Mengaji Quran ketika Haid
Salam Ramadhan.... Bersempena bulan yang mulia ini, ramai surirumah berusaha untuk bertadarrus quran dengan niat untuk menghabiskan bacaan pada bulan ini. Moga Allah memudahkan kita memenuhi niat murni ini. Namun begitu ramai yang merasakan impian mereka tidak mampu dicapai kerana haid. Bagi yang terpaksa bercuti beberapa hari sehingga 15 hari (maksimum) ketika haid, keinginan tersebut dianggap mustahil. Ini kerana kita terpaksa menggandakan bacaan tersebut. Bagi yang sudah biasa mengaji quran sejuzuk sehari pada bulan-bulan biasa, selalunya tidak menghadapi masalah untuk menggandakan bacaan tersebut. Akan tetapi bagi ramai yang masih belum lancar mengaji, akan terasa berat untuk menghabiskan satu juzuk sehari. Dalam masa yang sama, kita telah diberitahu bahawa "wanita haid tidak boleh mengaji quran", malah ada sesetengah guru agama tidak membenarkan menyebutkan apa-apa huruf Arab kerana menganggap ia adalah daripada Al-Quran. Ramai juga yang tertany...