Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi Diri

Harga untuk Akhirat Kita

Alhamdulillah...thumma alhamdulillah. Syukur kerana masih mempunyai kekuatan untuk menulis disini. "Harga untuk akhirat kita", apakah sesuai untuk dibicarakan? Ya, setiap insan mempunyai impian untuk kejayaan hidup didunia dan akhirat. Namun setakat mana kita bersedia untuk membayar persediaan untuk akhirat kita? Semenjak kecil ibubapa membayar kelas-kelas tambahan khusus untuk kejayaan anak-anak hidup didunia. Jika dihitung perbelanjaan untuk kehidupan dunia kita adalah begitu besar. Apakah perbelanjaan untuk akhirat kita juga besar ataupun kita mengharapkan semuanya datang percuma. Ya, kita tidak pernah mempertikaikan pelbagai bayaran, cukai, bayaran pendaftaran program motivasi dan sebagainya. Akan tetapi bila kita ingin menghadiri kelas-kelas al-quran, kelas agama dan sebagainya untuk persediaan akhirat kita, ramai yang merungut serta mengharapkan semua itu diperolehi secara percuma. Apakah kita bersikap adil dengan diri kita? Ada yang menganggap guru-guru q...

Hubungan Yang Bermakna

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu menulis disini. Alhamdulillah juga kerana masih ada kekuatan untuk berkongsi pengalaman sehari-hari disini. Alhamdulillah suatu ketika dulu saya sempat mengikuti sijil diploma dalam ilmu terapi getaran warna atau lebih dikenali sebagai cvt. Sebenarnya saya mengikuti kursus tersebut secara suka-suka, sekadar ingin menambah ilmu berkaitan. Akhirnya saya jatuh cinta dengan keindahan susunan ilmu tersebut yang membawa pengamalnya lebih dekat kepada Pencipta kita, Allah swt. Ketika itu saya bertemu dengan ramai kawan baru, hubungan yang wujud diantara kami begitu rapat alhamdulillah. Kami berkongsi pelbagai pengalaman yang membawa kami sampai kesitu. Apa yang nyata disana kami diajar cara mengenal diri dan orang-orang disamping kita. Seorang kawan yang mengalami satu penyakit misteri memberitahu..."setiap kali beliau pergi berubat dimana-mana, beliau disuruh belajar mengenali diri, akhirnya beliau ...

Kembalikan Fokus

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur kerana masih mampu menulis sesuatu disini...satu ruang yang dipilih untuk berkongsi pengalaman hidup ini. Alhamdulillah syukur juga kerana berkesempatan untuk membelek semula tulisan lama, serta meneliti kembali idea yang pernah terlintas difikiran ini suatu ketika dulu. Insya Allah saya akan cuba menyelesaikan segala plan yang pernah dirancang dan baru dirancang semula. Apabila diteliti semula banyak juga perancangan yang tertangguh apabila diri hilang fokus. Sesungguhnya itulah perjalanan yang ditentukan, perjalanan ketika diri keliru dalam memilih apa yang ingin dilakukan seterusnya. Bila diimbas semula betapa sukarnya mencari satu aktiviti yang mampu membuatkan diri ini fokus sepenuhnya untuk melakukannya. Satu demi satu aktiviti dicuba tetapi ia tidak mampu membuatkan diri ini fokus sepenuhnya, semuanya dilakukan hanya untuk menenangkan hati. Setakat ini hanya ada satu kemahiran saja mampu menceriakan diri ini bila dilakukan...

Ujian untuk Istiqamah

Alhamdulillah hari ini saya mendapat kekuatan untuk mencoret sedikit kata-kata buat muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa berperang dengan sikap dan tabiat yang kita bina dalam usaha meneruskan apa yang kita cita-citakan. Tabiat itu boleh diubah tetapi ia memerlukan masa, serta kesungguhan diri. Jika tidak ada kesungguhan maka apapun yang dirancang tidak akan menjadi. Bagi saya ujian untuk istiqamah terlalu berat jika ia dilakukan secara bersendirian. Alangkah bahagianya jika kita mempunyai satu kumpulan rakan yang semuanya berusaha untuk memperbaiki diri. Jika ada yang tersasar ada rakan yang mengingatkan. Jika terasa lemah ada rakan memotivasi agar kuat kembali. Ujian datang dalam pelbagai bentuk, semuanya menguji setakat mana kita mampu menghadapinya. Jika lulus maka kita akan mampu naik ke peringkat seterusnya, jika gagal maka kita terpaksa mengulangi episod yang sama. Ujian paling berat buat saya ialah untuk istiqamah dalam melakukan sebarang gerakkerja, keran...

Kerja Rumah Sebagai Meditasi

Bismillah... Alhamdulillah.... Hari ini saya berniat untuk berkongsi satu tips yang amat berguna buat surirumah dalam mengurus rumahtangga, iaitu menjadikan rutin rumahtangga sebagai satu teknik meditasi. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa berada dirumah sebagai surirumah boleh menyebabkan tekanan emosi bagi wanita yang kurang pandai mengurus diri. Ketika itu kita akan terasa bahawa tugasan kita begitu banyak, daripada membersih, mengemas, memasak, menjaga anak-anak. Semuanya kita akan lakukan secara berulang-ulang tanpa ada pilihan, kadang-kadang kita terpaksa melupakan waktu untuk diri sendiri. Apa kata kali ini kita cuba melihat segala tugasan kita daripada sudut lain, iaitu jadikan ia sebagai satu teknik meditasi yang mampu memberi ketenangan kepada kita. Insya Allah jika ia dipraktikkan setiap hari, ia akan menjadi satu rutin yang menarik untuk diamalkan serta disebarkan. Dalam masa yang sama kita akan mampu menjimatkan masa kita,...

Bagaimana Membina Keyakinan Diri

Hidup sebagai surirumah sepenuh masa dalam dunia hari ini, selalunya menyebabkan wanita hilang keyakinan diri. Maka muncullah imej diri yang lemah dan tidak berdisiplin sebagaimana zaman berkerjaya. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai surirumah? Sememangnya keyakinan diri tidak datang begitu saja, ia memerlukan kekuatan semangat dan usaha yang berterusan untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri. Jika itu berjaya dilakukan masa setiap surirumah berhak untuk mendapat penghormatan dan kasih-sayang insan-insan disekeliling mereka. Diantara cara-cara untuk membina keyakinan diri ialah: 1. Memikirkan perkara-perkara yang menaikkan keyakinan diri. Apakah yang menyebabkan anda merasa rendah diri? Catatkan jawapan tersebut serta cuba mencari penyelesaiannya. Kemudian fikirkan sesuatu yang boleh menaikkan keyakinan diri anda berada dirumah. Setiap insan yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan yang tiada pada insan lain, carilah kelebihan tersebut serta berusaha...

Bila diuji...Kembalilah kepada Allah

Dunia ini tempat ujian, bila kita lulus ujian tersebut insya Allah kita akan berjaya naik ke peringkat seterusnya. Sama ada kita suka ataupun tidak, kita akan tetap menempuh ujian tersebut. Kemudian kita akan ditimpakan dengan ujian semula, mungkin lebih hebat daripada ujian sebelumnya. Begitulah kitaran hidup insan dialam ini. Sekiranya kita gagal, maka kita akan kembali mengulangi ujian tersebut hinggalah kita berjaya. Inilah yang dinamakan sekolah kehidupan. Kadang-kadang kita boleh merasa bahawa aku sudah merasai ujian sebegini, tetapi bagaimanakah cara aku menyelesaikannya? Akan tetapi kadang-kadang kita terlupa ujian ini, kerana semenjak kecil kita hanya diperkenalkan dengan ujian disekolah, seolah-olah kehidupan diluar sekolah bukanlah ujian. Kita jarang diajar bagaimana untuk menangani ujian sekolah kehidupan, tiada skill dan cara menyelesaikan masalah yang diperkenalkan. Semuanya kita dapat daripada teknik 'try and error', kerana ujian bagi se...

Solat dan Pengurusan Masa

Apakah perkaitan antara solat dan pengurusan masa? Ramai yang menjaga solat tetapi gagal menguruskan masa, apakah itu kesan positif daripada solat kepada beliau? Sebagai seorang Muslim kita disuruh mengerjakan solat dalam waktu-waktu yang ditetapkan, iaitu lima kali sehari semalam. Setiap waktu solat ada garis waktu yang tertentu yang mesti kita ikuti, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar waktu-waktu tersebut mengikut citarasa kita sendiri. Waktu-waktu solat adalah gambaran awal bagi umat Islam tentang pengurusan masa, jika umat Islam mampu mengurus waktu solat mereka, banyaklah kebaikan yang akan terhasil daripadanya. Namun begitu kadang-kadang kita bertemu dengan insan yang begitu menjaga waktu solat, akan tetapi tidak berdisiplin dalam menjaga masa, seolah-olah solat dan kehidupan diluar solat ada pemisahnya. Apakah tindakan kita bila berhadapan dengan situasi sebegini? Apakah kita cuma mengikut cara mereka tanpa bertindak untuk memperbaikinya? Apa yang penting umat Isla...

Lemahkah Wanita?

Dalam dunia moden hari ini, kadang-kadang kita menjadi mudah lemah dengan bisikan yang datang menganggu. Mengapa pula saya berkata begitu? Ini kerana hasil pemerhatian saya terhadap apa yang berlaku disekeliling, termasuklah diri-sendiri. Bila bersembang dengan rakan-rakan pula, saya rasakan memang betul agakan saya, iaitu wanita menjadi begitu lemah dengan adanya teknologi baru, terutama telefon. Malah bila kita mendengar ceramah-ceramah agama kita selalu disogokkan dengan idea agar kita selalu menghubungi keluarga, sanak-saudara dan lain-lain agar ikatan persaudaraan terjalin erat. Memang betul anjuran sebegitu patut diamalkan, akan tetapi apabila ia dijadikan asbab untuk menunjukkan tahap ketaatan anak kepada ibubapa, ia akan menyusahkan hidup kita. Bayangkan seorang anak yang merantau ke luar negara, kemudian terpaksa menelefon si ibu hampir setiap hari semata-mata untuk menjaga hati si ibu. Jika tidak dilakukan kerana sibuk, maka jatuhlah gelaran 'anak derhaka'....

Pasangan Hidup

Suami dan Isteri merupakan entiti masyarakat yang tidak boleh dipandang rendah, peranan masing-masing amat penting dalam membangunkan satu-satu kawasan.  Jika baik hubungan mereka amanlah masyarakat disekeliling, kerana mereka adalah peneraju masyarakat kecil disekeliling mereka, yang terdiri daripada anak-anak, ibubapa, mertua, adik-beradik dan ipar duai. Pendek kata susunan masyarakat dalam Islam begitu menarik jika kita fikirkannya. Namun begitu semuanya bermula daripada diri kita, pastikan kita memahami betul-betul apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita. Apakah yang ingin kita kejar dalam hidup ini? Apakah kita benar-benar mencintai kehidupan kita, serta berusaha dengan sebaik-baik cara untuk memperolehi kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat. Ataupun kita masih belum mengerti apa sebenarnya yang kita inginkan? Bila kita tidak jelas apa yang ingin kita capai dalam hidup ini, serta mencarinya daripada orang lain, hingga ke akhirnya kita tidak akan berasa tenang. Jika k...

Surirumah Lagi

Sekadar berkongsi pengalaman bergaul dengan surirumah yang sama-sama merantau. Ada macam-macam cerita boleh dibuat teladan, dan boleh difikirkan bersama-sama. Bila melihat situasi yang dialami oleh mereka, saya terfikir kembali betapa sukarnya hidup wanita yang telah berkeluarga dan bekerja diperantauan. Ada beberapa orang kawan wanita yang merantau seorang diri, tinggalkan suami dan anak-anak di negara sendiri demi mencari pendapatan lebih untuk kebaikan keluarga. Memang kagum melihat keberanian mereka, serta kesanggupan mereka berkorban, namun begitu hati saya tertanya-tanya tenangkah hati mereka meninggalkan suami dan anak-anak. Apakah tugas mendidik anak-anak boleh ditukarganti? Ada pula yang merantau untuk sama-sama bekerja, dan sama-sama menjaga anak-anak. Akan tetapi bebanan kerja, serta tuntutan kerja menyebabkan perasaan anak-anak kecil terabai. Bayangkan ada yang terpaksa tinggalkan anak-anak kecil sendirian dirumah kerana giliran kerja yang tidak menentu. K...

Cerita Seorang Raja...

Alhamdulillah saya telah berkesempatan membaca beberapa buah buku-buku motivasi barat pada bulan lepas, diantaranya buku 'The Magic of Thinking Success' oleh Dr. David J Schwartz, 'Iktashif nafsika min jadid' buku terjemahan daripada bahasa Jerman tulisan Kurt Tepperwein, serta sebahagian daripada buku 'The secret' yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.  Dalam masa yang sama sempat membaca beberapa buah buku Arab yang agak menarik pada pandangan saya. Inilah rezeki bila berkunjung ke perpustakaan, membaca buku disana tidak sama dengan membaca dirumah. Bila membaca dirumah, fokus kita akan lari ke tempat lain, memikirkan urusan rumahtangga yang tidak habis-habis. Akan tetapi apabila berada di perpustakaan kita akan lebih fokus kepada matlamat yang kita gariskan sebelum masuk ke situ. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah tentang satu cerita yang diulangcerita dalam kebanyakan buku motivasi barat iaitu tentang Raja dan pemikir hebat di negara mereka. ...

Mengapa Wanita Berubah Selepas berkahwin?

Apakah aku wanita didalam gambar ini? Betulkah aku dalam gambar itu? Macam-macam lagi perkataan yang akan terlintas difikiran ketika melihat wajah kita suatu ketika dulu. Apakah itu menandakan perubahan yang wanita lalui dalam fasa hidup mereka? Ini adalah salah satu tajuk perbincangan yang terdapat dalam majalah "Almara' Alyoum" minggu lepas. Bagi orang-orang Arab memang terdapat perbezaan yang jelas diantara wanita bujang dan selepas berkahwin. Ini kerana kebanyakan wanita berubah dari segenap sudut selepas berkahwin, apatah lagi wanita yang bergelar surirumah sepenuh masa. Memang terdapat banyak perbezaan antara gaya hidup wanita Arab yang berkahwin dan sebaliknya. Ini kerana selepas berkahwin setiap tindak-tanduk terpaksa dijaga, malah mesti mendapat kebenaran suami sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Sebenarnya itulah cara hidup wanita Muslim, tapi apabila terpaksa mendapat kebenaran untuk melakukan setiap urusan, ia menyempitkan langkah wanita, dan menyebabkan te...

Semua Insan Hebat

Sekadar berkongsi satu pengalaman saya semenjak dulu iaitu sentiasa memikirkan orang lain hebat. Alhamdulillah semenjak berada dibangku sekolah rendah lagi, saya sentiasa melihat kepada kelebihan orang lain terutama jiran-jiran sekampung. Ia menjadi begitu memuncak ketika berada di MMP, setiap pelajar terbaik di sekolah ketika itu adalah insan yang teramat hebat pada kacamata saya sampai kini. Ada antara mereka terus menempa kejayaan, ada pula yang tenggelam tanpa berita tentang mereka. Di antara kegemaran saya ialah membaca nama-nama pelajar terbaik dalam setiap keputusan peperiksaan penting di sekolah, tapi saya tidak meletakkan nama sendiri disitu. Mungkin itulah kelemahan diri ini, terlalu memandang rendah kebolehan diri sendiri. Ketika itu saya tidak pernah memikirkan apa yang ada pada diri sendiri, yang saya tahu hanyalah hadir ke sekolah setiap hari. Bak kata orang zaman sekarang, tidak meletakkan matlamat diri, apa yang ingin dicapai serta apa matlamat untuk masa...

Susah-Payah Mengejar Ilmu

Sememangnya ilmu yang didapati setelah kita bersusah-payah amat berkesan dalam hati malah mempunyai nilai yang amat tinggi pada kita. Bayangkan seorang pelajar yang terpaksa berulang-alik ke sekolah dalam jarak yang amat jauh, ditambahi kesukaran pengangkutan serta pelbagai lagi kesusahan, jika dia berjaya mengharunginya bermakna dia telah berjaya melepasi ujian tersebut. Malangnya anak-anak hari ini terlalu manja untuk menempuhi kesukaran itu, seboleh-bolehnya mereka ingin dihantar ke pintu pagar sekolah dalam keadaan yang amat senang. Sekalipun mereka berfikir, jarang yang terfikirkan kesukaran anak-anak orang susah yang terpaksa berkorban untuk mendapat ilmu. Mungkinkah inilah penyebab ilmu yang tidak meresap ke dalam hati? Juga apakah ini penyebab wujudnya ramai anak-anak yang tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain? Jika dikenangkan kisah hidup sebagai pelajar dahulu, teringatlah kisah-kisah betapa susahnya untuk keluar kampung untuk menunggu bas sekolah untuk sampai ke band...

Perancangan Ramadhan

Alhamdulillah kita semakin hampir memasuki bulan Ramadhan, bulan rahmat, berkat dan penuh pengampunan. Apakah kita telah membuat perancangan untuk menyambut kedatangan Ramadhan kali? Ataupun kedatangannya adalah seperti tahun-tahun yang lepas. Para ulama selalu berdoa "Allahumma balligni Ramadhan". Itulah sebaik-baik doa agar kita sempat merasa kedatangan Ramadhan kali ini dan seterusnya. Bila bercerita tentang perancangan Ramadhan, kita dapati peniaga-peniaga lebih berminat merancang untuk menyambutnya. Pelbagai perancangan yang mereka buat untuk mendapat keuntungan material sepanjang Ramadhan ini. Perancangan yang dibuat bukan bermula hari ini malah semenjak awal tahun lagi, malah ada yang terus merancang sejurus berakhirnya Ramadhan tahun lepas. Begitulah hebatnya manusia merancang untuk mendapat keuntungan duniawi. Malah di TV juga sudah berbulan-bulan iklan tentang rakaman program TV untuk hariraya disiarkan. Namun kita jarang terdengar orang yang merancang untuk pengisi...

Kuasailah Diri Sendiri

Manusia dijadikan oleh Allah swt untuk menjadi khalifah di alam ini. Manusialah yang akan mentadbir alam ini, sekiranya baik sistem pentadbiran yang diamalkan akan baiklah alam ini, begitu juga sekiranya manusia gagal mentadbir akan hancur binasalah alam ini. Namun begitu para malaikat telah berpendapat (sewaktu diberitahu bahawa Allah akan mencipta manusia) bahawa manusia akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di alam ini. Memang benar pendapat tersebut dan kita banyak mendengar berita tentang pertumpahan darah sesama manusia yang diceritakan dalam sejarah semenjak zaman Nabi Adam alaihissalam lagi. Manusia sering menghadapi pertarungan dalam dirinya sehinggalah beliau menang atau kalah, atau terus menghadapi pertarungan itu. Malah pertarungan ini adalah pertarungan yang sengit dan berterusan hinggalah manusia menemui ajal. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmannya yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa ...

Makanan Rohani

Alhamdulillah, bersyukurlah kerana kita masih berselera untuk makan. Kita masih mampu makan beberapa kali setiap hari. Bermacam-macam jenis makanan kita masukkan ke dalam perut kita setiap hari. Malah ramai yang selalu menghitung 'nak makan apa hari ini?', 'kat mana kita nak makan hari ini?' serta pelbagai lagi ungkapan berkaitan dengan makanan. Bagi para surirumah pula, memasak makanan merupakan tugas harian. 'Nak masak apa hari ini?' itulah ungkapan yang sentiasa diulang setiap hari. "Susahkah nak masak Umi?" Itulah soalan anak-anak saya bila saya bertanya mereka apa yang mereka ingin makan. Bukan susah nak masak, cuma kadang-kadang bosan memasak makanan yang sama. Bagi saya cara terbaik untuk surirumah lakukan ialah mengadakan menu harian, jadi ia dapat mengurangkan persoalan 'nak masak apa hari ini?'. Inilah makanan yang akan masuk ke mulut dan turun ke perut kita. Jarang kita dengar orang melupakannya. Ada pula yang terlebih makan, malah j...

Jalan-jalan Cari Buku

Alhamdulillah, semenjak balik kampung saya berkesempatan untuk membeli dan membaca beberapa buah buku. Antaranya buku Quranic Law of Attraction oleh Rusdin S. Rauf yang berjaya saya habiskan dalam masa sehari setengah. Memang menarik perbincangan yang disampaikan oleh penulis ini. Memang lama tak membaca buku-buku dalam bahasa Melayu, jadi bila dah dapat tunggu apa lagi. Buku ini menceritakan tentang bagaimana menyerlahkan potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran. Namun yang paling menarik ia memberikan hujah-hujah yang mampu menarik masyarakat kita agar lebih mencintai Quran. Entah kenapa hati saya memilih buku ini untuk dibeli, rupa-rupanya ia banyak menyentuh tentang potensi diri serta cara untuk mencapai kejayaan sejati di dunia dan di akhirat. Di samping itu saya juga berkesempatan untuk membaca beberapa buah buku motivasi lain. Seronoknya bila berkesempatan untuk mengikut segala keinginan hati, moga segala ilmu yang diperolehi akan mampu membantu saya me...

Mengapa Wanita Mesti Belajar?

Ada kawan yang berada dirumah merungut "Kalaulah aku tahu yang aku akan berada dirumah tak payah lah susah-susah belajar, belajar memasak, menjahit itupun dah mencukupi". Ada juga yang terasa "buat letih je belajar tapi berada dirumah". Itu rezeki kita dan ketetapan yang dah tersurat. Ada banyak hikmah yang boleh kita pelajari dari situ. Apakah sama orang yang belajar dan tidak belajar?Sememangnya tidak akan sama orang yang tahu dan tidak tahu, walauapapun ilmu yang pernah pelajari. Ini kerana apabila belajar, kita telah menempuh pelbagai ujian, bagaimana nak menguruskan masa, menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan, belajar menegakkan hujah kita serta pelbagai lagi ilmu sampingan yang tidak diperolehi oleh orang yang tidak pernah belajar. Allah swt berfirman dalam surah Az-zumar:9: "Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". Jadi keperlua...