Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Kahwin dengan Orang Arab - Cabaran Bahasa

Alhamdulillah hari ini tergerak untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup setelah genap 16 tahun melayari hidup bersama suami semalam 12/12/13. Saya masih ingat pernyataan seorang rakan dari Jordan, "bagaimana satu pasangan mampu memahami satu sama lain, sedangkan bahasa yang digunakan begitu jauh berbeza? " Apakah yang boleh menyatukan hati dua insan yang datang dari latar belakang yang terlalu jauh bezanya? Kata-kata beliau ada benarnya, dan saya akui itulah masalah terbesar yang saya alami sehingga kini. Perkahwinan bukan hanya penyatuan dua jasad tetapi dua hati untuk saling mampu berkongsi cerita suka duka sepanjang tempoh perkahwinan tersebut. Jika dua hati mampu berbicara tanpa mengeluarkan kata -kata alangkah indahnya hidup ini. Realitinya kita memerlukan perkataan-perkataan yang akan diolah menjadi ayat-ayat indah untuk menenangkan hati si pendengar. Semuanya itu terhasil dari "lidah bonda", perkataan-perkataan yang pertama didengar akan meresap ke dala