Seronok Belajar
Semasa membaca beberapa artikel secara rawak, tiba-tiba saya terjumpa satu web yang bertajuk "seronok belajar". Tajuk yang digunakan menimbul perasaan seronok belajar, terasa seronok untuk membacanya. Kemudian aqal pun mula memutar kembali kisah-kisah lama sepanjang belajar. Sememangnya saya sentiasa seronok belajar, rasanya tidak pernah timbul rasa tak ingin ke sekolah atau ke kelas, saya sentiasa seronok ingin ke sekolah. Maklumlah budak tak pernah jumpa tadika, masuk sekolah terus darjah satu, dari situlah belajar segala-galanya. Walaupun demam masih sanggup ke sekolah hinggakan mak ayah risau dengan sikap saya. Alhamdulillah perasaan seronok belajar ini masih berterusan, malah sekarang ingin belajar menulis dalam bahasa Malaysia. Moga Allah memudahkan segalanya. Sebenarnya perasaan seronok belajar inilah yang mendorong saya menyambung pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah. Ini kerana pengalaman bekerja sekejap sebagai guru sekolah tidak mampu menarik minat saya