Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Surirumah

Hati Seorang Ibu

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih beroleh kekuatan untuk menulis di sini. Sebenarnya banyak cerita yang ingin saya kongsikan, agar ia menjadi panduan diri ini suatu ketika nanti. Juga panduan buat wanita yang membaca coretan ini. Sesungguhnya Allah swt menduga kita dengan cara yang berbeza. Apabila kita bertemu dengan insan yang menempuh ujian lebih berat, kita terus bersyukur dengan ujian diri sendiri. Ketika itu kita nampak betapa kecilnya ujian diri sendiri. Petang tadi saya dipertemukan dengan dua orang ibu yang sudah begitu berusia didalam satu majlis di sini. Dua orang wanita hebat suatu ketika dulu, tetapi menyimpan pelbagai kisah hidup yang menyedihkan. Entah kenapa hati saya bagai ditarik-tarik untuk bersembang dengan mereka, ketika rakan-rakan bergelak ketawa diruangtamu majlis. Rupa-rupanya Allah swt ingin memberi peluang kepada saya mendengar pengalaman yang begitu bermakna daripada mereka. Masih terbayang-bayang wajah mereka diruan...

Undang-undang Keluarga Istimewa di Tunisia

Alhamdulillah, sekarang masuk minggu kedua sesi persekolahan baru di Oman bermula. Anak-anak semakin seronok ke sekolah setiap hari sebagai rutin baru setelah tiga bulan bercuti. Ini bermakna sudah dekat dua minggu kami berada di Oman semula selepas menghabiskan cuti musim panas kali ini di Tunisia. Sepanjang tempoh ini saya hanya bersama dengan anak-anak disini kerana suami masih berada di negara beliau atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah mengenai satu undang-undang kekeluargaan yang agak menarik pada pandangan saya diamalkan di Tunisia. Sebenarnya kami tidak mengetahui kewujudan undang-undang tersebut, sehinggalah saat-saat akhir untuk meninggalkan Tunisia. Ketika itu Pegawai Imigresen Tunisia enggan menguruskan proses mengesahkan paspot saya dan anak-anak untuk keluar dari Tunisia tanpa suami. Beliau meminta saya menunjukkan surat kebenaran daripada Majlis Daerah kawasan dimana suami tinggal, bahawa suami saya membenarkan s...

Bermain dengan Anak-anak

Alhamdulillah kerana memilih untuk menghabiskan masa bersama dengan anak-anak, kerana ia begitu berharga bagi perkembangan emosi mereka.   Itulah sebabnya Rasulullah saw mengajar kita agar mengasihi anak-anak sendiri, anak-anak yatim dan anak-anak orang lain juga.   Namun begitu amalan mengasihi anak-anak orang lain agak kurang diamalkan dalam masyarakat kita, sedangkan anak-anak merupakan insan suci dan murni, serta masih dekat dengan fitrah.   Agak sukar untuk kita melihat orang dewasa yang sanggup duduk dan bermain dengan kanak-kanak. Selalunya jika ada apa-apa program atau pertemuan, anak-anak dibiarkan dengan urusan mereka sendiri. Jika mereka sudah mempunyai kawan alhamdulillah, tetapi jika tiada kawan, maka mereka akan bersendirian.   Jika ibubapa bertemu kawan-kawan sekalipun, anak-anak jarang berpeluang untuk merapati anak-anak rakan tersebut kerana selalunya anak-anak memerlukan masa untuk saling mengenali ser...

Perlukah Merancang?

Alhamdulillah bila duduk bercerita dengan anak-anak, macam-macam cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama, dalam masa yang sama sempat berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilalui.   Moga mereka dapat manfaatkan pengajarannya dalam kehidupan mereka nanti.   Anak sulung bertanya: "Umi, perlukah kita merancang sedangkan kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau tidak esok?"   Jawapan saya ialah dengan menyoal balik beliau agak berfikir, "jika kita tidak merancang dan orang lain merancang, apakah kita akan berjaya seperti mereka?"   Beliau menjawab: " tentulah tidak..."   Kemudian saya mula bercerita mengenai pelbagai contoh kejayaan perancangan termasuklah perancangan kerajaan Malaysia suatu ketika dulu...   Apa yang penting, jika kita merancang kita akan tahu halatuju kita, meskipun bukan semuanya mampu dipenuhi.   Paling kurang kita akan mampu menyiapkan separuh daripada perancangan tersebut, ...

Didik Anak ketika Kecil

Alhamdulillah... Menjadi surirumah sepenuh masa, apakah ia pilihan yang tepat? Mengapa wanita perlu berada dirumah, sedangkan dunia luar sana mampu menyediakan segala keperluan kita jika kita berduit? Di mana-mana saja kita berdepan dengan persoalan perlukah wanita berada dirumah. Ramai yang memandang sebelah mata, kerana inilah kerjaya paling rendah disisi wanita terpelajar hari ini. Itulah pengalaman saya bila bertemu dengan bekas-bekas pelajar yang suatu masa dulu begitu mengagumi, tetapi apabila saya menyebutkan bahawa saya berada dirumah sebagai surirumah sepenuh masa, nada suara mereka berubah seolah-olah saya tersilap membuat keputusan. Bagi saya, inilah waktunya saya berada bersama-sama dengan anak-anak untuk mendidik mereka, iaitu ketika mereka masih kecil. Dalam masa yang sama saya menyediakan diri sendiri untuk berhadapan dengan dunia luar apabila mereka besar nanti dan akan memilih jalan hidup mereka sendiri. Ramai wanita yang tersilap membuat kepu...

Kerja Rumah Sebagai Meditasi

Bismillah... Alhamdulillah.... Hari ini saya berniat untuk berkongsi satu tips yang amat berguna buat surirumah dalam mengurus rumahtangga, iaitu menjadikan rutin rumahtangga sebagai satu teknik meditasi. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa berada dirumah sebagai surirumah boleh menyebabkan tekanan emosi bagi wanita yang kurang pandai mengurus diri. Ketika itu kita akan terasa bahawa tugasan kita begitu banyak, daripada membersih, mengemas, memasak, menjaga anak-anak. Semuanya kita akan lakukan secara berulang-ulang tanpa ada pilihan, kadang-kadang kita terpaksa melupakan waktu untuk diri sendiri. Apa kata kali ini kita cuba melihat segala tugasan kita daripada sudut lain, iaitu jadikan ia sebagai satu teknik meditasi yang mampu memberi ketenangan kepada kita. Insya Allah jika ia dipraktikkan setiap hari, ia akan menjadi satu rutin yang menarik untuk diamalkan serta disebarkan. Dalam masa yang sama kita akan mampu menjimatkan masa kita,...

Didikan Seorang Ibu

Alhamdulillah dalam tahun ini saya dipertemukan dengan pelbagai golongan ibu, ibu bekerja dan yang berada dirumah. Ada ibu yang mengorbankan keinginan hati dengan berada dirumah bersama-sama anak-anak semasa tempoh mereka membesar walaupun mereka berkelulusan tinggi dalam pelajaran. Ada pula ibu berkerjaya, yang begitu yakin, apabila beliau mampu menyediakan pembantu khusus untuk anak-anak, mereka mampu meneruskan kerjaya mereka dengan baik. Setiap insan mempunyai naluri keibuan tersendiri, kita tidak perlu menyatakan apakah pilihan kita betul dan pilihan mereka salah. Ini kerana setiap insan ada kekuatan dan kelemahan tersendiri, jadi jika ia digunakan dengan cara yang betul, semua mampu berjaya. Begitu juga ibu yang bekerja tidak semestinya gagal dalam mendidik anak-anak, ramai yang telah mampu menunjukkan bukti kejayaan mereka dalam mendidik. Jadi kejayaan mereka lebih bermakna buat diri mereka dan masyarakat disekeliling mereka. Apa yang penting kita sama-sama memainkan...

Bagaimana Membina Keyakinan Diri

Hidup sebagai surirumah sepenuh masa dalam dunia hari ini, selalunya menyebabkan wanita hilang keyakinan diri. Maka muncullah imej diri yang lemah dan tidak berdisiplin sebagaimana zaman berkerjaya. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai surirumah? Sememangnya keyakinan diri tidak datang begitu saja, ia memerlukan kekuatan semangat dan usaha yang berterusan untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri. Jika itu berjaya dilakukan masa setiap surirumah berhak untuk mendapat penghormatan dan kasih-sayang insan-insan disekeliling mereka. Diantara cara-cara untuk membina keyakinan diri ialah: 1. Memikirkan perkara-perkara yang menaikkan keyakinan diri. Apakah yang menyebabkan anda merasa rendah diri? Catatkan jawapan tersebut serta cuba mencari penyelesaiannya. Kemudian fikirkan sesuatu yang boleh menaikkan keyakinan diri anda berada dirumah. Setiap insan yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan yang tiada pada insan lain, carilah kelebihan tersebut serta berusaha...

Mengajar dari Rumah

Jika kita melayari internet kita akan temui pelbagai iklan mengenai bekerja dari rumah sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa. Begitu juga pelbagai universiti maya diwujudkan untuk menampung keperluan dalam bidang maya ini. Pendek kata peluang terbuka luas buat sesiapa saja yang berminat untuk menuntut ilmu. Dalam dunia sekarang, kita tidak boleh lagi memberi alasan tidak tahu kerana segala maklumat berada dihujung jari sesiapa saja yang ingin mencarinya. Namun begitu kita mestilah berhati-hati kerana dalam masa yang sama banyak juga ilmu yang tidak betul disebarkan. Ketika inilah kepandaian menganalisis fakta dan sikap yang kritikal diperlukan, agar kita tidak termasuk kedalam golongan yang menyampaikan dan menyebarkan maklumat-maklumat yang salah terutama dalam hal-hal berkaitan agama. Bila kita menyoroti kisah-kisah ulama silam, kita akan temui sikap-sikap mulia dipamerkan berkaitan dengan penyebaran ilmu. Teringat kisah Imam Bukhari dan Imam Muslim ketika ingin me...

Wanita Pemegang Adat

Sepanjang berada disini, banyak perkara telah sempat saya perhati tentang wanita. Dalam masa yang sama saya sempat berbincang serta bertukar-tukar pendapat dengan ipar-duai tentang tugas surirumah. Kesimpulannya, bagi saya wanita merupakan peneraju utama dalam sesebuah keluarga, mereka jugalah pemegang adat setempat, samaada adat tersebut bertepatan dengan ajaran Islam ataupun sebaliknya Sememangnya tidak dapat dinafikan kepentingan peranan wanita dalam keluarga. Jika mereka mengambilberat tentang keluarga mereka, hasilnya amat memuaskan begitu jugalah sebaliknya. Adat Perkahwinan – Menurut adat disini, wanita begitu diambilberat semasa majlis perkahwinan. Keluarga pengantin perempuan mestilah menyediakan semua kelengkapan untuk perkahwinan anak perempuan mereka, yang mana akan dihantar kerumah keluarga lelaki sebagai persiapan untuk menjalani hidup sebagai seorang isteri, tanpa perlu memikirkan kesukaran hidup. Manakala pengantin lelaki pula mestilah menyediakan rumah dan kelengk...

Buat Baik Dibalas Baik

Sepanjang berada dikampung, saya sempat mendengar beberapa cerita yang disampaikan tentang majlis perkahwinan yang negatif, yang mana akhirnya mengakibatkan rumahtangga yang baru dibina berkecai. Bila melihat trend majlis perkahwinan hari ini, terasa banyak sangat pembaziran yang dilakukan, yang mana kadang-kadang ia mampu mengugat kedamaian sebuah mahligai yang baru dibina.  Pelbagai tema dan persiapan rapi dilakukan agar majlis yang dianjurkan berjaya menepati citarasa pasangan 'raja sehari'. Apa yang dipentingkan ialah penampilan luaran, hingga kadang-kadang mereka terlupa bahawa penampilan dalaman lebih mampu mengikat keutuhan sesebuah keluarga. Mungkin pada awal perkahwinan segalanya masih belum terasa kerana segalanya masih manis. Orang yang selalunya merasai kesusahan mengatur majlis tersebut ialah ibubapa kedua-dua belah pihak, yang mana selalu dipandang sebelah mata oleh pasangan baru tersebut. Diantara kisah yang diceritakan ialah layanan yang diberikan kepa...

Kahwin tanpa Mertua

Alhamdulillah saya sempat menghabiskan dua minggu cuti di kampung sambil menghadiri beberapa majlis perkahwinan. Majlis kahwin dan majlis sambut menantu, macam-macam adat dan gelagat pasangan baru dapat dilihat. Macam-macam cerita dan berita yang didengari..tetapi satu situasi yang belum pernah saya alami ialah hidup dengan mertua. Walaupun pernah bertemu selama 20 hari, tetapi belum pernah merasa berkunjung ke rumah Ibu Mertua. Moga rancangan untuk berkunjung ke rumah mertua minggu depan akan berjalan lancar, serta impian saya untuk merasai berada dirumah mertua menjadi kenyataan. Banyak cerita negatif dikaitkan dengan mertua, membuatkan hati saya agak takut dan gerun. Tapi hati tetap berdoa agar ibu mertua saya tidaklah seperti yang digambarkan oleh sesetengah surirumah. Saya pernah rasai perasaan itu tujuh tahun lepas, iaitu kali pertama bertemu dengan ibu mertua...alhamdulillah beliau begitu penyayang, serta jauh bezanya daripada cerita-cerita yang pernah saya dengari. Ini meny...

Kisah Perantau Lagi...

Alhamdulillah minggu ini masuk minggu kedua saya memulakan aktiviti berjalan kaki pada waktu pagi. Apa yang seronoknya berjalan-jalan dalam suasana panas sekarang, bahang kepanasan amat terasa walaupun baru pukul 7 pagi. Bagi saya aktiviti ini begitu berharga kerana saya dapat belajar pelbagai perkara bila berjalan sambil sembang-sembang dengan rakan baru, jiran sebangunan. Kelebihan yang paling istimewa ialah ia bukan sekadar program jalan kaki semata-mata, tetapi latihan berfikir, maklumlah teman berjalan adalah orang Arab. Macam-macam topik dibicarakan termasuklah isu-isu semasa. Boleh dikatakan ia amat menguji kemampuan bahasa Arab saya. Bila berpeluang berbicara sebegini, saya terasa begitu bertuah kerana memiliki ramai kenalan disini, malah anak-anak kami juga mempunyai jaringan sosial yang lebih luas dengan anak-anak jiran setempat. Alhamdulillah 'ala kulli hal... Namun begitu, saya tidak dapat menafikan wujud perasaan simpati terhadap teman ini, yang lebih banyak mengh...

Wajah-wajah Itu - Surirumah

Alhamdulillah kesempatan berada dikampung kali ini, memberi peluang kepada saya untuk duduk bersama-sama dengan surirumah. Para surirumah yang amat saya kenali semenjak zaman kanak-kanak lagi, tapi hari ini mereka tidak lagi segagah dulu. Wajah-wajah itu yang amat murah dengan senyuman, masih tetap seperti dulu. Mereka masih lagi berkumpul di surau untuk sama-sama melakukan ibadat, berjalan kaki dari rumah setiap waktu solat semata-mata untuk solat berjemaah bersama-sama. Di surau juga saya rapat dengan mereka sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Terasa begitu cepat masa berlalu, kerana wajah-wajah itu kini semakin tua, malah anak-anak mereka yang menjadi teman sepermainan juga semakin berusia. Begitulah kitaran hidup... Barulah terasa begitu lama penghijrahan saya mengejar ilmu, kemudian merantau ke negara orang. Saya amat kagum dengan para surirumah tersebut semenjak dulu, malah merekalah contoh kejayaan surirumah dalam mendidik anak-anak. Kejayaan anak-anak diganti dengan menyambut kejay...

Mengapa Wanita Mesti Belajar?

Ada kawan yang berada dirumah merungut "Kalaulah aku tahu yang aku akan berada dirumah tak payah lah susah-susah belajar, belajar memasak, menjahit itupun dah mencukupi". Ada juga yang terasa "buat letih je belajar tapi berada dirumah". Itu rezeki kita dan ketetapan yang dah tersurat. Ada banyak hikmah yang boleh kita pelajari dari situ. Apakah sama orang yang belajar dan tidak belajar?Sememangnya tidak akan sama orang yang tahu dan tidak tahu, walauapapun ilmu yang pernah pelajari. Ini kerana apabila belajar, kita telah menempuh pelbagai ujian, bagaimana nak menguruskan masa, menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan, belajar menegakkan hujah kita serta pelbagai lagi ilmu sampingan yang tidak diperolehi oleh orang yang tidak pernah belajar. Allah swt berfirman dalam surah Az-zumar:9: "Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". Jadi keperlua...

Bila Surirumah Berkumpul....

Biasanya apa yang surirumah buat apabila berkumpul? Apakah tajuk-tajuk penting yang dibincangkan? Ada tak cerita tentang masakan dan makanan? Ada tak cerita tentang anak-anak? Ada tak cerita tentang suami? Ada tak cerita tentang penampilan dan kecantikan diri? Ada tak cerita perkembangan politik semasa? Ada tak....memang banyak isu yang disembangkan, tapi topik perbincangan biasanya berbeza mengikut tahap keakraban persahabatan mereka. Dimana-manapun sifat manusia tidak jauh bezanya, apabila mempunyai kesempatan untuk bersembang banyaklah tajuk-tajuk yang tak dirancang termasuk ke dalam agenda. Malah topik-topik perbincangan agak berbeza mengikut tahap pemikiran bak kata seorang surirumah Sudan: "Mengapa surirumah Oman agak jumud, tidak membincangkan isu-isu semasa". Itu juga pengalaman saya, bila bersembang dengan surirumah Oman, kami banyak bercerita tentang tazkiyah nafs, terasa ketenangan setiap kali bertemu. Itulah cara mereka alhamdulillah. Akan tetapi tiap kali bersemb...

Surirumah Oman

Alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti program keluarga Oman. Seperti adat kebiasaan mereka berkumpul di satu-satu tempat dengan diasingkan lelaki dan wanita. Pada hari Khamis lepas kami berpeluang mengikuti pertemuan keluarga Oman yang diadakan di kebun pertanian (Mazra'ah). Seronok juga bila berada di kebun sebegitu memandangkan kawasan di sini yang kering kontang. Bila memandang kehijauan kebun hati menjadi tenang. Sebenarnya kami selalu ke kawasan pedalaman dan mengikuti program orang Oman, tapi kali ini kami ke satu tempat yang agak berlainan. Ini kerana kebun ini merupakan tempat pertemuan, yang mana tiada satu keluargapun yang tinggal disini. Ia cuma dihuni oleh pekerja-pekerja India yang diupah untuk menjaga kebun mereka. Semua keluarga datang dari kawasan berlainan dan bertemu serta mengadakan program disini. Itulah tradisi orang Oman yang masih diteruskan. Malah setiap kali pertemuan sebegini daging 'siwak' dihidangkan. Saya memang menyukai daging yang dibak...

Petua atasi batuk dan demam

Alhamdulillah semenjak berada dirumah sebagai surirumah, anak-anak saya tidak mengalami masalah kesihatan, mungkin kerana emosi mereka terjaga, serta dah semakin besar. Jika diingatkan semasa saya bekerja dulu setiap minggu ada saja yang demam, batuk dan selsema. Tapi saya memang tidak suka memberi ubat dan antibiotik kepada anak-anak walaupun mereka demam. Saya akan cuba mencari penyelesaian cara lain seperti petua-petua dan amalan tertentu. Namun begitu pada peringkat awal kanak-kanak saya memberikan anak-anak ubat homopati, kemudian bertukar kepada CVT.Sekarang saya lebih suka mengamalkan petua untuk mencegah masalah tersebut daripada berlaku. Alhamdulillah semenjak berpindah ke Oman, saya mencuba petua untuk menggantikan ubat-ubatan hospital kepada anak-anak, dan saya dapati ia amat berkesan kepada anak-anak saya. Saya lebih suka menggunakan cara menyejukkan badan anak-anak setiap kali mereka demam. Apabila saya melihat mata anak-anak agak tidak ceria dan bersinar seperti biasa, sa...

Surirumah Penganggur?

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan menonton perbincangan tentang "Pembantu Rumah: Penjenayah atau Dizalimi?" . Memang menarik perbincangan ini kerana penonton disajikan dengan komen-komen dan panggilan secara langsung daripada penonton. Jadi kita mendapat maklumat dan berkongsi pengalaman mereka. Menurut Ahli Panel (lupa nama dia...) 90% daripada rumah-rumah di Arab Saudi memiliki pembantu rumah. Maknanya ramai betul orang luar disitu, yang kebanyakannya dari Indonesia, Filipina dan India. Manakala 50% daripada rumah yang memiliki pembantu rumah menyerahkan urusan sepenuhnya kepada pembantu rumah, termasuklah urusan memasak dan mendidik anak-anak. Bayangkan apa yang surirumah buat sekiranya tidak melakukan tanggungjawab utama mereka, iaitu mendidik anak-anak? Bayangkan keadaan anak-anak yang mendapat didikan pembantu rumah? Malah ada remaja yang menelefon memberitahu bahawa sebenarnya mereka lebih dekat dengan pembantu rumah kerana sikap ibubapa yang terlalu garang. Bay...

Luahkan Sayang Anda

Alhamdulillah hari ini saya ingin bercerita tentang satu lagi sikap wanita-wanita Arab yang saya temui. Bagi saya sikap ini juga bagus untuk kita amalkan iaitu suka meluahkan perasaan sayang mereka sesama kawan-kawan. 'Astaqtu ilaiki' (saya rindu pada awak), 'uhibbuki fillah' (saya sayangkan anda kerana Allah) serta pelbagai lagi ungkapan-ungkapan yang sedap didengar. Perkataan "hubb" inilah yang mengikat persahabatan sesama mereka. Malah ada yang meggunakan perkataan ini pada setiap ayat yang dituturkan, hinggakan kita yang mendengar turut terpesona. Sebagai contoh "uhibbu an aqul..." (saya suka menyatakan....). Cuba lihat muka kita bila menuturkan perkataan ini "uhibbu", tengoklah memek muka bila menyebut perkataan ini, ia perkataan yang berakhir dengan senyuman. Bayangkan betapa manisnya muka orang yang mengucapkan perkataan ini dari hati dengan perasaan tulus ikhlas, Subhanallah. Inilah 'dhuq' bahasa Arab yang tidak ada p...