Tenangnya Suasana Semalam....
Alhamdulillah kita sudah memasuki bahagian terakhir Ramadhan, malam yang dinanti-nantikan oleh umat Islam yang menunaikan ibadah puasa, kerana pada malam-malam inilah kita akan dikurniakan 'malam lailatul qadar'. Moga kita dapat meneruskan amal ibadat kita dibulan mulia ini, dengan teratur dan terancang dalam usaha mendidik diri kita dan nafsu kita. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah suasana tenang yang saya rasakan semalam sewaktu berterawih di sini. Alhamdulillah suasana begitu hening, tanpa suara tangisan kanak-kanak membolehkan kami menghayati bacaan imam dengan baik. Ketika sudah hampir solat witir saya tertanya-tanya apakah tiada kanak-kanak dimasjid malam ini? Apakah ibu-ibu yang selalu membawa kanak-kanak ke masjid tidak hadir ke masjid malam ini? Memang inilah suasana yang kita harapkan apabila bersolat dimasjid, memang sungguh hening, apa yang terdengar hanyalah esakan makmum bersebelahan yang khusyuk menghayati bacaan imam malam ini. Malam ini imam membac