Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Awal Muharram 1438H

Assalamualaikum dan Salam Awal Muharram. Alhamdulillah sekali lagi kita melangkah ke tahun baru hijrah. Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya, dipayungi kerahmatan Allah swt serta dipermudahkan segala urusan. Tahun ini Oman melangkah ke tahun baru hijrah pada hari Isnin bersamaan 2 Oktober 2016. Pengumuman dibuat setelah ahli falak tidak dapat melihat anak bulan Muharram. Itulah kebiasaan disini, setiap permulaan bulan Islam adalah berpandukan kepada aktiviti melihat anak bulan. Waktu terus berputar, setiap hari kita berpeluang mengutip pelbagai pengalaman, sebagai panduan menjalani kehidupan di alam ini.  Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun lepas, serta saya dipertemukan dengan insan-insan yang sudi berjuang bersama, serta ikhlas bersahabat kerana Allah swt.  كل عام وأنتم بخير.

Muscat Festival 2016

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi kekuatan untuk menulis disini. Ini tulisan pertama sebagai pembuka tahun 2016. Alhamdulillah bermacam-macam aktiviti sudah dilalui setakat ini, yang mana sambungan aktiviti lama. Di antara aktiviti tahunan Majlis Perbandaran Muscat@ Baladiyah Muscat ialah menganjurkan pesta Muscat. Tarikh biasa pesta ini ialah dari pertengahan bulan Januari hingga pertengahan Februari, iaitu pada cuti antara semester bagi pelajar sekolah dan universiti di sini. Kami sekeluarga selalu mengambil kesempatan untuk menyertai Muscat Festival setiap tahun. Ketika inilah kami berpeluang mengutip maklumat mengenai Oman dan negara-negara lain. Apa yang menarik pada Muscat festival kali ini? Sebenarnya kami sekadar ingin melihat apakah yang disediakan oleh penganjur program pada kali ini. Jadi kami mengambil kesempatan untuk mengunjungi Amerat Park, tempat program ini berlangsung. Kali ini anak kedua tidak berminat untuk hadir bersama-sama kerana b