Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Seni Khat

Teknik Menulis Khat Nasakh Secara Cepat

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah membuka ruang untuk saya berkongsi kemahiran menulis khat dengan beberapa penggemar seni ini di sini. Sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba menghidupkan kembali bakat ini, tetapi akhirnya ia terhenti. Puncanya saya melihat ilmu ini terlalu mudah, tidak bermanfaat buat diri sendiri serta pelbagai lagi fikiran negatif. Akhirnya ilmu yang bertahun-tahun dipelajari secara formal sewaktu zaman persekolahan terpendam begitu saja, terutama apabila saya mula menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di sini, saya dipertemukan dengan beberapa orang guru sekolah anak-anak saya yang menyedari bakat ini, serta meminta saya mengajarkannya kepada pelajar mereka. Alhamdulillah saya sempat beberapa kali berkongsi teknik menulis khat dengan pelajar sekolah anak-anak saya. Kemudian beberapa orang jiran meminta saya mengajar mereka untuk menulis dengan kaedah yang betul. Setelah beberapa kali mencuba beberapa kaedah, akhi...

Hebatnya Teknologi Para Sahabat Rasulullah SAW

Imej
 Gambar empangan air di Qairawan Alhamdulillah...akhirnya dapat berkongsi sedikit gambar-gambar yang diambil semasa kami melawat bandar Qairawan, sebuah pusat pemerintahan Islam di Afrika Utara pada zaman pembukaan Islam yang dilakukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Bandar Qairawan terletak lebih kurang 50km daripada tempat tinggal suami saya di Sousse, Tunisia. Namun begitu ia merupakan tempat terakhir yang sempat kami lawati semasa kami ke Tunisia, iaitu sehari sebelum kami berangkat balik ke Oman semula. Bandar bersejarah ini amat menarik perhatian saya, namun begitu saya tidak sempat melawat kesemua peninggalan sejarah dibandar ini.  Empangan dari sudut lain Apa yang jelas kerajaan Tunisia begitu mengambilberat segala peninggalan sejarah dengan menjaga serta membaikpulihnya. Inilah bukti teknologi yang digunakan oleh para sahabat Rasulullah SAW untuk memudahkan penduduk yang diperintah Salah satu daripada kemudahan tersebut...

Sekadar Berkongsi....Tulisan kita mencerminkan Peribadi

Alhamdulillah hari ini kita akan berkongsi tentang tulisan kita mencerminkan peribadi. Sebenarnya saya terbaca tentang ini dalam satu majalah, dan teringin berkongsi disini agar dapat sama-sama kita fikirkan. Tulisan yang dibincangkan disini bermaksud 'tulisan tangan' ataupun 'khat' sebagaimana yang digunakan dalam majalah tersebut, bukannya penulisan. Dalam dunia hari ini, kita banyak bergantung kepada komputer dalam urusan menulis sesuatu, termasuklah dalam menyediakan papan tanda-papan tanda dan poster. Kita lebih senang menggunakan perisian komputer serta memilih apa juga bentuk tulisan yang diingini dengan mudah dan cepat.  Dalam keghairahan menggunakan komputer, kita terlupa untuk memperbaiki tulisan tangan kita. Ramai daripada kita lebih senang mengaku, 'tulisan saya tidak cantik', 'tulisan macam tulisan doktor' serta pelbagai lagi ungkapan yang menggambarkan bahawa kita menerima dengan mudah kekurangan ini.  Di dalam artikel tersebut, penulis...

Oh Seni Khat...

Alhamdulillah malam tadi kami sekeluarga sempat berkunjung ke Pusat Seni Halus (Funun Tashkiliyyah) berdekatan Massa Mall disini. Semuanya kerana seni khat...kami baru mendapat tahu bahawa ada kelas khat diadakan disitu setiap kali Selasa. Maka dengan semangatnya kami berkunjung ke situ, tetapi hampa dengan apa yang ada. Ia hanyalah perjumpaan beberapa orang yang berminat dengan seni khat termasuklah beberapa orang yang berminat untuk belajar. Apa yang menggembirakan kami ialah pertemuan dengan seorang wanita Amerika yang begitu tekun belajar seni khat. Menurut beliau, sebelum ini dia adalah pelukis malah masih lagi melukis, kemudian sejak setahun lepas dia mula mendalami seni khat. Sebelum ini saya pernah membaca cerita orang Jepun yang memeluk Islam kerana seni khat, seterusnya mempelajari ilmu ini serta menghasilkan karya yang amat hebat serta membuat pameran khat di negara Arab. Apakah yang ada dalam seni ini? Bila melihat cara mereka belajar, saya terkenang kembali waktu belaj...

Surirumah dan Seni Khat

Imej
Alhamdulillah saya telah berkesempatan menghadiri kursus Seni Khat khusus untuk surirumah anjuran Yayasan Restu dan Kementerian Wanita pada sesi 2003/2004. Ketika itu Yayasan Restu masih lagi bertempat di Sungai Buluh, Selangor. Tujuan utama saya menghadirinya adalah untuk mengimbas kembali ilmu yang pernah dipelajari ketika sekolah menengah, rupa-rupanya kursus itu memberikan sedikit sebanyak teknik menulis khat, kemudian difokuskan kepada penulisan khat dengan anak-anak. Memang banyak perkongsian yang diperolehi dari situ. Walaupun ketika itu anak-anak masih kecil tapi alhamdulillah ia banyak menjadi panduan kepada saya untuk mempraktikkannya hari ini. Sememangnya menulis khat boleh dijadikan aktiviti keluarga yang menarik, yang mana kita bersama-sama menulis dengan anak-anak. Biasalah kanak-kanak amat seronok apabila melakukan aktiviti bersama-sama dengan ibubapa, jadi ia akan membantu mereka mempelajarinya dengan lebih mudah. Saya cuma menjadikannya sebagai satu latihan bersama-sa...

Tujuan Belajar Khat

Seni Khat adalah satu seni yang abstrak, tapi mudah untuk dipelajari kerana ia mempunyai kaedah yang jelas. Walaupun ia semakin dilupai, ia tetap dipelajari oleh orang-orang yang meminatinya. Cuma ramai yang tidak jelas tentang tujuan mempelajarinya, termasuklah saya suatu ketika dulu. Di Oman, pelajaran seni khat mula diperkenalkan dalam matapelajaran Bahasa Arab semenjak darjah tiga asasi. Akan tetapi ia tidak menitikberatkan sistem yang tersusun, menyebabkan ia tidak dapat menarik minat pelajar. Pelajar cuma dibekalkan dengan buku khat yang memfokuskan tulisan kata-kata hikmah, tanpa asas menulis yang jelas. Bermula darjah lima pelajar akan diberi buku khat riqaah, juga tanpa kaedah yang jelas. Begitulah kedudukan seni ini, walaupun keperluannya amat meluas untuk ditulis di semua papan tanda. Memandangkan urusan ini boleh dilakukan dengan komputer, jadi seni ini dianggap tidak memberi erti lagi. Malangnya tulisan khat yang dihasilkan melalui komputer tidak memaparkan kesenian ini ke...

Keindahan Seni Khat Al-Quran

Satu seni yang dah sebati dengan saya semenjak sekolah menengah lagi ialah seni khat. Saya memang minat sangat dan sempat berguru dengan pakar seni khat di Kelantan alhamdulillah. Kalau pergi ke mana-mana dan terjumpa tulisan khat saya akan cuba hayatinya, kalau yang berbunga-bunga tu memang mengambil masa untuk membacanya tapi hati akan rasa puas. Masa saya banyak dihabiskan untuk menulis dan belajar khat, dan dari situ saya belajar untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam apa-apa urusan. Ini kerana menulis khat memerlukan tumpuan yang amat tinggi agar tulisan nampak cantik dan kemas, sekiranya tidak berhati-hati hasilnya akan mengecewakan diri sendiri. Begitu juga pernafasan mesti dijaga sebaik-baiknya agar tangan tidak terketar-ketar semasa menulis. Pendek kata banyak faedah yang saya dapati daripada minat ini walaupun dulu-dulu tidak saya sedari. Begitulah seni yang berkaitan dengan Al-Quran, penulisannya berkembang dan diperbaiki dari satu generasi ke satu generasi lain. Sekiranya k...