Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Perlukah Merancang?

Alhamdulillah bila duduk bercerita dengan anak-anak, macam-macam cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama, dalam masa yang sama sempat berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilalui.   Moga mereka dapat manfaatkan pengajarannya dalam kehidupan mereka nanti.   Anak sulung bertanya: "Umi, perlukah kita merancang sedangkan kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau tidak esok?"   Jawapan saya ialah dengan menyoal balik beliau agak berfikir, "jika kita tidak merancang dan orang lain merancang, apakah kita akan berjaya seperti mereka?"   Beliau menjawab: " tentulah tidak..."   Kemudian saya mula bercerita mengenai pelbagai contoh kejayaan perancangan termasuklah perancangan kerajaan Malaysia suatu ketika dulu...   Apa yang penting, jika kita merancang kita akan tahu halatuju kita, meskipun bukan semuanya mampu dipenuhi.   Paling kurang kita akan mampu menyiapkan separuh daripada perancangan tersebut, berbanding keadaan kita

2012 - Pelbagai Kenangan

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana diberi nikmat merasai hidup setahun lagi, yang akan berakhir beberapa jam saja lagi. Bila di kenang kembali, banyaknya nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya sepanjang tahun ini...manis, masam, pahit semua ada...Alhamdulillah 'ala kulli hal.   Kadang-kadang kita merancang tapi sebenarnya rancangan Allah begitu unik dan sesuai untuk kita. Tugas kita ialah untuk memilih yang mana kita ingin laksanakannya...apabila sudah terlaksana, tinggallah kenangan yang boleh jadi pengajaran untuk perjalanan hidup selepasnya. Bila berfikir sekali lagi, kita merancang, orang lain juga merancang, Allah juga merancang...tapi kita perlu sedar bahawa Allah adalah Perancang yang paling Hebat, kerana DIAlah yang akan menentukan kejayaan sesuatu rancangan kita.   Bila digabungkan rancangan kita, dengan rancangan orang lain, ia akan melengkapkan perjalanan hidup kita, menjadikan perjalanan hidup kita lebih bermakna dan meriah.   Alhamdulillah

12.12.12 - 15 tahun berlalu.

Alhamdulillah... Tarikh 12.12.12 dibicarakan sebagai satu tarikh cantik, moga kecantikannya zahir dan batin.   Tarikh ini amat bererti buat saya, kerana ia adalah tarikh saya menukar status 'Cik' kepada 'Puan' lima belas tahun lalu. Satu tarikh yang dicadangkan oleh seorang sahabat, dan diterima tanpa memikirkan bahawa ia tarikh cantik, hari ini ia menjadi satu tarikh yang diperkatakan dimana-mana.   Bagi saya, apapun tarikh tersebut, kita tetap mesti meneruskan kehidupan kita, hinggalah suatu ketika kita dipanggil balik oleh-Nya.   15 tahun juga segala suka-duka diharungi bersama...moga Allah merahmati hubungan kami, serta ia menjadi jalan untuk kami mendekatkan diri pada-Nya   ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Penyelesaian Positif

Alhamdulillah sudah tujuh tahun lebih saya berada disini, pelbagai pengalaman dikumpul terutama berkaitan dengan pendidikan anak-anak di sekolah.   Setakat yang saya tahu, sistem pendidikan disini mengaplikasi sistem yang diadun khusus berdasarkan kombinasi sistem pendidikan Arab, iaitu pengalaman Mesir, Sudan dan Tunisia dan sistem pendidikan barat.   Selama tujuh tahun melibatkan diri melihat sendiri perkembangan positif anak-anak dalam pelajaran walaupun bermula daripada sifar bahasa Arab, kini berjaya menjadi salah seorang pelajar terbaik didalam kelas.   Apa yang penting ialah bagaimana cara guru-guru memupuk sifat ingin tahu serta perasaan seronok belajar didalam jiwa anak-anak kecil.   Kemudian diikuti sistem yang diamalkan di peringkat kementerian yang hanya memberi respon positif dalam perkembangan pelajar, yang mana guru-guru di peringkat asasi hanya disediakan dengan pilihan positif ketika ingin mengredkan pelajar.   Bagi saya, ia adalah satu cara untuk

Terlalu banyak Berhibur, Ibadah ke mana?

Alhamdulillah pagi ini sempat menulis lagi disini untuk berkongsi apa yang saya fikirkan pada saat ini. Alhamdulillah semalam sehari suntuk aktiviti kami sekeluarga , bermula dengan aktiviti mingguan kami sekeluarga iaitu berenang, kemudian menghadiri jemputan rakan, seterusnya bersambung dengan aktiviti mingguan kedua, berkumpul dengan rakan-rakan Arab. Memang Khamis merupakan hari kami keluar, menyedut udara bersih Muscat sambil berkongsi fikiran dengan rakan-rakan. Khamis juga merupakan hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh anak-anak untuk berehat setelah seminggu belajar. Kadang-kadang fikiran negatif melintas, terasa bahawa kami begitu banyak berehat, sedangkan orang lain sibuk berjuang. Namun itulah realiti kehidupan kami disini, banyak berehat serta kurang stress. Berhibur cara kami disini ialah dengan keluar ke taman-taman dan pantai untuk mencari ketenangan daripada kebisingan flat kami yang terletak betul-betul ditengah kawasan perniagaan di Muscat. Da

40 tahun....dimanakah kita?

Bismillah... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mampu bernafas di bumi ini, serta masih mampu berkongsi sesuatu di blog ini.   Bermacam-macam soalan bermain difikiran, yang mana satu nak didahulukan, mana satu yang lebih penting? Apakah yang telah aku lakukan selama ini yang dapat memberi manfaat kepada insan lain?   Bila mengaji quran, terbaca ayat 15 surah al-ahqaf yang bermaksud "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa, " Ya Tuhan-Ku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-anakku. Sesungguhnya aku b

Arab oh Arab....

Alhamdulillah, kami sudah melangkaui tahun ke tujuh berada di sini, kini dalam perjalanan menggenapkan tahun ke lapan disini. Apakah yang kami dapat bila berada disini?   Bagi anak-anak mungkin mereka sudah dapat begitu banyak persediaan yang penting, terutama kemahiran bahasa serta pengalaman hidup bersama-sama anak-anak orang Arab setiap hari. Moga mereka dapat mengutip pengalaman bermakna dalam mengatur hidup mereka kemudian nanti.   Namun begitu bagi saya, tidak banyak kesan postif yang bertambah, kecuali pengalaman hidup diperantauan, serta pengalaman hidup sebagai seorang surirumah sepenuh masa, yang saya rasakan kurniaan Allah yang begitu besar bagi saya.   Apa yang lebih penting, ia memberi masa kepada saya, untuk memikirkan apakah tujuan hidup saya selepas ini? Apakah sekadar meneruskan rutin seharian ataupun mula keluar dengan perjuangan yang tersusun?   Bila berada di negara Arab, serta bergaul dengan orang-orang Arab, dalam masa yang sama kahwin dengan ora

Bila Gaza diserang...

Alhamdulillah... Semenjak Awal Muharram bermula, umat Islam di Gaza kembali diserang, disana-sini orang sibuk memperkatakannya. Moga Allah memberi kemenangan kepada Umat Islam yang begitu teguh mempertahankan perjuangan mereka.   Apakah tindakan yang mampu kita lakukan? Apakah sekadar doa ataupun kembali menilik apakah sebenarnya kesilapan yang telah kita lakukan?   Ada ustaz yang menyatakan bahawa doa kita tidak makbul, itulah sebabnya Allah swt menangguhkan kemenangan ke atas umat Islam Palestin.   Ada yang menyatakan bila jihad dihidupkan kembali, maka umat Islam akan menang. Namun begitu apakah pengisian selepas jihad? Apakah kita mampu berubah ataupun kembali hidup seperti sebelum jihad?   Bagi saya, ia bukan persoalan doa makbul ataupun tidak, bukan juga soal jihad ataupun tidak, tetapi ia soal perpaduan umat Islam, serta perancangan. Apa yang teramat jelas ialah umat Islam tidak bersatu dan susah untuk bersatu...   Ia juga soal perancangan yang tersusun

Cuti-cuti Sama'il - 2

Imej
Alhamdulillah sambung sedikit lagi cerita jalan-jalan masa cuti kali ini...  Kawasan Kubur Sahabi - Mazin bin Ghadubah Selepas puas memanjat bukit kota al-Qareen, kami dibawa ke satu kawasan iaitu tempat seorang sahabat Rasulullah saw disemadikan. Dalam hati tertanya-tanya ke manakah kami akan dibawa? Setelah turun daripada kereta barulah kami diberitahu bahawa kami akan dibawa melawat tempat sahabat Rasulullah saw disemadikan.   Ia bukanlah tanah perkuburan, yang ada cuma satu kubur sahaja yang ditulis seperti yang terdapat dalam gambar dibawah. Alhamdulillah 'ala kulli hal...   Anak-anak bertanya kenapa kita ke sini? Nak buat apa? Mengapa saiz kubur itu sangat panjang serta pelbagai lagi soalan. Alhamdulillah sambil jalan-jalan dapat ilmu... Bila bertanya kepada 'guide' kami, beliau menceritakan kisah pengislaman Mazin r.a sebagaimana yang diketahui oleh beliau, dan mungkin juga itulah lagenda yang tersebar dikalangan penduduk disitu. Kisahnya ialah

Cuti-cuti di Sama'il, Oman - 1

Imej
Alhamdulillah, cuti raya kali ini kami berpeluang melawat satu kawasan yang begitu menarik bagi saya. Bertahun-tahun saya memasang angan-angan ingin melawat kawasan ini, serta ingin melihat sendiri kawasan pertama menerima Islam di Oman. Saya masih teringat lima tahun lepas pelajar saya (ketika mengajar part time di kolej) menceritakan tentang keindahan kawasan ini. Menurut beliau, Sama'il adalah satu-satunya kawasan yang dipenuhi kehijauan tumbuhan disepanjang barisan bukit yang menjadikan pemandangannya begitu menarik sekali, subhanallah. Sesungguhnya saya berasa begitu tenang sekali bila memasuki kawasan ini, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah kami telah bertemu dengan seorang penduduk tempatan yang telah bermurah hati menjadi penunjuk jalan dengan menunjukkan kami kesemua tempat yang tersenarai dalam kotak fikiran ini. Jadi, kami berjaya melawat tempat-tempat bersejarah tersebut dengan senang, serta tidak perlu bertanya sesiapa kerana tiada petun

Tiga Kota di Sama'il, Oman

Imej
 Pemandangan hadapan Kota di kawasan Al-Qaren Alhamdulillah, pada cuti raya haji kali ini kami berkesempatan melawat kawasan yang amat penting dalam perkembangan sejarah kedatangan Islam ke Oman, iaitu kawasan Sama'il, yang terletak lebih kurang 90km daripada Muscat.   Apa yang menarik untuk dikongsikan disini ialah mengenai tiga buah kota yang sempat kami lawati, yang mana saya rasakan mempunyai keunikan yang tersendiri.   Kota Pertama terletak di kawasan Al-Qaren, Jika dilihat dari jauh ia begitu mengujakan serta nampak tersergam indah serta kuat, tetapi apabila dilihat pada bahagian hadapan, ternyata kota lama ini masih dalam proses baikpulih kerana telah hancur ditelan zaman. Namun begitu dua menara utama masih kuat dan utuh.   Di bawah ini adalah gambar dibahagian hadapan kota tersebut, ia tidaklah begitu tinggi sebagaimana yang kita lihat dari depan, serta proses pendakian begitu menyeronokkan.   Pemandangan belakang Kota Al-Qaren  Sebahagian t

Didik Anak ketika Kecil

Alhamdulillah... Menjadi surirumah sepenuh masa, apakah ia pilihan yang tepat? Mengapa wanita perlu berada dirumah, sedangkan dunia luar sana mampu menyediakan segala keperluan kita jika kita berduit? Di mana-mana saja kita berdepan dengan persoalan perlukah wanita berada dirumah. Ramai yang memandang sebelah mata, kerana inilah kerjaya paling rendah disisi wanita terpelajar hari ini. Itulah pengalaman saya bila bertemu dengan bekas-bekas pelajar yang suatu masa dulu begitu mengagumi, tetapi apabila saya menyebutkan bahawa saya berada dirumah sebagai surirumah sepenuh masa, nada suara mereka berubah seolah-olah saya tersilap membuat keputusan. Bagi saya, inilah waktunya saya berada bersama-sama dengan anak-anak untuk mendidik mereka, iaitu ketika mereka masih kecil. Dalam masa yang sama saya menyediakan diri sendiri untuk berhadapan dengan dunia luar apabila mereka besar nanti dan akan memilih jalan hidup mereka sendiri. Ramai wanita yang tersilap membuat keputusan untuk be

Kerja Rumah Sebagai Meditasi

Bismillah... Alhamdulillah.... Hari ini saya berniat untuk berkongsi satu tips yang amat berguna buat surirumah dalam mengurus rumahtangga, iaitu menjadikan rutin rumahtangga sebagai satu teknik meditasi. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa berada dirumah sebagai surirumah boleh menyebabkan tekanan emosi bagi wanita yang kurang pandai mengurus diri. Ketika itu kita akan terasa bahawa tugasan kita begitu banyak, daripada membersih, mengemas, memasak, menjaga anak-anak. Semuanya kita akan lakukan secara berulang-ulang tanpa ada pilihan, kadang-kadang kita terpaksa melupakan waktu untuk diri sendiri. Apa kata kali ini kita cuba melihat segala tugasan kita daripada sudut lain, iaitu jadikan ia sebagai satu teknik meditasi yang mampu memberi ketenangan kepada kita. Insya Allah jika ia dipraktikkan setiap hari, ia akan menjadi satu rutin yang menarik untuk diamalkan serta disebarkan. Dalam masa yang sama kita akan mampu menjimatkan masa kita, iaitu bila kita memanfa

Menulis Kembali

Bismillah.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan pelbagai kurniaan yang begitu indah buat kami sekeluarga sepanjang percutian di Malaysia. Sesungguhnya kami hanya merancang tetapi rancangan Allah begitu indah dan tidak tergambarkan. Bila ada yang bertanya, apa perasaan anda ketika berada di tanahair? Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Allah yang tiada bandingannya, alhamdulillah... Soalan saya kembali ialah: Apakah yang anda inginkan setelah bertahun-tahun merantau, terpisah daripada kedua ibubapa tercinta dan sanak-saudara? Tentu sekali ingin kembali berada disisi mereka ketika mereka masih hidup.  Ikhlas saya katakan betapa saya begitu jauh terpisah daripada ahli keluarga sendiri, meskipun kami masih berhubung tetapi saya jauh daripada mereka disaat mereka amat memerlukan diri ini. Saya teramat jarang berada bersama-sama adik-adik ketika mereka membesar, kerana saya begitu sibuk dengan urusan diluar ketika masih belajar, manakala setelah beru

Kembali ke Oman

Alhamdulillah program cuti-cuti di Malaysia selama tiga bulan telahpun berakhir lebih kurang dua minggu lepas. Terasa begitu cepat masa berlalu, pelbagai kenangan manis selama percutian kali ini akan tetap kekal dimemori ini. Alhamdulillah dekat dua minggu juga kami kembali ke Oman, memulakan kehidupan dirantauan semula...kehidupan yang jauh daripada sanak-saudara dan rakan-rakan karib. Begitu juga anak-anak sudah seminggu memulakan sesi persekolahan baru disini, setelah begitu lama bercuti daripada buku-buku dan kerja-kerja sekolah. Moga sesi kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Maka bermulalah rutin seharian seorang surirumah, moga surirumah ini mampu menjadi lebih efektif daripada sebelumnya. Alhamdulillah dan terima kasih buat kedua ibubapa, semua ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan yang banyak membantu mencatat memori indah dalam percutian kami kali ini. Moga Allah mempertautkan hati-hati kita walaupun kami kembali berada jauh daripada anda semua. Barakallahu

Peliknya Ramadhan Disini!

Ramadhan Kareem... Bulan mulia ini sudah hampir ke penghujungnya, apakah perasaan kita disaat ini?  Moga wujud perasaan baru, serta hati-hati yang baru yang  telah berjaya dididik sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Tulisan kali ini hanyalah sekadar ingin mencatat kata-kata dan komen anak-anak sepanjang menunaikan puasa tahun ini.  Ia bukanlah untuk membanggakan anak-anak saya, tetapi hati saya begitu tersentuh dengan komen-komen mereka, biarlah ia dicatat disini agar ia menjadi panduan mereka suatu hari nanti. Inilah kali pertama mereka berpuasa penuh ditanahair, dalam suasana yang cukup berbeza daripada Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, selalunya komen positif yang  keluar berpandukan pengalaman mereka berpuasa selama ini.  Alhamdulillah juga kerana amalan yang disemai selama ini mampu lekat dihati mereka. Saya tidak mementingkan jumlah ibadah yang dilakukan tetapi pemahaman mereka apakah erti berpuasa.  Jika  kefahaman ini terus subur, insya Allah me

Qiam with Me...Istana Kubang Kerian

Imej
 Suasana didalam dewan ketika kami sampai, jemaah masih belum ramai. Alhamdulillah saya dan anak-anak sempat menghadiri program 'Qiam with Me' semalam 9/8/2012 bertempat di Istana Kubang Kerian, yang juga dikenali sebagai 'Istana Airmata' oleh penduduk setempat. Memandangkan istana tersebut terletak tidak jauh daripada kampung, jadi kami tidak melepaskan peluang ini. Ia sekadar mengisi program percutian anak-anak kali ini agar hati mereka sentiasa terikat pada kampung halaman walaupun dimana mereka berada nanti. Dalam masa yang sama, saya inginkan anak-anak saya lebih mengenali adat dan budaya orang-orang Melayu, terutama adat-adat orang Kelantan. Biasanya mereka akan membandingkan dengan pengalaman mereka di Oman dan di Tunisia. Moga percutian kali ini memberi kesan positif kepada anak-anak.  Alhamdulillah kami tiba agak awal iaitu pada pukul 9 malam, sedangkan program dijadualkan akan bermula pada pukul 10 malam. Sebenarnya terlupa tentatif program

Suatu Malam di Bahagian Terakhir Ramadhan

Salam Ramadhan... Alhamdulillah, kita akan memasuki bahagia terakhir Ramadhan, apakah ibadah-ibadah kita kali ini lebih baik daripada sebelumnya? Moga kita dapat melipatgandakan usaha-usaha kita untuk meraih Rahmat bulan ini, dan berusaha menaikkan darjat kita ke golongan orang-orang muttaqin. Bila menaipkan perkataan 'malam lailatulqadar', pelbagai posting muncul diskrin komputer. Ia adalah suatu malam yang ditunggu-tunggu dan dicari-cari oleh setiap umat Islam yang beriman. Apakah kefahaman kita tentang malam ini? Dalilnya begitu kuat yang mana Allah swt menegaskan didalam Al-Quran dalam Surah Al-Qadr bahawa malam ini seumpama seribu bulan. Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri berkaitan malam ini, ada yang pelik-pelik, dan ada yang biasa-biasa. Jadi berusahalah untuk mendapatkan anugerah Ramadhan kali ini. Moga kita berjaya menemuinya. Teringat pengalaman Ramadhan sembilan tahun yang lalu...terasa ingin mengongsikannya disini. Ketika itu saya seperti an

Pertengahan Ramadhan

Salam Ramadhan dan Salam Jumaat... Alhamdulillah kita berpeluang untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Bagi saya, Ramadhan tetap Ramadhan...ia begitu istimewa walau dimanapun saya menyambutnya. Namun begitu bagi anak-anak, Ramadhan mereka sentiasa berubah-ubah, beberapa  tahun di Oman, tahun lepas di Tunisia dan kali ini di kampung bersama Datuk dan nenek mereka. Sekali fikir, kesian melihat mereka yang terpaksa menghadapi pertukaran waktu berpuasa, tetapi sebenarnya mereka bertuah kerana sudah dapat merasa pengalaman berpuasa dalam tempoh yang panjang ketika kami berada di Tunisia. Sesungguhnya itulah pengalaman yang tidak boleh dijualbeli. Alhamdulillah, anak-anak biasa melakukan aktiviti bersama-sama, jadi Ramadhan pun mereka sama-sama mengingatkan tentang puasa, serta berlumba-lumba untuk berpuasa. Alhamdulillah, mereka juga tidak cerewet dengan makanan sewaktu berbuka puasa. Ketika orangramai berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan, mereka kehairanan

Berpuasa dengan Ibubapa

Alhamdulillah pada Ramadhan kali ini, saya berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa bersama-sama ibubapa tercinta. Saya tidak dapat mengingati bilakah kali terakhir saya menghabiskan sebulan bulan Ramadhan bersama-sama mereka? Segalanya bermula pada tahun 1989 ketika saya diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM, lamanya tarikh itu...lama jugalah saya tidak berjaya menghabiskan puasa sebulan bersama-sama keluarga. Begitulah putaran hidup kita, maka beruntunglah bagi mereka yang dapat bersama-sama ibubapa ketika Ramadhan. Hargailah nikmat yang dikurniakan ilahi kepada kita, kerana peluang ini tidak akan kembali, lebih-lebih lagi bila kita sudah berumahtangga. Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang memahami kerana membenarkan saya dan anak-anak berpuasa disini, serta berjauhan daripada beliau. Inilah yang dikatakan nikmat dalam ujian. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Menghabiskan Ramadhan bersama-sama ibubapa yang telah berumur, tidak lagi sama deng

Salam Kembali

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis sesuatu di blog ini. Lamanya tak diupdate...sibuk bercuti ditanahair. Bila tengok balik, rupa-rupanya dah dekat dua bulan saya tidak postkan apa-apa disini. Alhamdulillah selama tempoh itulah juga kami berada di tanahair, bercuti sambil melancong ditanahair sendiri. Anak-anak begitu seronok dengan pengisian cuti kali ini. Selalunya kami hanya menghabiskan cuti di Kuala Lumpur dan di kampung, tetapi cuti kali ini begitu bererti buat kami semua, kerana kami sempat melawat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Cameron Highlands. Alhamdulillah dan ucapan terima kasih buat adik dan adik ipar baru yang membantu menjayakan misi cuti-cuti Malaysia kali ini. Alhamdulillah agenda melancong memberi nilai positif dalam hubungan kekeluargaan. Hasilnya ia mampu merapatkan hubungan anak-anak saya yang baru kali pertama berjumpa dengan makcik dan pakcik baru. Sebelum melancong me

Kalbuh Park - Taman buatan Manusia

Imej
Alhamdulillah...inilah tempat kami sekeluarga mencari ketenangan setiap kali hujung minggu. Bila berada di kawasan padang pasir, mata kita teringin untuk melihat kehijauan pokok untuk menenangkan hati. Bila dapat melihat kehijauan taman serta berendam air laut, itulah nikmat yang tidak dapat digambarkan. Mana lagi nak pergi ketika diperantauan?  Pemandangan dari pintu masuk Barisan pokok-pokok kurma  Bahagian hujung taman  Bahagian depan taman dilihat dari astaka  Bahagian tengah taman  dilihat dari  astaka  Anak-anak saya bermain selepas berenang  Pantai sebelum pintu masuk ke Taman Kalbuh  Pantai Kalbuh yang terletak di hadapan Taman Sekadar berkongsi keindahan taman buatan manusia yang menganjur disepanjang bukit di Mutrah, Oman. Taman ini terletak sebelum masuk ke pintu gerbang ke Muscat, ibu negara Oman.