Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Kelas Quran Dewasa

Imej
Alhamdulillah akhirnya saya bertemu kumpulan wanita Oman disini. Setelah lama bertangguh, tiba saatnya Allah pertemukan saya dengan beberapa orang wanita Oman yang mengikuti kelas bacaan dan hafazan quran dibawah anjuran kementerian Agama disini. Kelas tersebut dianjurkan mengikut jadual persekolahan, iaitu setiap pagi hari bekerja mengikut taqwim persekolahan anak-anak. Bila anak-anak bercuti, pelajar kelas ini juga turut bercuti. Pada asalnya saya bertanya di Masjid dalam gambar diatas, akan tetapi masjid tersebut hanya untuk pelancong, kelas agama dan alquran tidak dibenarkan disitu. Biasanya kelas-kelas agama diadakan dimasjid persendirian. Cikgu yang bertugas pula memang diberi latihan khusus serta memiliki ijazah quran. Jadi sesiapa yang tekun akan beroleh ijazah quran dari madrasah tersebut. Alhamdulillah seronok bila dapat berkenalan dan berbual- bual dengan mereka. Lebih-lebih lagi bila melihat mereka begitu teruja bila mendengar nama Malaysia. Alhamdulillah rama

Ingin Kembali Berkongsi

Imej
Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana masih diberi kekuatan untuk berkongsi disini. Setahun blog ini sunyi dari kunjungan tuan blog. Semoga tahun ini blog ini boleh berfungsi semula seperti dulu. 2016 telah berlalu dengan pelbagai kenangan pahit manis, yang akan kekal dalam memori diri ini, meskipun ia tidak tercatat dimana-mana. 2016 adalah tahun yang begitu menguji ikatan persahabatan dan ukhwah ketika berada diperantauan. Ketika itu Allah menghadirkan insan-insan yang cukup mengerti, dan sentiasa mengambilberat tentang kami sekeluarga. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui siapa yang betul-betul ikhlas bersahabat. Alangkah indah bila dikelilingi insan-insan yang luhur hatinya biarpun mereka bukan sebangsa denganku. Moga Allah merahmati ukhwah yang terjalin serta meredhainya. Moga Allah memberi kekuatan untuk diri ini kembali berkongsi ilmu serta meluahkan perasaan hati disini...