Silaturrahim: Dimana dan Bagaimana?
Silaturrahim...satu perkataan yang berasal daripada bahasa Arab, yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia. Silaturrahim...satu amalan mulia yang amat digalakkan didalam agama kita, namun setakat mana kita mengamalkannya bergantung kepada tahap keimanan kita. Bila kita mengimbas kembali kisah hijrah baginda Rasulullah saw, kita dapat melihat keindahan hubungan silaturrahim yang diamalkan oleh umat Islam ketika itu. Betapa mulianya hati golongan Ansar yang begitu mudah menerima kehadiran muhajirin serta berkongsi segala-galanya dengan insan yang baru dikenali itu. Apakah masih wujud insan-insan sebegitu dalam dunia hari ini? Apakah masih wujud insan-insan bersifat mulia sebegitu? Kadang-kadang kita berusaha untuk bersifat sebegitu tetapi kita ditemukan dengan insan yang betul-betul menguji keimanan kita. Akhirnya niat suci berubah, tujuan menolong tidak tercapai, tetapi bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak ingin diimbas kembali. Inilah yang berlaku hari ini, insan h