Mengajar dari Rumah
Jika kita melayari internet kita akan temui pelbagai iklan mengenai bekerja dari rumah sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa. Begitu juga pelbagai universiti maya diwujudkan untuk menampung keperluan dalam bidang maya ini. Pendek kata peluang terbuka luas buat sesiapa saja yang berminat untuk menuntut ilmu. Dalam dunia sekarang, kita tidak boleh lagi memberi alasan tidak tahu kerana segala maklumat berada dihujung jari sesiapa saja yang ingin mencarinya. Namun begitu kita mestilah berhati-hati kerana dalam masa yang sama banyak juga ilmu yang tidak betul disebarkan. Ketika inilah kepandaian menganalisis fakta dan sikap yang kritikal diperlukan, agar kita tidak termasuk kedalam golongan yang menyampaikan dan menyebarkan maklumat-maklumat yang salah terutama dalam hal-hal berkaitan agama. Bila kita menyoroti kisah-kisah ulama silam, kita akan temui sikap-sikap mulia dipamerkan berkaitan dengan penyebaran ilmu. Teringat kisah Imam Bukhari dan Imam Muslim ketika ingin mengumpulka