Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Jalan-jalan Cari Buku

Alhamdulillah, semenjak balik kampung saya berkesempatan untuk membeli dan membaca beberapa buah buku. Antaranya buku Quranic Law of Attraction oleh Rusdin S. Rauf yang berjaya saya habiskan dalam masa sehari setengah. Memang menarik perbincangan yang disampaikan oleh penulis ini. Memang lama tak membaca buku-buku dalam bahasa Melayu, jadi bila dah dapat tunggu apa lagi. Buku ini menceritakan tentang bagaimana menyerlahkan potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran. Namun yang paling menarik ia memberikan hujah-hujah yang mampu menarik masyarakat kita agar lebih mencintai Quran. Entah kenapa hati saya memilih buku ini untuk dibeli, rupa-rupanya ia banyak menyentuh tentang potensi diri serta cara untuk mencapai kejayaan sejati di dunia dan di akhirat. Di samping itu saya juga berkesempatan untuk membaca beberapa buah buku motivasi lain. Seronoknya bila berkesempatan untuk mengikut segala keinginan hati, moga segala ilmu yang diperolehi akan mampu membantu saya me

Adat Solat Hajat

Alhamdulillah setiap kali pulang bercuti dikampung, kami berkesempatan mengikuti satu adat yang amat penting bagi masyarakat kampung iaitu solat hajat. Ini kerana masa cuti kami selalu jatuh pada masa pendaftaran pelajar baru di institusi pengajian tinggi Malaysia. Jadi di sana sini orang kampung mengadakan acara solat hajat untuk anak-anak mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Inilah satu adat baru dalam masyarakat kita, tapi ia semakin popular hinggakan dianggap kemestian bagi ibubapa mengadakannya. Kami juga berkesempatan merasakan keseronokannya alhamdulillah. Buat minggu ini, setiap hari ada saja acara solat hajat diadakan kerana hujung minggu ini adalah tarikh pendaftaran pelajar baru di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Selalunya solat hajat ini disusuli dengan acara makan-makan. Alhamdulillah inilah kesempatan untuk saya bertemu dengan jiran tetangga serta rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu. Di Kelantan, itulah adat yang dihidup

Hubungan Kaum-Kerabat

Dalam dunia hari ini, hubungan kaum-kerabat semakin luntur, ramai yang kurang mengendahkan saudara-mara dalam hidup mereka. Maka wujudlah satu keadaan dimana keluarga menjadi kecil yang hanya terdiri daripada ibubapa, adik-beradik dan sepupu sahaja. Semakin hari istilah dua pupu, tiga pupu serta pertalian keluarga besar semakin dilupakan. Ramai yang sudah tidak mengenali antara satu sama lain. Inilah satu kehilangan besar dalam adat melayu. Masyarakat Melayu suatu ketika dulu amat mengambil berat tentang pertalian keluarga, serta darah keturunan mereka, namun hari ini adat ini hilang ditelan zaman. Mungkinkah kesibukan ibubapa menyebabkan mereka tidak sempat memperkenalkan anak-anak mereka kepada saudara-mara? Ataukah ia berpunca daripada ketidakprihatinan mereka untuk menjaga hubungan ini? Saya masih teringat semasa zaman kanak-kanak, setiap kali musim perayaan kami akan dibawa oleh nenek mengunjungi kaum-kerabat ini, semata-mata untuk memperkenalkan kami kepada saudara-mara yang lain

Wajah-wajah Itu - Surirumah

Alhamdulillah kesempatan berada dikampung kali ini, memberi peluang kepada saya untuk duduk bersama-sama dengan surirumah. Para surirumah yang amat saya kenali semenjak zaman kanak-kanak lagi, tapi hari ini mereka tidak lagi segagah dulu. Wajah-wajah itu yang amat murah dengan senyuman, masih tetap seperti dulu. Mereka masih lagi berkumpul di surau untuk sama-sama melakukan ibadat, berjalan kaki dari rumah setiap waktu solat semata-mata untuk solat berjemaah bersama-sama. Di surau juga saya rapat dengan mereka sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Terasa begitu cepat masa berlalu, kerana wajah-wajah itu kini semakin tua, malah anak-anak mereka yang menjadi teman sepermainan juga semakin berusia. Begitulah kitaran hidup... Barulah terasa begitu lama penghijrahan saya mengejar ilmu, kemudian merantau ke negara orang. Saya amat kagum dengan para surirumah tersebut semenjak dulu, malah merekalah contoh kejayaan surirumah dalam mendidik anak-anak. Kejayaan anak-anak diganti dengan menyambut kejay

Redhalah Bila Berada Jauh

Dalam dunia hari ini ramai yang memilih untuk berkahwin dengan orang yang jauh, belajar di negara luar, bekerja di luar negara serta pelbagai lagi urusan yang menyebabkan kita berada jauh dari ahli keluarga. Seharusnya kita memahami bahawa pilihan kita, akan mengubah banyak perkara dalam hidup kita. Apabila kita berada jauh daripada ahli keluarga, kita akan ketinggalan banyak perkara berkaitan dengan ahli keluarga kita. Kita tidak dapat menikmati keseronokan berkumpul dengan ahli keluarga tersayang dalam upacara tertentu. Jadi seharusnya kita meredhai segala yang berlaku hasil pilihan kita. Jika kita lihat masyarakat dulu, amat menjaga hubungan silaturrahim ini, termasuklah menjaga kemaslahatan ahli keluarga dengan tinggal di kawasan berdekatan. Malah perkahwinan juga dijalinkan dengan pasangan yang tinggal berdekatan, agar senang menjaga hubungan kekeluargaan. Namun hari ini ramai yang tinggal berjauhan, kahwin dengan orang jauh menyebabkan ikatan kekeluargaan semakin longgar. Mungkin

Lama tak Menulis - Ujian Hidup

Alhamdulillah, pagi ini saya beroleh kekuatan untuk menulis lagi serta berkongsi beberapa peristiwa dengan sesiapa yang sudi membaca. Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada ujian, kecil ataupun besar, namun yang paling penting ialah bagaimana kita menerima ujian tersebut. Apakah kita meredhai setiap ujian tersebut serta berusaha untuk memperbaiki hubungan kita dengan pencipta kita ataupun kita menyalahkan-Nya. Moga-moga kita termasuk ke dalam golongon orang-orang yang menerima setiap ujian ke atas kita dengan positif. Hanya Allah yang tahu akan hikmahnya. Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa kita akan diuji oleh Allah, ujian yang mampu mengubah segala tindak-tanduk kita. Apabila terlalu banyak ujian yang kita hadapi, kita akan lebih tertumpu untuk menyelesaikan segala ujian tersebut, sehinggakan kita melupakan banyak urusan lain yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia. Kita terlupa bahawa kehidupan yang singkat ini seharusnya dipandu dengan baik tanpa mengabaikan hu

Waktu Solat dan Warna Alam

Ada kawan mengforwardkan e-mail tentang solat di awal waktu yang amat menarik, serta berkaitan dengan ilmu CVT yang pernah saya pelajari suatu ketika dulu. Jadi saya paparkan disini sebagai renungan kita bersama. "Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ? Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dala

Balik Kampung

Alhamdulillah akhirnya sempat juga menulis di sini walaupun sudah berhari-hari mencuba untuk menulis. Masalahnya line internet kat sini sangat perlahan dan terputus-putus, jadi terpaksa bersabar lah dengan keadaan ini. Adalah hikmahnya tu... Alhamdulillah beberapa hari berada di kampung amat seronok, terutama apabila melihat kehijauan pepohon. Memanglah terlalu jauh bezanya... hanya orang yang pernah mengalaminya akan terasa keadaan ini. Jadi sepatutnya kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah kepada kita di Malaysia. Teringat setiap kali perjalanan pergi dan balik bercuti kami selalu bertemu dengan orang Oman yang datang bercuti di Malaysia. Mereka menyatakan betapa seronok berada di Malaysia, malah beberapa orang yang pernah saya temui memiliki rumah sendiri di sini. Mereka selalu menghabiskan masa cuti mereka berbulan-bulan di Malaysia, ada yang datang tiga kali setahun serta pelbagai lagi. Memang cemburu juga bila mendengar orang luar datang 3 kali setahun sedangkan kami c

Menulis Hilangkan Stress

Alhamdulillah pagi ini terbaca satu artikel tentang penulisan yang boleh dijadikan terapi kepada sesiapa yang amat suka berfikir. Memang kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita asyik berfikir tentang perkara yang sama, yang sebenarnya satu penyakit yang boleh diubati jika kita tahu caranya. Memang mudah untuk memperkatakannya, tetapi amat sukar untuk melakukannya, apatah lagi untuk meluahkan segala-gala isihati kita. Sememangnya itulah kelebihan yang boleh kita dapati daripada seseorang yang suka menulis. Kadang-kadang kita tertanya-tanya 'bagaimana dia mampu kelihatan gembira sepanjang masa?'. Sebenarnya dia juga menghadapi masalah dan tekanan akan tetapi dia tahu bagaimana cara menghilangkan ketegangan tersebut. Usaha yang pertama ialah BERUBAH, kita perlu berubah dengan meluahkan segala masalah yang kita hadapi, sama ada dengan mengadu kepada Yang Maha Esa, meluahkan kepada seseorang yang boleh dipercayai ataupun menulis. Pilihlah yang paling senang untuk kita lakukan...

Siapa Sepatutnya Pakar Ilmu Agama?

Fenomena yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah melihat ilmu agama cuma sebagai ilmu pelengkap saja, bukannya ilmu asas yang seharusnya dimiliki oleh setiap orang Islam. Sebab itu kita dapat melihat ramai umat Islam hari ini tidak berminat untuk mendalami ilmu agama ini sebelum mendalami ilmu-ilmu lain. Fenomena ini berlaku dimana-mana saja, malah para ulama sendiri menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang yang mampu memberikan pendapatan lumayan pada hari ini. Kemampuan memiliki anak-anak yang bergelar jurutera, doktor, saintis, akauntan, pakar komputer dan lain-lain jawatan hebat hari ini dibangga-banggakan. Dalam masa yang sama ibubapa yang mempunyai anak-anak yang belajar bidang agama seolah-olah tiada nilainya dalam dunia hari ini. Inilah yang dinamakan untuk kemaslahatan ummah...kerana anak-anak mempelajari bidang yang amat diperlukan pada hari ini. Malah ibubapa yang mampu bermenantukan jurutera, doktor, akauntan dan lain-lain jawatan hebat juga dianggap hebat. Jika

Mengapa Wanita Mesti Belajar?

Ada kawan yang berada dirumah merungut "Kalaulah aku tahu yang aku akan berada dirumah tak payah lah susah-susah belajar, belajar memasak, menjahit itupun dah mencukupi". Ada juga yang terasa "buat letih je belajar tapi berada dirumah". Itu rezeki kita dan ketetapan yang dah tersurat. Ada banyak hikmah yang boleh kita pelajari dari situ. Apakah sama orang yang belajar dan tidak belajar?Sememangnya tidak akan sama orang yang tahu dan tidak tahu, walauapapun ilmu yang pernah pelajari. Ini kerana apabila belajar, kita telah menempuh pelbagai ujian, bagaimana nak menguruskan masa, menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan, belajar menegakkan hujah kita serta pelbagai lagi ilmu sampingan yang tidak diperolehi oleh orang yang tidak pernah belajar. Allah swt berfirman dalam surah Az-zumar:9: "Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". Jadi keperlua

Musim Cuti Bermula...

Entah apa yang nak diceritakan pun tak tahu, maklumlah sekarang saya agak sibuk dengan anak-anak dirumah serta membuat persiapan percutian musim panas. Biasalah kat sini bila cuaca terlalu panas, maka ramailah ibubapa yang memberi cuti sendiri kepada anak-anak mereka. Ini cerita tentang pembelajaran di sekolah kerajaan disini... Dah dekat empat tahun di sini, perkara yang sama berulang iaitu cuti sekolah bermula awal lebih kurang dua minggu daripada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Biasanya anak-anak saya adalah antara pelajar terakhir bercuti kerana mereka amat seronok ingin ke sekolah. Malah mereka sentiasa memberitahu bahawa sesiapa yang cuti 3 hari tidak akan dibenarkan untuk ke sekolah semula. Jadi minggu ini mereka berkata: "dah tiga hari kita cuti, mesti cikgu tak bagi kita pergi sekolah semula." Tahun ini juga mereka tetap ke sekolah hinggalah saya tidak membenarkan mereka ke sekolah, apa taknya, pada hari terakhir mereka ke sekolah cuma tinggal satu dua ora

Sekadar Berkongsi....Perkataan yang Indah

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi satu kisah yang saya terima dalam e-mail sebagai peringatan kepada kita agar bersyukur dengan apa yang kita ada. Mula-mula terasa kelakar membaca cerita tersebut akhirnya ia memberi banyak pengajaran dan peringatan buat diri ini. Memandangkan ia ditulis dalam bahasa Arab jadi terpaksalah saya menterjemahkan cerita tersebut... "Kisah seorang lelaki yang ingin menjual rumahnya dan berpindah ke rumah yang lebih baik. Maka beliau pergi bertemu dengan salah seorang sahabatnya, iaitu seorang pakar pemasaran dan meminta tolong agar menulis satu iklan untuk menjual rumah beliau. Kawan beliau yang amat mengenali rumah tersebut dengan senang menulis iklan dengan ditil menceritakan kehebatan rumah tersebut yang terletak di kawasan strategik dan cantik, halaman yang luas, reka bentuk yang cantik dan menarik serta bercerita tentang taman, hamam serta pelbagai. Kemudian beliau membacakan iklan tersebut kepada tuan rumah yang ternanti-nanti ingin mendengar i