Mengulas Sedikit.
Alhamdulillah saya pernah mengajar asas-asas yang berkaitan dengan Al-Quran, Al-Sunnah serta Sirah Rasulullah saw. Ketika itu saya terfikir mengapa ulama menciptakan ulum quran, ulum hadis, usul al-fiqh dan fiqh al-sirah, apakah ilmu-ilmu ini begitu penting untuk kita pelajari? Apakah tidak memadai kita tahu mengaji al-quran, tahu sejarah hidup baginda Rasulullah saw sahaja? Ketika itu pelbagai persoalan timbul, malah ketika mengajarnya pelbagai idea mencurah-curah, alhamdulillah. Namun setelah empat tahun berhenti daripada tugasan tersebut, saya masih lagi memikirkan kepentingan ilmu-ilmu asas tersebut. Sememangnya ilham yang diperolehi oleh ulama-ulama terdahulu mampu membantu kita untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut dengan lebih jelas. Bayangkan kita cuma belajar sejarah hidup Rasulullah saw tanpa mempelajari fiqh al-sirah, apakah kita dapat menghayati sejarah hidup baginda dengan ertikata yang sebenar-benarnya? Ataupun kita cuma belajar tafsir quran tanpa mengetahui ulum quran