Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kelas Advance CDPR

Cerita Masa Kecil

Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan tentang kebiasaan saya dan apa yang berlaku. Bila mengimbas kembali sikap dan personaliti saya sewaktu kecil, ia amat berbeza daripada saya sekarang. Ya, saya anak yang sentiasa membuat sesuatu mengikut kehendak hati. Saya bebas berjalan ke mana-mana dan menziarahi sesiapa saja semasa kecil. Oleh sebab itu saya mengenali dan rapat dengan ramai orang. Ketika darjah tiga Ayah membelikan basikal untuk kegunaan keluarga, dan saya mula belajar mengayuhnya. Saya masih ingat kali pertama belajar saya terjatuh ke dalam parit disebelah taliair. Ketika itu saya tidak sempat membrek basikal, dikiri saya taliair dan sebelah kanan parit besar dan dalam. Saya terjatuh ke sebelah kanan, iaitu sebuah parit besar. Ketika itu taliair tersebut hanya beberapa tahun dibina, begitu juga parit besar disebelahnya. Saya sempat melihat kejernihan air taliair yang dikawal untuk kegunaan menanam padi. Sayangnya hari ini taliair yang cantik itu tidak terjaga, dan di...

Kelas Advance CDPR -1

Imej
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang mengikuti secara live kelas Advance "Cermin Diri Pantulan Rezeki" yang dikendalikan oleh Coach Nora Zyan dari Satria Cinta. Kelas ini akan berlangsung selama dua bulan. Sebelum ini saya mengikuti kelas Cermin Diri Pantulan Rezeki selama 31 hari. Kelas yang berlangsung selama sebulan dengan pelbagai terapi itu amat menarik dan banyak membantu saya mengurus emosi. Bagi saya, menuntut ilmu itu amat perlu setiap masa, tidak kira lah secara berdepan atau online. Memandangkan saya berada jauh dari Tanahair, saya memilih untuk belajar secara online. Apa yang best sangat tentang kelas ini? Ia adalah sambungan perkongsian yang saya pelajari sebelum ini, malah lebih mendalam. Bagi saya, kita amat perlu kepada ilmu mengurus emosi, kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan kita dengan insan disekeliling kita. Sekiranya kita mampu mengurus emosi dengan baik, kita akan merasa tenang dan bahagia setiap masa. Dalam kelas hari ini kami belajar t...