Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Surirumah Lagi

Sekadar berkongsi pengalaman bergaul dengan surirumah yang sama-sama merantau. Ada macam-macam cerita boleh dibuat teladan, dan boleh difikirkan bersama-sama. Bila melihat situasi yang dialami oleh mereka, saya terfikir kembali betapa sukarnya hidup wanita yang telah berkeluarga dan bekerja diperantauan. Ada beberapa orang kawan wanita yang merantau seorang diri, tinggalkan suami dan anak-anak di negara sendiri demi mencari pendapatan lebih untuk kebaikan keluarga. Memang kagum melihat keberanian mereka, serta kesanggupan mereka berkorban, namun begitu hati saya tertanya-tanya tenangkah hati mereka meninggalkan suami dan anak-anak. Apakah tugas mendidik anak-anak boleh ditukarganti? Ada pula yang merantau untuk sama-sama bekerja, dan sama-sama menjaga anak-anak. Akan tetapi bebanan kerja, serta tuntutan kerja menyebabkan perasaan anak-anak kecil terabai. Bayangkan ada yang terpaksa tinggalkan anak-anak kecil sendirian dirumah kerana giliran kerja yang tidak menentu. Kadang-kadang s

Bezanya...

Tiba-tiba teringat satu perkara yang agak menarik untuk sama-sama kita fikirkan, iaitu perbezaan antara perbuatan orang-orang yang tahu dan orang yang buat-buat tahu. Ini berdasarkan pemerhatian selama berada disini, iaitu bagaimana memilih imam untuk solat berjemaah? Setelah lebih setengah tahun kami mengikuti program bersama-sama orang-orang Arab, yang mana kesemua mereka adalah pensyarah-pensyarah pinjaman daripada Universiti Al-Azhar dan Universiti Khartoum di Sudan yang bertugas sama-sama dengan suami saya. Satu situasi yang agak menarik untuk dikongsikan ialah tentang sikap mereka ketika memilih imam tiap-tiap kali solat maghrib dan isyak berjemaah. Pada mulanya saya agak pelik bila melihat sikap tolak-menolak di antara mereka, siapa yang akan jadi imam, terutama apabila syeikh yang lebih tua tidak hadir. Bila difikirkan balik, barulah teringat bahawa inilah sikap memuliakan orang yang lebih berilmu untuk menjadi imam dalam solat. Ya lah kesemua mereka adalah pakar dalam bida

Kurang Pandai berblogging...

Alhamdulillah, bersyukur kerana berkesempatan untuk mencoret sesuatu disini, walaupun kadang-kadang kurang memuaskan hati orang yang membacanya. Dah kurang daripada dua bulan kita akan bertemu Ramadhan kembali, dan kemudian Syawal akan menjelma. Syawal tahun ini akan genaplah dua tahun saya berblogging, tapi sampai sekarang saya masih belum mempraktikkan sepenuhnya. Apa yang saya tahu cuma menulis dan mengepos di blog ini, nak edit templatepun cuma tahu sikit2 aje. Bila berkesempatan mengunjungi blog kawan-kawan yang seronok berkawan melalui blog, saya melihat itulah kekurangan saya, tidak pandai berkawan melalui blog. Namun begitu hati saya ikhlas ingin bersahabat dengan sesiapa sahaja yang sudi berkawan kerana Allah Taala. Apatah lagi ingin berblogging untuk mendapat duit, mungkin itu tak termasuk ke dalam agenda saya sekarang. Nak buat macammana.... Selalunya saya seronok membaca tulisan blogger yang memberitahu mereka mendapat duit hasil blogging, itu rezeki mereka hasil kerja

Peringatan buat Diri...

Satu peringatan buat diri, yang kadang-kadang lupa. Sepuluh perkara yang kita bazirkan: 1. Ilmu kita : kita bazirkan dengan tidak mengamalkannya. 2. Perbuatan kita : kita bazirkan dengan tidak melakukannya secara ikhlas atau hanya untuk menunjuk-nunjuk. 3. Kekayaan kita : kita bazirkan dengan menggunakannya kepada perkara yang tidak memberi manfaat. 4. Hati kita: dibazirkan dengan menggunakannya pada perkara yang lalai, tidak mengingatkan kita kepada Allah. Tempat yang sepatutnya kita letakkan DIA, kita letakkan orang lain, serta kita penuhi dengan perkara-perkara lain yang menjauhkan kita daripada-Nya.  5. Tubuh kita:  kita bazirkan dengan tidak menggunakannya untuk ibadah kepada Allah. 6. Kasih kita : telah disalahertikan dengan meletakkan orang lain di tempat DIA. 7. Masa kita: kita bazirkan dengan tidak mengurusnya secara teratur. 8. Kebijaksanaan Kita : kita bazirkan pada perkara yang kurang memberi manfaat. 9. Kerja kita: kita bazirkan dengan memberi pertol

Cerita Seorang Raja...

Alhamdulillah saya telah berkesempatan membaca beberapa buah buku-buku motivasi barat pada bulan lepas, diantaranya buku 'The Magic of Thinking Success' oleh Dr. David J Schwartz, 'Iktashif nafsika min jadid' buku terjemahan daripada bahasa Jerman tulisan Kurt Tepperwein, serta sebahagian daripada buku 'The secret' yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.  Dalam masa yang sama sempat membaca beberapa buah buku Arab yang agak menarik pada pandangan saya. Inilah rezeki bila berkunjung ke perpustakaan, membaca buku disana tidak sama dengan membaca dirumah. Bila membaca dirumah, fokus kita akan lari ke tempat lain, memikirkan urusan rumahtangga yang tidak habis-habis. Akan tetapi apabila berada di perpustakaan kita akan lebih fokus kepada matlamat yang kita gariskan sebelum masuk ke situ. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah tentang satu cerita yang diulangcerita dalam kebanyakan buku motivasi barat iaitu tentang Raja dan pemikir hebat di negara mereka.

Mencari 100 Soalan

Susahkah ingin menghasilkan 100 soalan dalam usaha mengenali diri sendiri? Kemudian daripada soalan-soalan tersebut kita meneliti tema persoalan kita, seterusnya memilih 10 soalan yang paling elok buat diri sendiri. Cubalah cari jawaban kepada setiap persoalan itu, moga berjaya mencari jawaban kepada setiap persoalan tersebut. Bila dengar 100 soalan terasa begitu banyak yang perlu difikirkan, akan tetapi bila diimbas tulisan dalam blog ini membuatkan saya berfikir, begitu banyak persoalan yang telah saya lontarkan disini, belum terjawab. Persoalan-persoalan disinilah diantara tema yang selalu saya fikirkan. Ada persoalan yang begitu bermakna, ada soalan yang tidak perlukan jawapan, ada soalan yang silap dan perlukan pembetulan, macam-macam persoalan disini. Jadi sama-samalah kita mencari jawapan kepada setiap persoalan yang dilontarkan disini, kerana blog ini bukanlah blog ilmiah, ia sekadar tempat meluahkan persoalan-persoalan yang sentiasa timbul difikiran ini. Insya Allah suat

Cyclone Phet di Oman

Alhamdulillah hari ini matahari memancar dengan terang setelah seharian hujan semalam. Rupa-rupanya Oman dilanda angin monsun lagi seperti yang berlaku pada 2007 lepas. Mengikut laporan awal ia dijangka lebih kuat daripada Gonu 2007 tapi alhamdulillah ia tidaklah seteruk yang diramalkan malah persediaan awal telah menyelamatkan keadaan.  Sebenarnya kami tidak mengetahui tentang ramalan tersebut, cuma melihat begitu banyak kereta berderet-deret ke Lulu Darsait sewaktu mengambil anak perempuan dari rumah kawannya. Dari situlah kami tahu bahawa Cyclone Phet dijangka melanda Oman pada Khamis lepas. Disebabkan berita tersebut kami terpaksa membatalkan aktiviti mingguan di pantai, malah pada awalnya berniat untuk membatalkan sama program pada sebelah petang. Akan tetapi anak-anak tetap mendesak, jadi kami tetap menjadi pengunjung setia taman Qurum pada sebelah petangnya. Kali ini suasana di taman begitu sunyi, tidak ramai pengunjung seperti biasa. Alhamdulillah seronok berada di taman se

Betul ke Idea ini?

Seminggu dua ini umat Islam diseluruh dunia begitu bersemangat sekali ingin memperjuangkan agama, alhamdulillah. Bermula minggu lepas apabila banyak mesej tentang boikot FB kerana isu berkaitan "Draw Muhammad Day" kemudian minggu ini isu berkaitan Safinatus Salam dan Pembebasan Gaza.   Alhamdulillah dengan teknologi hari ini, kita mampu mendapatkan maklumat dengan cepat, malah kita boleh sama-sama melancarkan tunjuk perasaan diseluruh dunia. Subhanallah...mungkin kita tidak pernah memikirkan bahawa kita akan dapat berhubung sebegini cepat, kita juga tidak pernah memikirkan bahawa suatu ketika umat Islam boleh berkongsi maklumat sesama kita. Akan tetapi apa yang tidak pernah singgah difikiran kita itulah yang terjadi, hasil fikiran orang-orang bukan Islam. Hasilnya umat Islam mampu berkongsi idea menggunakan teknologi orang-orang bukan Islam. Jadi apabila kita menumpang, kita kenalah redha dengan apa-apa yang dimuatkan dalam kenderaan mereka, walaupun kita membayar tambang.

Cakap Berlapik...

Dah lama tidak bergaul dengan orang-orang Melayu menyebabkan saya menghadapi kesukaran untuk cakap berlapik sepertimana yang diamalkan oleh orang-orang kita.  Sebenarnya itulah kelebihan orang-orang Melayu, sentiasa cakap berlapik, kadang-kadang dihati lain tapi perkataan yang keluar begitu lembut dan beradab. Orang yang mendengar juga akan terpesona dengan ayat-ayat yang keluar daripada mulut mereka. Kadang-kadang terfikir juga betul ke aku ni jenis yang 'sound direct'? Rasanya 'sound direct' saya masih berlapik jika nak dibandingkan dengan 'sound direct' orang-orang Arab. Ini kerana bila bergaul dengan mereka, saya masih tergolong ke dalam golongan yang tak berani untuk bersuara. Apa yang selalu saya amalkan ialah bercakap daripada hati, setiap perkataan yang keluar daripada mulut saya adalah apa yang difikirkan didalam hati. Sememangnya itulah kelemahan saya semenjak dulu, tidak pandai berpura-pura, apabila saya merasakan sesuatu perkara tidak betul, saya