Cerita Libya
Seluruh dunia sedang membicarakan tentang Libya, cerita kezaliman pemerintah disana yang masih mahu mengekalkan kuasa, walaupun ternyata rakyat sudah menolak beliau. Bila menonton TV Libya (Al-Jumhuriyah), kita dihidangkan dengan seribu ketenangan seolah-olah Libya sekarang tidak terlibat dalam apa-apa masalah. Mereka sedaya-upaya cuba menutup kezaliman mereka dengan menyebarkan berita bahawa apa yang berlaku disebabkan oleh beberapa individu yang terbabit dengan kumpulan Al-Qaedah. Kemudian laporan penunjuk perasaan penyokong Muammar Ghadafi yang begitu ramai, malah mereka digalakkan untuk menyebarkan berita tersebut di internet. Ini adalah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa penduduk Libya menyokong pemimpin mereka, serta semua saluran TV lain adalah pembohong besar. Begitu juga rakyat ditabur dengan duit dan janji-janji manis agar menyokong pemerintah sekarang. Pelbagai janji termasuklah menyediakan rumah, memberi bantuan kewangan percuma selama dua bulan bagi setiap ke