Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Pengisian Ilmu 2018 - 5

Alhamdulillah cerita kembara mencari ilmu pada tahun ini akan diteruskan. Semoga ia tercatat sebagai rujukan kemudian hari. Minggu pertama bulan Julai penuh dengan berbagai aktiviti untuk diri sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Minggu kedua cuti, tiga orang anak saya mengikuti kelas bahasa inggeris komunikasi di UIAM. Alhamdulillah mereka seronok belajar bersama-sama pelajar UIAM. Kami sebenarnya amat bertuah kerana kelas itu dimulakan bersesuaian drengan percutian kami kali ini. Yuran yang dikenakan untuk orang luar juga amat murah jika dibandingkan dengan bayaran pusat tuisyen bahasa Inggeris diluar. Bayangkan bayaran RM 120 seorang untuk tempoh satu semester pendek iaitu 7 minggu. Kelas tersebut berjalan selama dua jam sehari dan empat hari seminggu anjuran SMART IIUM. Ia memang kelas intensif yang banyak membantu anak-anak saya agar lebih berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pada mulanya saya turut serta anak-anak ke UIAM, setelah yakin anak-

Pengisian Ilmu 2018 - 4

Alhamdulillah kisah pencarian ilmu bersambung lagi. Kali ini bersempena Sambutan Hariraya CVT  di Shah Alam pada 7/7/2018. Ia kisah perjalanan saya bersama dua orang anak lelaki menyusuri Tasik Shah Alam, singgah di Masjid Shah Alam serta Bilik Pameran Yayasan Restu. Kami bertolak awal pagi ke Shah Alam dengan menaiki komuter. Kemudian menyambung perjalanan dengan menaiki bas percuma Smart Selangor. Ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur kepada anak-anak. Akan tetapi dua orang lagi keletihan serta enggan mengikuti program kali ini. Berjalan kaki dari Dataran Shah Alam, kemudian menyusuri Tasik Shah Alam mengingatkan saya nostalgia lama hampir 30 tahun lalu, iaitu pada tahun 1989/90 ketika saya belajar di Matrik UIAM dan tinggal di Asrama Seksyen 8 Shah Alam. Shah Alam ketika itu yang gersang dan masih baru dibuka, pokok-pokok disekeliling Tasik juga masih kecil. Ketika kunjungan kali ini kebanyakan pokok amat tua dan besar, begitu jau

Pengisian Ilmu 2018 -3

Alhamdulillah saya berkesempatan lagi untuk berkongsi perjalanan mencari ilmu sepanjang tahun ini. Perkongsian seterusnya ialah pengisian secara offline yang saya hadiri di Kuala Lumpur setelah menjejaki kaki ke tanahair. Percutian kami pada tahun ini banyak dihabiskan di Kuala Lumpur. Kami berpeluang menghabiskan masa dirumah sendiri yang ditinggalkan agak lama. Sebelum bertolak balik ke Malaysia, saya mencari peluang untuk menghantar anak-anak remaja saya mencari ilmu. Alhamdulillah saya berjaya berhubung dengan MFR untuk mengajar anak-anak saya melukis komik. Ini kerana anak sulung dan ketiga saya amat berminat melukis komik. Jadi saya mengambil peluang mendedahkan mereka kemahiran ini ketika singgah di Kuala Lumpur. Saya juga mendaftarkan mereka untuk mengikuti dua program dibawah Coach Zuhairi Nopiah. Insya Allah saya akan berkongsi secara ditil dalam tajuk seterusnya. Kelas Melukis komik diadakan pada 6/7/2018 di UIAM. Saya memilih UIAM kerana kelas diadakan pada har

Pengisian Ilmu 2018 -2

Alhamdulillah saya ingin menyambung lagi perkongsian tentang kelas-kelas yang saya ikuti sepanjang tahun ini sama ada secara online atau offline. Setelah mengikuti kelas "kembali bercinta", ada tawaran untuk mengikuti kelas berbayar online iaitu kelas "ehati love renewal". Pada mulanya saya memohon untuk mengikuti kelas tersebut tetapi saya tidak menulis secara ditil masalah saya. Ini menyebabkan permohonan saya tidak dilayan. Ini kerana mereka menfokuskan kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah serius dalam hubungan rumahtangga. Setelah kelas bermula dua minggu baru lah saya menghubungi semula admin, memohon untuk mengikuti kelas tersebut. Alhamdulillah akhirnya ada rezeki saya untuk mengikuti kelas itu. Bayarannya agak mahal tetapi berbaloi untuk saya. Pada mulanya saya kurang bersemangat untuk menyiapkan tugasan kerana banyak ketinggalan kelas, akan tetapi saya pastikan diri tidak terlepas kelas online bersama-sama sahabat dalam grup. D

Pengisian Ilmu 2018 -1

Alhamdulillah mulai hari ini saya akan berkongsi tentang perjalanan 2018 yang saya rasa amat berbeza daripada sebelum ini. Sebenarnya aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sepanjang tahun ini, ada yang dirancang lama dan ada yang berlaku tanpa dirancang. Namun semuanya berkisar tentang belajar. Belajar dan mengutip ilmu daripada coach-coach yang berlegar di alam maya. Bila membaca review daripada pengikut mereka, maka saya juga terikut sekali. Alhamdulillah seronok juga bila mengisi masa dengan menghadiri kelas-kelas online. Saya memilih untuk mengikuti mereka kerana ingin memahami situasi yang berlaku dikalangan orang melayu di Malaysia ketika ini. Alhamdulillah kesannya amat positif dan saya rasa lebih yakin untuk menyelesaikan masalah diri sendiri. Saya masih teringat ketika membaca posting-posting di fb, terlintas iklan tentang group "Kembali Bercinta" dibawah bimbingan Coach Diyana Tahir. Bermula sekadar klik link, akhirnya saya mendaftar untuk menyertai grup itu. Alh

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia

Imej
Alhamdulillah hari ini 18/12 ialah hari sambutan bahasa Arab sedunia. Setiap tahun sekolah-sekolah disini mengadakan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Arab fushah. Alhamdulillah saya juga berkesempatan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Biasanya saya dijemput untuk mengendalikan bengkel seni khat yang diadakan bersempena sambutan ini. Ketika anak perempuan saya masih bersekolah, saya dijemput untuk mengendalikan bengkel disekolah beliau. Kemudian dijemput pula ke sekolah lain Alhamdulillah pagi ini sekali lagi saya berpeluang untuk berkongsi kemahiran ini di sebuah sekolah menengah perempuan di Amerat, yang terletak dikawasan perkampungan awal disitu. Sudah dua tahun perancangan bengkel tertangguh kerana sekolah yang menjemput tidak dapat menyediakan pengangkutan untuk kesana. Ini kerana guru yang menjemput mengajar agak jauh dari bandar Muscat. Tahun ini Cikgu tersebut berpindah ke sekolah baru, dan meneruskan perancan

Tasik Garam di Tunisia

Imej
Alhamdulillah...Pagi ini saya cuba mencatat kenangan percutian tahun ini. 2016 semakin berakhir, namun kenangan yang dikutip akan tetap segar dalam ingatan. Tahun ini giliran kami balik ke Tunisia. Alhamdulillah. Kami mengambil peluang untuk melawat beberapa tempat menarik disana. Apa yang menarik perhatian saya ialah tasik-tasik garam yang boleh ditemui dibeberapa tempat yang kami kunjungi. Subhanallah pemandangan tasik garam begitu menarik perhatian saya. Ada keindahan yang tersendiri. Alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menghabiskan cuti di apartment yang berhampiran tasik garam di Hergla. Saya masih teringat perasaan seronok apabila melihat tasik berwarna putih dalam perjalanan ke apartment itu. Saya makin teruja bila melihat rumah kami begitu dekat dengan tasik tersebut. Manakala disebelah depan apartment terdapat pemandangan pantai yang indah. Pelbagai rancangan hinggap difikiran saya, mahu menghabiskan cuti berendam didalam tasik garam. Namun begitu angan-

Latihan CDPR-1

Alhamdulillah hari ini saya meneruskan latihan yang diberikan dalam kelas CDPR semalam. Saya masih ingat lagi terapi yang kami lakukan semalam iaitu meneroka ke dalam diri. Kami cuba mengimbas kembali zaman remaja dan kanak-kanak yang telah dilalui tanpa menghukum. Ya, sekadar mengimbas kembali detik-detik yang telah dilalui ketika itu. Apa yang saya masih ingat bermula dari darjah 4 saya menjadi tukang tulis buku kedatangan murid-murid. Saya menyalin nama-nama pelajar bagi membantu guru. Apabila tiba musim peperiksaan saya juga akan membantu guru mengira markah pelajar serta mengatur keputusan pelajar dalam kelas. Saya menulis dengan pensil kemudian guru tersebut akan menyemak hasil kerja saya. Ketika itu saya begitu fokus dan dapat menyelesaikan tugas dengan baik, alhamdulillah. Saya amat seronok membantu guru sedangkan rakan-rakan lain keluar rehat ataupun bermain-main. Apa yang paling seronok ialah saya dapat mengetahui keputusan peperiksaan sebelum rakan-rakan lain.