Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Sambutan Hari Ibu 2011

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang sekali lagi menghadiri sambutan hari Ibu di sekolah anak-anak belajar. Pelbagai gelagat pelajar-pelajar serta guru-guru yang mampu dilihat. Sesungguhnya saya amat kagum dengan cara guru-guru disini mendidik pelajar, kasih-sayang ditunjukkan tanpa memilih kasih. Anak tempatan, anak rantau semua mendapat perhatian yang sama. Diantara acara yang tidak ketinggalan ialah persembahan pelajar serta penyampaian hadiah buat ibu-ibu pelajar contoh disekolah tersebut. Kami ingatkan jemputan rasmi hanya sebagai penonton persembahan anak-anak, rupa-rupanya ibu juga diberi penghargaan yang sama. Seingat saya ibu saya serta ibu-ibu lain di Malaysia jarang merasa diberi penghargaan sebegitu oleh pihak sekolah walaupun anak mereka menunjukkan pencapaian yang baik. Inilah budaya yang seharusnya disemai agar ibu-ibu memainkan peranan sebaik-baiknya. Alhamdulillah disini saya belajar melihat bagaimana  pihak sekolah memberi penghargaan kepada ibu-ibu yang kebanya

Peringatan Allah

Ketika umat Islam dinegara-negara Arab sibuk berdemonstrasi menuntut keadilan, kebebasan serta hak-hak mereka, penduduk negara bukan Islam mendapat ujian alam. Apa yang jelas dilihat ialah keadaan tidak tenang berlaku dimana-mana, sama ada hasil perbuatan manusia ataupun musibah daripada Allah swt. Ketika penduduk Tunisia sibuk menuntut hak mereka, penduduk-penduduk Brazil mengalami banjir serta tanah runtuh yang menyebabkan beratus-ratus kematian. Namun begitu ia tidak mampu menyedarkan umat Islam kerana tumpuan kita kepada apa yang berlaku di Tunisia. Sewaktu umat Islam Mesir berhimpun menuntut keadilan pula, gegaran gempabumi berlaku di New Zealand, juga telah menyebabkan kerosakan besar berlaku serta banyak kes kematian dilaporkan. Itulah peringatan daripada Allah swt kepada umat Islam, agar mengambil pengajaran daripada bencana alam, serta jangan melakukan kerosakan dibumi ini. Namun begitu bencana alam kali ini juga dipandang mudah, serta tidak memberi apa-apa kesan. Minggu

Slogan Berhantu

الشعب يريد اسقاط الحكومة  الشعب يريد اسقاط النظام الشعب يريد اسقاط الرئيس الشعب اسقاط الرئيس Inilah slogan yang menjadi sebutan ramai dinegara-negara Arab hari ini. Bermula dengan keinginan menjatuhkan kerajaan di Tunisia, kemudian ditukarkan kepada 'ingin menjatuhkan sistem pemerintahan' di Mesir... Slogan tersebut menjadi ikutan ramai dan menjadi seolah-olah zikir yang diulang-ulang oleh orang yang menyebutkannya, tanpa sedar ia kekal dalam memori mereka. Ada yang menyatakan bahawa slogan tersebut menggunakan bahasa Arab fushah kerana ia bermula di Tunisia, kemudian digunakan oleh orang-orang Mesir. Bila slogan menggunakan bahasa Arab fushah, ia senang berkembang ke mana-mana negara Arab, dan ternyata ia menjadi 'slogan berhantu' serta berjaya mempengaruhi orang-orang Arab kini. Lihatlah perjuangan penduduk Bahrain, Yaman, Libya serta beberapa negara Arab lain, ternyata mereka menganggap apa yang berlaku dinegara mereka juga sama, sedangkan realitinya amat berb

Kesan Revolusi

Apakah kesan revolusi yang berlaku disesebuah kawasan? Apakah kehidupan disitu akan berubah ataupun tetap sama? Bila bercerita tentang revolusi, maka ramai yang akan teringat cerita tentang "Revolusi Perancis", yang mana hasil revolusi tersebut berjaya mengubah alam ini. Bila disebutkan revolusi, bermakna ia adalah titik perubahan. Insan yang berjaya melakukan revolusi akan berusaha untuk melakarkan kejayaan seterusnya. Begitulah juga harapan penduduk di Tunisia dan Mesir yang telah berjaya menumbangkan pemerintahan diktator dinegara mereka. Bila melihat laporan TV Tunisia, terasa bahawa penduduk disana agak tergesa-gesa dalam tuntutan mereka, berbagai tuntutan dilakukan rentetan kejayaan mereka menjatuhkan Ben Ali. Bak kata seorang kawan Tunisia, "apalah mereka ni...berilah peluang kepada penganggur untuk mendapatkan pekerjaan, ini yang dituntut ialah kenaikan gaji bagi yang sudah mempunyai pendapatan, sedangkan bilangan penganggur begitu ramai." Begitu juga k

Libya Juga Menarik

Bila berlaku revolusi, maka terbukalah minda kita untuk melihat apa yang ada ditempat tersebut. Ini juga berlaku kepada saya, tiba-tiba jadi berminat untuk mengetahui sedikit-sebanyak maklumat mengenai Libya. Dari situ tergerak untuk menonton TV Libya, untuk melihat apa yang ada disitu. Sememangnya Libya adalah sebuah negara Arab Afrika yang kaya, serta mempunyai saiz yang amat besar jika dibandingkan dengan Tunisia. Libya mempunyai bilangan penduduk yang agak sedikit, jika dibandingkan dengan keluasan tanahair mereka serta kekayaan hasil bumi mereka. Mereka juga berbeza dari Mesir yang mempunyai penduduk lebih daripada 80 juta. Iaitu bilangan yang amat besar dan hidup dalam kawasan yang agak terhad. Ini kerana sebahagian daripada negara Mesir adalah padang pasir, begitu juga Libya. Sepatutnya rakyat Libya mampu hidup mewah kerana bilangan mereka yang sedikit, serta nilai hasil bumi yang banyak, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Muammar berkata "saya tidak fikir bahawa r

Serupa tapi tak sama...

Mehnah yang dihadapi penduduk Libya masih belum berakhir, akhir-akhir ini ia berubah menjadi seolah-olah perjuangan menuntut kemerdekaan. Ada kawasan yang dikawal oleh tentera Muammar Ghadafi, manakala sebahagian lagi dikuasai oleh pihak penentang kerajaan. Moga Allah memudahkan urusan rakyat Libya yang ikhlas menuntut kebebasan, bebas menyuarakan apa-apa pendapat mereka, serta bebas melakukan aktiviti tanpa apa-apa sekatan. Buat masa sekarang mereka amat memerlukan bantuan saudara seagama untuk meringankan sedikit bebanan mereka, terutama bantuan perubatan. Walaupun realitinya Muammar menghalang sebarang bentuk bantuan dibawa masuk ke sana, serta mengumumkan bahawa sesiapa yang membawa masuk bantuan luar akan dihukum, tetapi banyak juga bantuan yang berjaya dibawa masuk ke sana secara sulit. Bayangkan rakyat yang tercedera memerlukan bantuan, tetapi sedikit sangat yang mendapat bantuan perubatan. Pasukan doktor luar yang bersedia memberi khidmat perubatan juga dihalang daripada mem