Raya Kali ini.
Alhamdulillah tahun ini kami menyambut hariraya bersama-sama umat Islam di seluruh dunia, iaitu hari Jumaat. Namun begitu bezanya kami berpuasa 29 hari sedangkan umat Islam lain berpuasa 30 hari. Anak-anak bertanya: "tak apa ke kita puasa kurang?". Sekadar persoalan mereka, sedangkan tahun lepas kami berpuasa 30 hari, umat Islam lain berpuasa 29 hari. Anak yang sulung berkata "adil lah tahun lepas kita puasa lebih". Begitulah cerita tentang puasa dan raya, penetapan tarikh mulanya bergantung kepada cara melihat anak bulan. Jika anak bulan nampak, maka ibadat tersebut boleh dilakukan, jika sebaliknya kita mestilah menggenapkan 30 hari. Alhamdulillah tahun ini adalah kali ke 5 kami beraya disini, sambutan hariraya yang ala kadar, tanpa merasa kemeriahan seperti yang selalu kita rasa semasa ditanahair. Raya kali ini tiada perjumpaan dirumah Duta Malaysia, kerana ketika ini Duta baru di Oman masih belum sampai, setelah Duta Besar yang lepas Datuk Zamri telah tamat