Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tazkirah Hari ini

Mendidik Pembantu Rumah

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan insan yang memiliki akhlak yang begitu mulia. Baru sebulan saya mengenali insan tersebut, pertemuan yang tidak dirancang ketika saya menghadiri Nadwah Fiqh yang menghimpunkan ulama sedunia. Ketika itu saya menunggu sesi sebelah petang, manakala rakan tersebut menunggu suami beliau. Masa kosong tersebut kami isi dengan perbualan yang menyentuh pelbagai isu. Hari-hari seterusnya kami hanya bersapa ringkas, hinggalah pada hari terakhir Nadwah beliau meminta saya mengajar beliau teknik yang betul untuk menulis khat. Alhamdulillah tempat tinggal kami agak dekat, jadi saya berpeluang untuk menziarahi beliau. Sesungguhnya Allah ingin memberi pelbagai ilmu kepada saya, bila bersahabat dengan beliau. Di antara pelajaran pertama ialah berbuat baik serta menghargai pembantu rumah. Sememangnya saya begitu kagum dengan cara beliau mendidik pembantu rumah beliau yang berasal dari Etophia. Inilah kali pertama yang mendengar...

Bukan Bidang Saya!

Alhamdulillah akhirnya tergerak tangan ini untuk menaip entri baru disini. Moga segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.   Ini bukan bidang saya...saya tidak mahir dalam ilmu-ilmu sebegitu...ye ke tak tau, bukan bidang awak ke?   Dimana-mana kita melihat orang berlumba-lumba untuk mengkhususkan diri dalam bidang-bidang tertentu. Apabila sudah berjaya, maka mereka akan dianggap sebagai pakar bidang tersebut.   Betulkah kita sudah menjadi pakar dalam bidang tersebut dengan hanya segulung sijil atau ijazah?   Bila bercerita tentang bidang dan kepakaran, saya teringatkan satu hadis yang menjadi satu prinsip bagi saya..."apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan pakarnya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat".   Sebenarnya hadis inilah yang banyak mengingatkan saya, agar berhati-hati untuk berkata-kata, terutama bila tajuk tersebut bukanlah bidang saya. Jika dalam bidang sendiripun saya masih kurang yakin untuk menegaskan tent...

Perlukah Merancang?

Alhamdulillah bila duduk bercerita dengan anak-anak, macam-macam cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama, dalam masa yang sama sempat berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilalui.   Moga mereka dapat manfaatkan pengajarannya dalam kehidupan mereka nanti.   Anak sulung bertanya: "Umi, perlukah kita merancang sedangkan kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau tidak esok?"   Jawapan saya ialah dengan menyoal balik beliau agak berfikir, "jika kita tidak merancang dan orang lain merancang, apakah kita akan berjaya seperti mereka?"   Beliau menjawab: " tentulah tidak..."   Kemudian saya mula bercerita mengenai pelbagai contoh kejayaan perancangan termasuklah perancangan kerajaan Malaysia suatu ketika dulu...   Apa yang penting, jika kita merancang kita akan tahu halatuju kita, meskipun bukan semuanya mampu dipenuhi.   Paling kurang kita akan mampu menyiapkan separuh daripada perancangan tersebut, ...

40 tahun....dimanakah kita?

Bismillah... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mampu bernafas di bumi ini, serta masih mampu berkongsi sesuatu di blog ini.   Bermacam-macam soalan bermain difikiran, yang mana satu nak didahulukan, mana satu yang lebih penting? Apakah yang telah aku lakukan selama ini yang dapat memberi manfaat kepada insan lain?   Bila mengaji quran, terbaca ayat 15 surah al-ahqaf yang bermaksud "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa, " Ya Tuhan-Ku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-anakku. Sesungguhnya a...

Cara Menguatkan Magnet Diri

Sebagai insan yang diciptakan oleh Allah swt, kita dibekalkan dengan manual yang jelas untuk mengemudikan kehidupan kita. Alhamdulillah sebagai umat Nabi Muhammad kita dibekalkan  dengan manual utama iaitu al-quran dan sunnah, yang mana al-quran akan terjaga sehinggalah hari kiamat. Begitu juga sunnah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw untuk kita menjalani kehidupan dialam ini. Kedua-duanya jika kita ikuti dengan betul dan ikhlas akan membawa kita ke arah yang betul, serta akan memudahkan hidup kita walau dimana kita berada. Dalam masa yang sama ia akan menguatkan magnet diri kita, tanpa perlukan amalan lain sebagaimana yang diamalkan oleh orang-orang bukan Islam. Dalam kata lain kita tidak perlukan yoga, amalan tenaga dalam ataupun amalan sebangsa dengannya. Contohnya begitu jelas semenjak dulu lagi...jika kita lihat kehidupan ulama-ulama yang begitu ikhlas beragama, magnet diri mereka begitu kuat, mereka dapat menarik insan lagi ke dalam hidup mereka...

Memilih Pasangan...apa rahsianya?

Alhamdulillah hari ini tergerak hati untuk berkongsi satu maklumat yang pernah saya perolehi beberapa tahun lepas, sebelum pindah ke Oman. Sebenarnya banyak topik yang menarik untuk dibincangkan tapi saya yang tertangguh-tangguh untuk menyampaikannya. Moga kali ini saya diberi kekuatan untuk  menceritakan disini tentang hubungan sesama manusia dari segi ilmu mengenal diri. Apa yang ingin saya sentuh kali ini ialah rahsia mengapa Rasulullah saw melarang kita bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi berhubungan sebelum kahwin atau bercinta sebelum kahwin. Menurut apa yang pernah saya pelajari, manusia  adalah seumpama sebatang magnet, jika digantung ia akan mengarah ke kutub Utara Selatan. Itulah sebabnya sebaik-baik posisi tidur kita adalah sebagaimana magnet berehat, dada dengan sendirinya akan menghadap kiblat. Sebenarnya itulah juga cara tidur yang dianjurkan dalam sunnah. Apabila kita menyifatkan diri seumpama sebatang magnet, banyak per...

Beranikan Diri Mengaji Quran

Bismillah...Alhamdulillah... Satu fenomena yang kerap saya temui ialah orang Islam yang takut untuk mengaji Quran kerana takut akan melakukan kesilapan bacaan.  Ini kerana ramai daripada kita didedahkan dengan maklumat bahawa sesiapa yang tersilap mengaji quran akan berdosa. Oleh kerana takut akan melakukan kesilapan bacaan, mereka rela tidak mengaji quran ataupun sekadar mengaji surah-surah tertentu sahaja. Ada juga yang sudah dapat mengaji sendiri, dalam kata lain sudah mengenal huruf serta asas-asas bacaan quran tetapi takut untuk mengaji quran bersendirian kerana bimbangkan kesilapan yang mungkin akan berlaku. Jadi bagaimanakah untuk kita atasi masalah ini?  Didalam dunia hari ini, kita boleh dapati pelbagai contoh bacaan Quran serta pelbagai kemudahan lain, jadi carilah masa untuk kita masukkan agenda ini ke dalam amalan kita sehari-hari.  Kita juga boleh amalkan mendengar bacaan MP3 Quran, sambil mengikuti bacaan tersebut. Jika mampu carilah gu...

Dahulukanlah Agama...

Letakkanlah agama di tempat yang sepatutnya... Situasi didunia hari ini ialah ramai manusia terkejar-kejarkan dunia, siang malam bekerja mengejar kejayaan hidup didunia, hingga melupakan akhirat. Kita lebih terfokus kepada benda yang kita boleh nampak, dan boleh berinteraksi dengannya. Bila bercerita tentang perkara-perkara yang tidak wujud didepan mata, kita sukar mempercayainya, walaupun hakikatnya ia tetap wujud. Begitu juga dengan agama, kita mengaku bahawa kita Islam tapi tanpa kita sedar kita mengambilmudah dalam banyak perkara, serta mementingkan apa yang tidak penting dalam agama.   Dalam banyak keadaan agama hanyalah dijadikan pelengkap, bukannya asas kehidupan. Itulah punca masalah yang menimpa umat Islam di mana-mana. Alhamdulillah akhir-akhir ini ramai pakar motivasi yang mengingatkan tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah, dalam mencapai keinginan hidup didunia ini. Maka ramailah insan yang mula melihat kepentingan agama ...

Amalan Diri

Setiap orang mesti mempunyai amalan diri yang jelas, yang mana ia seharusnya diamalkan secara berterusan tanpa mengira keadaan dan tempat. Ini kerana amalan tersebut mampu menjadi sumber kekuatan serta benteng diri kita daripada sesuatu yang tidak kita ingini. Amalan diri mampu menguatkan rohani kita, akan tetapi ia memerlukan kepada ilmu. Malah jika ia diamalkan secara tersusun dan teratur ia mampu menyempurnakan jadual harian kita. Mungkin kita sentiasa memiliki jadual waktu yang tersusun dari segi gerakkerja harian, tetapi selagi kehidupan kita kosong daripada amalan rohani, akhirnya kita akan tercari-cari sesuatu untuk memenuhi keinginan rohani kita. Apapun amalan yang kita pilih, pastikan ia berasaskan quran dan sunnah yang jelas, serta menjadikan amalan menghafaz al-quran sebahagian daripada waktu kita. Program kerohanian yang terbaik ialah amalan berterusan pada bulan Ramadhan. Jadi jika kita ingin memulakan perubahan rohani, mulakanlah pada bulan Ramadhan, kemudian pastik...

Istigfar dan Selawat

Bila berada bersama-sama masyarakat lain, kita mampu melihat setakat mana pengamalan mereka dalam adat dan ibadat. Apa yang pasti, ada sesuatu yang mampu kita kutip dari situ. Bila berada bersama-sama wanita Oman, apa yang selalu diulang-ulang ialah istigfar. Itulah amalan yang selalu saya dengar apabila berada berdekatan dengan mereka. Amalan istigfar menjadi sebutan setiap waktu, mungkin juga ia punca ketenangan mereka. Alhamdulillah semakin lama bergaul dengan mereka, amalan tersebut turut melekat pada saya. Teringat sabda Rasulullah saw "Sesiapa yang melazimi beristigfar, Allah akan menjadikan apa yang diingininya kejayaan, menyediakan jalan keluar bagi setiap kesusahannya, serta memberi rezeki yang tidak terhitung" hadis Riwayat Abu Daud. Moga amalan ini berkekalan dihati, sehingga ia menjadi akhlak manusia, yang mana mampu menjadi sumber kejernihan hati. Bagi saya setiap orang mempunyai amalan tersendiri, sama ada berbentuk ibadat ataupun adat. Jika amalan tersebu...

Pasangan Hidup

Suami dan Isteri merupakan entiti masyarakat yang tidak boleh dipandang rendah, peranan masing-masing amat penting dalam membangunkan satu-satu kawasan.  Jika baik hubungan mereka amanlah masyarakat disekeliling, kerana mereka adalah peneraju masyarakat kecil disekeliling mereka, yang terdiri daripada anak-anak, ibubapa, mertua, adik-beradik dan ipar duai. Pendek kata susunan masyarakat dalam Islam begitu menarik jika kita fikirkannya. Namun begitu semuanya bermula daripada diri kita, pastikan kita memahami betul-betul apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita. Apakah yang ingin kita kejar dalam hidup ini? Apakah kita benar-benar mencintai kehidupan kita, serta berusaha dengan sebaik-baik cara untuk memperolehi kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat. Ataupun kita masih belum mengerti apa sebenarnya yang kita inginkan? Bila kita tidak jelas apa yang ingin kita capai dalam hidup ini, serta mencarinya daripada orang lain, hingga ke akhirnya kita tidak akan berasa tenang. Jika k...

Persahabatan di Perantauan...

Alhamdulillah seronok bila dapat bercuti bersama anak-anak, lebih-lebih lagi bila berada diperantauan. Siapakah yang akan bersama-sama kita, jika bukan suami dan anak-anak? Jadi inilah peluang untuk kami mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Inilah kelebihan merantau, yang tidak akan kita perolehi jika berada dikampung halaman sendiri. Ini kerana lingkungan sosial kita adalah lebih kecil, jadi tumpuan dapat kita berikan kepada keluarga sendiri. Malah aktiviti sosial juga dapat kita aturkan mengikut kesesuaian keluarga kita. Alhamdulillah. Namun begitu fitrah manusia adalah ingin bersosial, jarang ada orang yang sanggup bersendirian bak 'katak bawah tempurung'. Jadi bila kita berada dirantau, kita mestilah pandai mencari teman yang betul-betul ikhlas bersahabat kerana Allah swt. Alangkah bertuahnya jika kita berpeluang mendapat sahabat yang betul-betul ikhlas, tanpa ada niat lain disebaliknya. Kadang-kadang kita terlalu mudah menghulurkan persahabatan tanpa mengenali da...

Bersyukur dan Terus Bersyukur

Satu amalan mulia yang patut kita amalkan selalu ialah bersyukur. Alhamdulillah sebagai Muslim, terutama yang menunaikan solat setiap waktu, kita selalu mengucapkan syukur berulang-ulang kali setiap hari. Sama ada kita sedar atau tidak, bacaan al-fatihah (pembukaan ayat) itulah ucapan kesyukuran kita, semakin banyak diulang makin banyaklah kita mengucapkan syukur. Ia adalah tanda kesyukuran kita kepada Allah swt. "Sekiranya kamu bersyukur, maka Kami akan menambahkan lagi..." diantara maksud ayat Quran yang menggambarkan kelebihan bersyukur, iaitu jika kita bersyukur, Allah swt akan melipatgandakan nikmat-Nya kepada kita. Subhanallah... Apakah kita hanya bersyukur kepada perkara-perkara yang memberi kesan positif kepada kita sahaja? Ataupun kita hanya teringat untuk mengucapkan syukur bila beroleh kejayaan sahaja? Jika begitu betapa sempitnya pengertian syukur bagi kita. Sebaik-baiknya kita amalkan bersyukur setiap waktu, susah ataupun senang. Ini kerana setiap perkara yan...

Peringatan buat Diri...

Satu peringatan buat diri, yang kadang-kadang lupa. Sepuluh perkara yang kita bazirkan: 1. Ilmu kita : kita bazirkan dengan tidak mengamalkannya. 2. Perbuatan kita : kita bazirkan dengan tidak melakukannya secara ikhlas atau hanya untuk menunjuk-nunjuk. 3. Kekayaan kita : kita bazirkan dengan menggunakannya kepada perkara yang tidak memberi manfaat. 4. Hati kita: dibazirkan dengan menggunakannya pada perkara yang lalai, tidak mengingatkan kita kepada Allah. Tempat yang sepatutnya kita letakkan DIA, kita letakkan orang lain, serta kita penuhi dengan perkara-perkara lain yang menjauhkan kita daripada-Nya.  5. Tubuh kita:  kita bazirkan dengan tidak menggunakannya untuk ibadah kepada Allah. 6. Kasih kita : telah disalahertikan dengan meletakkan orang lain di tempat DIA. 7. Masa kita: kita bazirkan dengan tidak mengurusnya secara teratur. 8. Kebijaksanaan Kita : kita bazirkan pada perkara yang kurang memberi manfaat. 9. Kerja kita: kita bazirkan dengan ...

Bahagian Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah kita mendekati bahagian terakhir Ramadhan, hari-hari yg ditunggu oleh kebanyakan Muslim yg ikhlas menunaikan ibadah puasa mereka. Hari-hari ini lah yang banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis, hari-hari yang digambarkan sebagai 10 hari terakhir Ramadhan. Menurut hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari diriwayatkan dari Abu Salamah: "Saya bertanya kepada Abu Said sahabatku. Katanya: Kami iktikaf beserta Nabi saw pada sepuluh pertengahan dari bulan Ramadhan. Baginda keluar pagi hari yang kedua puluh lalu berkhutbah di hadapan kami. Sabda baginda: "Diperlihatkan kepadaku Malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil. Sesungguhnya aku melihat bahawasanya aku sujud dalam air dan tanah. Barangsiapa biasa iktikaf beserta Rasulullah saw, hendaklah dia kembali. Kerana itu kami kembali. Dan tiada sepotongpun awan terlihat oleh kami di langit ketika itu. Tetapi tiba-tiba awan segera datang dan hujan turun dengan de...

WANITA PALING BAHAGIA

Beberapa peringatan Dr. Aidh al-Qarni dalam kuliah pagi ini ialah: "Jangan Marah" kerana sifat marah boleh merosakkan diri kita. Cubalah menulis tulisan tersebut dan gantungkan di tempat yang kita selalu berada. Moga apabila melihat tulisan tersebut kita dapat menjaga diri kita daripada perasaan marah. Beliau membuat perbandingan perasaan marah dengan api. Apabila tidak ada apa-apa yang boleh dibakar, maka ia akan memakan kayu tersebut. Seperti juga diri kita, sekiranya kita selalu marah, tidak dapat mengawal perasaan kita, ia akan menghancurkan diri kita sendiri. Jadi cubalah amalkan "jangan marah" serta "banyakkan bersabar". Sekiranya wanita mampu memiliki sifat ini, banyak masalah rumahtangga akan mampu diselesaikan. Malah sekiranya wanita mampu memiliki sifat ini, wanita akan mampu meletakkan diri mereka lebih tinggi daripada lelaki. Ingatlah juga bahawa "Aku adalah Wanita Paling Bahagia", kata-kata positif sebegini mampu menjadikan kita l...

Ilmu atau Harta?

Alhamdulillah, saya terjumpa satu peringatan tentang perbezaan antara mengejar ilmu dan mengejar harta. Jadi di sini saya ingin berkongsi penjelasan tersebut buat peringatan kita semua. Ia berpandukan kisah sepuluh orang lelaki terpelajar, bertemu Saidina Ali dan bertanya bagaimana ilmu lebih baik daripada harta. Mereka meminta agar diberikan jawapan yang berbeza bagi setiap orang. Jadi Saidina Ali menjawab seperti berikut: 1 . Ilmu adalah warisan para Nabi-nabi, sedangkan harta ialah warisan Firaun. Oleh kerana Nabi-nabi adalah lebih hebat daripada Firaun, jadi ilmu lebih baik daripada harta. 2. Anda mesti menjaga harta anda, tetapi ilmu menjaga anda. Oleh sebab itu ilmu lebih baik daripada harta. 3. Apabila ilmu disebarkan ia akan bertambah, sedangkan harta akan berkurang apabila dibahagi-bahagikan. Oleh sebab itu ilmu lebih baik daripada harta. 4. Lelaki yang memiliki banyak harta mempunyai ramai musuh, sedangkan lelaki yang memiliki ilmu yang banyak memiliki ramai sahabat. Oleh se...

Peringatan Buat Diri

Satu kata-kata Arab yang saya sukai ialah: لا تسخر من الآخرين فأنت لا تعرف قدرهم إلا بالاقتراب منهم التعامل معهم...وكن محبا للجميع لأن حب الناس ينير القلب ويجعل الإنسان سعيدا في الحياة Yang bermaksud: Jangan kamu memandang rendah orang lain.Sesungguhnya kamu tidak mengetahui tentang mereka kecuali mendekati dan bergaul dengan mereka. Jadilah orang kesayangan semua orang kerana kasih sayang manusia akan memberi cahaya kepada hatimu dan menjadikan manusia gembira dalam hidupnya.