Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Ayat Pilihan 1

Semenjak mempelajari khat secara serius, aku memang suka mencoretkan ayat-ayat tertentu dan ia menjadi pegangan hidupku. Di antara ayat-ayat kegemaranku semenjak dari sekolah menengah ialah ayat tentang bulan dan matahari yang bermaksud "dan DIA menundukkan bagimu matahari dan bulan yg terus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang..." dimana aku menulisnya di gambar-gambar pemandangan pilihanku tanpaku sedari ada sesuatu yg tersurat di situ. Setelah melanjutkan pelajaran dan mendalami tentang tafsir maudui, aku merasakan ada sesuatu yg perlu diperjelaskan dan perlukan pengkajian lebih mendalam tentang ayat-ayat tersebut. Rupa-rupanya baru ku sedari ada banyak ayat yg lebih kurang sama diulang-ulang dalam al-Quran. Allah swt mengulang penjelasan yg sama sebanyak 9 kali dalam surah yang berbeza. Mengapa ia diulang berkali-kali? Memang ada banyak ayat tentang bulan dan matahari dalam al-Quran, tetapi ayat yang menceritakan bahawa bulan dan matahar

Wanita dalam Al-Quran

Sesungguhnya pelbagai kisah tentang wanita disebutkan dalam Al-Quran, malah ada diantara surah al-Quran dinamakan sempena wanita seperti surah Al-Nisaa, Maryam, Al-Nur dan al-Mumtahinah. Allah swt mengingatkan supaya melayani wanita dengan baik sebagaimana yg disebutkan dalam surah al-Nisa: 19 " dan pergaulilah mereka (wanita) dengan baik ". Malah Rasulullah mengingatkan dalam khutbah terakhir supaya berbuat baik dengan wanita " dan aku berwasiat berbuat baiklah dengan wanita ". Mengapa kita mesti berbuat baik dengan wanita? Di dalam Al-Quran, pelbagai sifat wanita digambarkan oleh Allah swt sebagai panduan dan peringatan kepada kita, diantaranya: 1. sifat wanita beriman dan mengabdikan diri beribadat kepada Allah swt semata-mata seperti yg digambarkan tentang Maryam dalam Surah Maryam. 2. sifat wanita penggoda dan wanita-wanita yg terpesona dengan kekacakan lelaki sehingga terpotong jari mereka seperti yg diceritakan dalam Surah Yusof. 3. Wanita baik yang terpaks
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya, Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya, Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakinya, Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Maksud ayat 2-3, surah al-talaq

Buku-buku Tentang Wanita

Alhamdulillah semenjak menjadi surirumahtangga(SRT) ni, banyak masa luang yang membolehkan aku membuat kerja-kerja yang diminati, menurut keinginan hati kecil ini berbanding semasa bekerja yg sepanjang masa terpaksa menurut kehendak majikan, hinggakan buku-buku yg ingin dibaca lebih terfokus ke dalam bidang pengajian sahaja. Peluang membaca pelbagai buku-buku tentang wanita, banyak membuka mataku tentang perkara yg amat kurang dibincangkan oleh penulis-penulis tersebut. Sekiranya di jengah ke dalam pasaran buku-buku arab, kita dapati terlalu banyak buku-buku yg ditulis tentang wanita, sehinggakan di perpustakaan yg aku kunjungi menyediakan satu bahagian khusus untuk buku-buku tentang wanita. Masalahnya persoalan yg dikemukakan oleh penulis adalah berkisar kepada perkara sama, iaitu hukum-hukum berkaitan dengan wanita, akhlak wanita,penyertaan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan dsb, ini kerana kebanyakan buku ditulis oleh ulama' lelaki yang tidak dapat menghayati realiti kehidupa

PEMBANTU RUMAH ATAU HAMBA

Aku selalu terfikir mengapa aku selalu senang berbicara dengan para pembantu rumah, sehinggakan ada di kalangan mereka menganggap aku juga pembantu rumah dr Filipina. Tergelak bila mengingatinya... Apa taknya aku selalu bercerita dengan pembantu rumah jiran yg menunggu anak majikan beliau ke sekolah, maka pembantu rumah yg lain juga berminat juga utk bercakap dgnku walaupun sepatahpun aku tak faham. Itulah tugasan mereka. Jadi bila bercerita dengan PR ni maka banyak lah cerita tentang pembantu rumah yg dapat ku perolehi. Ini termasuklah daripada pembantu rumah separuh masa yg datang ke rumahku setiap petang. Tanggapan pertamaku bahawa orang Arab memberi layanan yg baik terhadap pembantu rumah meleset sama sekali, bermacam-macam cerita diikuti dengan tangisan dr mereka yg bergelar pembantu rumah sampai ke telingaku. Beginikah layanan mereka terhadap orang yg membantu mendidik anak-anak mereka, mengemas rumah dan menyediakan segala keperluan mereka? Apakah pembantu rumah itu sekadar

Kejadian Manusia dalam Al-Quran

Manusia adalah kejadian terakhir dialam ini selepas Allah menjadikan bumi, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Asal kejadian manusia terbahagi dua, manusia asal, ADAM a.s, dan manusia cabang (furu’) zuriat keturunan Adam sampai hari kiamat. Kejadian Nabi Adam sebagaimana yang digambarkan dalam Quran, berasal daripada 7 terjadi dari tujuh unsur: 1. turaab @ unsure-unsur zat-zat organis. 2. thiin dalam surah al-sajdah:7 (tanah yg bercampur zat air @ hydrogenium), 3. hama’im dalam surah al-hijr:28 (tanah bercampur udara atau netrogenium), 4. shalshal dalam surah al-rahman: 14, (bangunan tanah yg seperuh kering yakni zat pembakar atau oxigen), 5. lazib dalam surah al-safaat:11, (tanah yg sempurna adunannya dan sudah dibentuk @ zat besi, ferum), 6. Fakhhkaar (tanah yg sempurna bentuknya dan mempunyai kekuatan panas) dan digambarkan sebagai zat arang atau carbonium. 7. Ditiupkan ROH dalam surah al-hijr; 29. [1] [6] Jadi itulah proses kejadian Adam, tubuh jasmani (visible) dan badan halusnya (invis

Siapa Kita

Dalam meniti perjalanan hidup ini, kita tidak boleh lari daripada memikirkan hakikat diri, kerana dari situ kita dapat mengenal yang Maha Pencipta. Siapa kita? Mengapa kita di sini? Sekiranya kita kembali kepada kitab suci al-Quran kita akan dapati beberapa ayat yang menjelaskan supaya kita memikirkan tentang diri kita. Ia juga berkait rapat dengan anjuran supaya kita berfikir. Di antaranya firman Allah swt yang bermaksud: سنريهم ءاياتنا في الأفاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق أولم يكف بربك أنه على كل شيء شهيد" “ Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-quran itu adalah benar, dan apakah tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu” Surah Fushilat : 53 Di dalam ayat-ayat lain Allah swt berfirman: “ Dia membuat perumpamaan untuk kamu dari dirimu sendiri……” Surah al-Ruum: 28 ” dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tiada

Surirumah: Rela atau Terpaksa

Surirumah, satu kerjaya yang menjadi tunggak keharmonian keluarga dan kerjaya yang tiada tolok bandingnya didunia. Elok surirumah maka harmonilah rumahtangga, masyarakat dan negara. Menjadi surirumah, sama ada mempunyai anak atau tidak, bukanlah satu kerja yang hina, atau tiada kedudukan, malah ia menjadi pilihan kebanyakan keluarga berada. Akan tetapi keadaan masyarakat kita yang telah terpengaruh dengan isu perjuangan wanita, telah meletakkan kerja mulia ini sebagai pilihan terakhir wanita, iaitu apabila wanita tersebut tidak ada kelulusan yang sepatutnya untuk bekerja, maka dia perlu menjadi surirumah. Dalam kata lain selagi ada peluang untuk keluar rumah dan bekerja, sekalipun sebagai tukang sapu bangunan dan berpendapatan rendah wanita lebih rela keluar bekerja, hanya sekadar untuk menikmati kedudukan sebagai pekerja. Apakah berada dirumah, menyediakan rumah sebagai syurga untuk suami dan anak-anak bukan dikira bekerja? Inilah isu yang seharusnya difikirkan kembali oleh wanita h

Surirumah dan Pengurusan Masa

"Demi Masa, sesungguhnya manusia didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran" surah al-asr: 1 - 3 Pengurusan masa amat penting dalam kehidupan setiap insan, sekiranya kita mampu mengurus masa dengan betul bermakna kita mampu melakukan banyak perkara yang berfaedah dalam hidup ini. Manakala kesilapan dalam mengurus masa akan membawa padah yang tidak berpenghujung kepada kita, ketika itulah kita akan terasa masa berlalu begitu cepat dan banyak perkara tidak mampu kita selesaikan. Sememangnya Islam amat mementingkan pengurusan masa dengan betul, tanpa kita sedari ramai dari kita telah melaksanakannya dengan teratur mengikut anjuran Rasulullah terutama bagi mereka yang menunaikan ibadah solat. Ini kerana asas pengurusan masa dalam Islam berada dalam penyempurnaan ibadah solat. Maka bagi sesiapa yang masih merasakan gagal menguruskan masa dengan betul, maka mulakanlah dengan solat p

DI MANA KITA SEKARANG?

Ramadhan sudah berakhir, pergi meninggalkan kita yang masih meneruskan kehidupan kali ini. Syawal pula menjelma, disambut penuh keriangan setelah berjaya menunaikan ibadah puasa tahun ini. Apakah status puasa kita kali ini, hanya Allah yg dapat menentukan. Apakah ada perubahan daripada puasa-puasa yg lalu atau kita cuma sekadar berlapar dahaga sepanjang hari. Ramai yg gembira untuk menyambut raya tapi ramaikah yang sedih dengan berakhirnya Ramadhan kali ini. Pelbagai persiapan kita sediakan untuk sambut raya, tapi apakah persediaan kita untuk kehidupan yang selanjutnya. Moga-moga persekolahan Ramadhan tahun ini memberi kesan yg positif kepada kita untuk berubah ke arah yg lebih baik. Jadikan detik 1 syawal sebagai titik permulaan untuk kita memulakan perancangan baru yg berasaskan keimanan mantap, agar kehidupan kita hari ini dan seterusnya beroleh keredhaan Allah swt. Di manakah kita sekarang...?

BELAJAR MENULIS

Alhamdulillah, akhirnya terbuka hatiku untuk mencuba menulis dalam bahasa Melayu. Setelah berkali-kali menghadiri kursus menulis, baru sekarang terbuka hatiku untuk menulis, berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang sudi membaca tulisan ini. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yg dah ditinggalkan berbelas tahun lalu. Bukan kerana ego atau tidak sayangkan bahasa ibunda sendiri tapi kerana kesibukan mengejar impian sendiri. Baru sekarang aku menghayati betapa susahnya untuk memulakan sesuatu yang dah lama ditinggalkan. Betul ke salah ke ayat-ayat yg ditulis, semuanya berlegar-legar difikiran. Moga Allah memberi kekuatan untukku kembali mencari diri dalam penulisan. Masihku ingat kali terakhir aku menulis dalam Bahasa Malaysia ialah semasa belajar BM di UIA, masa tu terasa senang sekali, tapi setelah terpaksa menulis setiap kertas kerja dalam BI atau BA menyebabkan aku lupa untuk menghayati bahasa Ibunda tercinta. Sebenarnya peranan bahasa amat penting dalam membentuk jatidiri, sikap da
Surirumah efektif impian setiap wanita, apakah kita mampu memenuhi impian tersebut atau ia sekadar angan-angan yang semakin layu dengan peredaran MASA