakan.  Disini, setiap kali tibanya musim bunga itu petanda cuaca panas sudah menjelma, pokok-pokok kurma sudah mengeluarkan buah-buah kecil yang akan masak pada musim panas nanti. Jadi apakah yang istimewanya semalam? Sebenarnya semalam 21/3/2010 juga adalah sambutan Hari Ibu disini.

Kisah Perantau...

Dah beberapa bulan suasana bersebelahan rumah ini sentiasa sibuk, memang bising pada awal pagi dan lepas asar, maklumlah bangunan ini terletak bersebelahan dengan Kementerian Tenaga Kerja. Buat masa sekarang mereka bekerja siang malam untuk menyelesaikan masalah perantau disini, yang kebanyakannya datang daripada India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan lain-lain.  Maka macam-macam cerita tersebar, ada yang tiada paspot, tiada permit kerja, paspot dilarikan oleh penaja ke negara lain. Ada yang dah berbelas-belas tahun bekerja disini, ada yang baru datang, kini semua memilih untuk memastikan status mereka adalah sah mengikut undang-undang di sini. Memang kadang-kadang kesian melihat betapa ramai insan yang hidup melarat di negara orang, bekerja dengan gaji yang amat kecil, namun itulah kehidupan. Dalam masa yang sama kagum melihat kegigihan mereka yang tidak pernah berputus asa bekerja, walaupun hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha yang dikeluarkan. Mungkin mereka ke

Mengapa Susah untuk Menulis?

Persoalan yang sentiasa singgah difikiran ini ialah mengapa susah untuk menulis, terutama apabila berhenti seketika untuk memberi laluan kepada urusan lain yang lebih penting pada pandangan kita. Bila ceritakan pada insan yang memegang prinsip mesti positif, kita akan dinasihati agar tidak mengatakan 'susah' kerana perkataan 'susah' akan menyusahkan urusan kita. Malah kita akan disaran untuk menukarkannya kepada perkataan 'senang', kerana perkataan 'senang' apabila diulang-ulang akan memudahkan urusan kita. Begitu juga sekiranya datang perasaan 'malas', kita disarankan agar menukarkan kepada 'rajin', kerana semakin kerap perkataan 'rajin' disebut kita akan lebih rajin. Betulkah pernyataan diatas? Betulkah apabila kita menggunakan perkataan 'positif' kita juga akan menjadi positif dalam setiap urusan kita? Cubalah analisis sendiri berdasarkan pengalaman hidup selama ini. Ini kerana setiap orang memiliki pengalaman yan

Akhlak yang Baik - Husnul Khulk

Dalam dunia hari ini, kita diajar agar tidak menghalang keinginan anak-anak, setiap kemahuan dituruti kerana jika kita menghalangnya dibimbangi akan mencacatkan perkembangan pemikiran anak-anak. Jadi bila agaknya kita boleh mula mengajar tentang akhlak yang mulia kepada anak-anak kita? Ini kerana pendidikan akhlak menyebabkan kita perlu berkata 'tidak' kepada mereka. Apa yang perlu diperbetulkan mestilah diberi penjelasan agar anak-anak boleh menerima dengan baik anjuran kita. Jika kita menyorot sirah Rasulullah, kita akan dapati bahawa akhlak baginda memang terjaga semenjak kecil. Malah akhlak itulah yang menjadi punca dakwah baginda senang diterima oleh sahabat-sahabat baginda. Jadi dakwah dan akhlak tidak boleh diasingkan. Itulah contoh yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah kepada kita, mampukah kita mempraktikkannya? Bagi saya, setiap orang adalah pendakwah kerana kita dijadikan sebagai khalifah dialam ini. Apa saja yang kita lakukan akan memberi kesan kepada alam se

Mengapa Wanita Berubah Selepas berkahwin?

Apakah aku wanita didalam gambar ini? Betulkah aku dalam gambar itu? Macam-macam lagi perkataan yang akan terlintas difikiran ketika melihat wajah kita suatu ketika dulu. Apakah itu menandakan perubahan yang wanita lalui dalam fasa hidup mereka? Ini adalah salah satu tajuk perbincangan yang terdapat dalam majalah "Almara' Alyoum" minggu lepas. Bagi orang-orang Arab memang terdapat perbezaan yang jelas diantara wanita bujang dan selepas berkahwin. Ini kerana kebanyakan wanita berubah dari segenap sudut selepas berkahwin, apatah lagi wanita yang bergelar surirumah sepenuh masa. Memang terdapat banyak perbezaan antara gaya hidup wanita Arab yang berkahwin dan sebaliknya. Ini kerana selepas berkahwin setiap tindak-tanduk terpaksa dijaga, malah mesti mendapat kebenaran suami sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Sebenarnya itulah cara hidup wanita Muslim, tapi apabila terpaksa mendapat kebenaran untuk melakukan setiap urusan, ia menyempitkan langkah wanita, dan menyebabkan te

Entri Pertama...

Semalam adalah hari wanita sedunia, ada macam-macam cerita dalam akhbar di sini yang menceritakan tentang kejayaan wanita. Memang wanita adalah insan hebat, dan kehebatan wanitalah yang membantu lelaki membina kejayaan dalam hidup mereka.  Sedar tak sedar dah dekat sepuluh hari berlalu, saya masih belum menulis apa-apa pada bulan ini. Apakah hati sudah mula jemu dengan latihan sebegini, dan mula berkira-kira mencari cara lain untuk meluahkan isihati. Sebenarnya kami makin sibuk dengan program keluarga, setiap minggu ada saja program yang berjaya dijalankan bersama-sama keluarga dan jiran-jiran.  Bila ditambah dengan keseronokan anak-anak bila mengikuti program sebegini, malah mereka mula bercerita tentang program yang kami jalankan kepada kawan-kawan dan guru, terpaksalah kami lebih giat melakukan program sebegini. Memang niat kami untuk mendekatkan anak-anak dengan alam sekitar, agar mereka dapat menghayati keindahan kejadian Allah. Lebih seronok lagi bila melihat anak-anak turut s