Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Apakah Cara Berfikir kita Sama?

Alhamdulillah hari ini saya nak berkongsi beberapa perkara yang saya kira boleh dijadikan topik untuk sama-sama kita fikirkan.   Ketika saya duduk mendengar rakan bercakap dengan pelbagai hujah tentang masalah yang berlaku dinegara mereka Mesir, akhirnya saya menyampuk, rasanya itu juga berlaku di Malaysia... Apakah perkara tersebut?   Pertama sekali mereka bercerita tentang rakyat yang kurang berpuas hati tentang pilihanraya yang berlaku di Mesir, kerana anggapan mereka ada penipuan seperti peluang untuk mengundi dinafikan, kertas undi dibuang dan sebagainya. Akhirnya rakyat bangkit menimbulkan huru-hara.   Bagi saya ia sama saja dengan cerita-cerita yang berlaku dinegara kita, setiap kali pilihanraya berlaku, itulah cerita sensasi yang disebarkan disana-sini, bezanya orang kita masih mampu bersabar serta cuba membetulkannya dengan cara yang sesuai.   Bila diceritakan mereka agak terkejut, kerana mereka menganggap bahawa ia sama dengan apa yang tersebar ditempat mere

Beza cara Hidup di Rantau

Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah kali ini, kami sempat mengikuti beberapa program bersama-sama rakan senegara, sama ada dianjurkan secara persendirian ataupun anjuran kedutaan.   Jadi anak-anak mempunyai kenangan tertentu sepanjang cuti ini, bukan hanya sekadar duduk dirumah serta menghadap TV sepanjang masa.   Inilah masalah bila berada dirantauan, ibubapa yang mesti menyediakan program untuk anak-anak, kerana kami hanyalah satu keluarga yang hidup sendiri, serta begitu jauh daripada sanak-saudara.   Terbayang-bayang keadaan anak-anak saudara yang tinggal berhampiran ahli keluarga lain, mereka bebas kunjung-mengunjungi, serta bebas melakukan aktiviti sendiri tanpa perlu bergantung kepada ibubapa.   Namun begitu kami redha, kerana inilah jalan pilihan kami sehingga hari ini....   Dalam masa yang sama, saya kasihan mendengar keluhan kawan anak-anak, yang hanya terperuk dirumah sepanjang masa cuti, bertanyakan khabar anak-anak saya, yang dikira bernasib baik ke

Main Pasir di Wahiba Sands

Imej
Alhamdulillah kami sempat mengikuti percutian di Padang Pasir yang lebih dikenali sebagai Wahiba Sands disini. Percutian kali ini disertai oleh 8 buah keluarga Malaysia, satu pasangan Singapura dan satu keluarga Libya.   Perjalanan kami bermula jam 8.30 pagi, akhirnya sampai ke tempat tujuan selepas waktu asar. Ini kerana kami terpaksa menumpang kenderaan lain setelah sampai ke kawasan berdekatan tempat perkhemahan.  Menikmati Kesejukan Pagi di Padang Pasir Kenderaan Padang Pasir Dulu Alhamdulillah percutian kali ini begitu bermakna, inilah pertama kali kami berpeluang sampai ke kawasan gurun yang amat luas dan hanya ditumbuhi oleh rumput-rumput gurun.   Ini kerana sekarang masih lagi musim sejuk, jadi rumput-rumput masih menghijau, dan cuacapun agak sejuk. Bayangkan jika kami ke sini pada musim panas, semestinya rumput-rumput ini mati kekeringan, dan kawasan yang kering-kontang ini hanyalah dipenuhi oleh pasir. Subhanallah... Keunikan Padang Pasir Kendera

Tak Sabar Menunggu

Alhamdulillah, kita sudah memasuki hari ke 23 pada tahun baru ini, moga hari-hari yang dilalui penuh kenangan dan pengajaran buat kita sekeluarga.   Anak-anak masih dalam cuti sekolah tanpa apa-apa perancangan program khas untuk mereka. Setiap hari mereka habiskan dengan bermain bola tampar dalam rumah iaitu aktiviti baru mereka, kemudian menghadap TV saluran kesukaan mereka iaitu Al-Jazeera Children.   Seperti biasa, menonton TV penuh dengan ulasan dan pengajaran, sama ada daripada kami, ataupun sesama mereka.   Alhamdulillah beberapa hari lepas ayah mereka bersetuju untuk kami menyertai rombongan rakan-rakan seMalaysia yang akan berkhemah di padang pasir Wahiba Sand di Wilayah Sharqiyyah. Semenjak hari itu anak-anak begitu bersemangat serta membilang hari untuk menyertainya.   In Shaa Allah inilah kami pertama kami akan sampai ke kawasan padang pasir yang amat luas, ia menyebabkan kami begitu teruja, dan ternanti-nantikannya.   Namun pengalaman yang dinanti tida

Bermain dengan Anak-anak

Alhamdulillah kerana memilih untuk menghabiskan masa bersama dengan anak-anak, kerana ia begitu berharga bagi perkembangan emosi mereka.   Itulah sebabnya Rasulullah saw mengajar kita agar mengasihi anak-anak sendiri, anak-anak yatim dan anak-anak orang lain juga.   Namun begitu amalan mengasihi anak-anak orang lain agak kurang diamalkan dalam masyarakat kita, sedangkan anak-anak merupakan insan suci dan murni, serta masih dekat dengan fitrah.   Agak sukar untuk kita melihat orang dewasa yang sanggup duduk dan bermain dengan kanak-kanak. Selalunya jika ada apa-apa program atau pertemuan, anak-anak dibiarkan dengan urusan mereka sendiri. Jika mereka sudah mempunyai kawan alhamdulillah, tetapi jika tiada kawan, maka mereka akan bersendirian.   Jika ibubapa bertemu kawan-kawan sekalipun, anak-anak jarang berpeluang untuk merapati anak-anak rakan tersebut kerana selalunya anak-anak memerlukan masa untuk saling mengenali serta berhubungan.   Apa kata kita mula melakuka

Mengapa terlalu Bersungguh?

Apakah persaingan itu penting untuk perkembangan anak-anak? Apakah persaingan akan mewujudkan sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja? Perlukah bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja?   Persoalan diatas ditimbulkan oleh anak sulung saya, setelah beberapa kali dikritik sebagai terlalu bersungguh apabila melakukan sebarang kerja.   Sudah beberapa kali beliau mengadu kawan-kawan disekolah bertanya mengapa beliau selalu bersungguh-sungguh apabila melakukan sebarang kerja.   Sebagai menjawab keresahan anak saya membacakan satu hadis Rasulullah saw : " Sesungguhnya Allah swt sukakan orang yang apabila melakukan kerja, mereka bersungguh-sungguh".   Sebenarnya pengertian hadis diatas cukup jelas tentang sikap mulia yang sepatutnya diamalkan oleh setiap umat Islam, akan tetapi ramai yang kurang mengambilberat tentangnya serta bekerja sambil lewa.   Perkara ini banyak berlaku disekolah, kerana anak-anak kurang didedahkan tentang kepentingan melatih

Masa Kecil Hanya Sekali

Alhamdulillah....bersyukur kerana sempat menjadi kanak-kanak yang bebas bermain, bebas berfikir tanpa dikongkong oleh pemikiran orang dewasa.   Sewaktu kecil, saya suka melihat pemandangan dari atas pokok yang tinggi, perasaan yang paling seronok dapat dirasa apabila pokok tersebut lebih tinggi daripada atap rumah sendiri dan rumah jiran.   Ketika itu terasa betapa hebatnya aku kerana dapat melihat bumbung rumah yang coklat dan kelabu, sambil berayun-ayun dipuncak pokok manggis yang tinggi dihalaman rumah.   Sekarang pokok tersebut sudah tiada, ia telah ditebang kerana sudah terlalu tua, serta tidak memberi hasil. Namun begitu kenangannya masih subur dalam ingatan saya. Beberapa tahun lepas, saya masih mampu mengecap kemanisan buahnya, walaupun orang lain tidak mampu melihat buah-buahnya yang terselindung disebalik daun. Alhamdulillah.   Dalam banyak-banyak pokok, saya hanya berani berayun pada pokok manggis, rambutan dan jambu batu, kerana saya yakin dahan dan rantin

Ujian dan Peperiksaan

Alhamdulillah pagi-pagi lagi anak-anak bersedia untuk menduduki ujian akhir semester yang akan bermula pagi ini. Anak yang paling kecil, akan merasai pengalaman pertama kali menduduki peperiksaan sepanjang tempoh pengajian beliau. Setelah darjah lima barulah pelajar akan melalui pengalaman  "apa itu periksa?"   Anak yang ketiga berkata: "Inilah kali ketiga saya akan mengadapi ujian peperiksaan, barulah saya tahu macammana susahnya nak hadapi peperiksaan, dua kali masa saya darjah lima, sekarang ni sekali lagi".   Sebelum keluar rumah kakak yang sulung mengingatkan adik-adik: "jangan lupa baca ayat kursi dulu sebelum buka soalan periksa". Saya tertanya-tanya, "dari mana pulak dia mendapat teknik tu?".   Alhamdulillah, suasana pembelajaran disini agak tenang, anak-anak begitu bersemangat setiap kali ingin ke sekolah, serta sentiasa seronok belajar.   Bagi anak-anak, ujian bulanan ataupun peperiksaan sentiasa dianggap waktu penti

Salam Perjuangan

Bismillah... Alhamdulillah... Pejam celik, sudah masuk hari kelima kita berada dalam tahun baru masihi, mengikut kalendar hijrah, kita sudah menghampiri penghujung bulan Safar.   Alhamdulillah tergerak juga jari ini untuk menaip disini, menulis lagi disini...   Sepanjang beberapa hari ini, wall di fb penuh dengan luahan isihati ibu-ibu, rakan-rakan yang menghantarkan anak-anak untuk tinggal diasrama, menyambung pelajaran pada tahun baru.   Ada perasaan sedih-pilu kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak, risaukan anak-anak, risaukan akhlak anak-anak bila berjauhan serta pelbagai perasaan lagi.   Itulah trend di Malaysia, menghantar anak-anak ke sekolah berasrama untuk membentuk personaliti mereka, agar menjadi anak-anak yang patuh dan berdisiplin. Apakah ia tindakan yang tepat? Apakah ibubapa tidak mampu melakukan sendiri tugas dan tanggungjawab tersebut?   Persoalannya bilakah umur yang sesuai untuk kita lepaskan anak-anak berada jauh daripada kita? Apakah