Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hadith

Hadis tentang Mimpi

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi satu hadis yang diriwayatkan didalam Sahih Bukhari tentang mimpi.   Hadis ini diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri, sesungguhnya beliau mendengar Nabi sallalahu'alaihi wassalam bersabda: " Apabila seseorang kamu bermimpi dengan mimpi yang disukainya, maka mimpi itu dari Allah. Maka hendaklah dia memuji Allah kerananya dan boleh diceritakannya kepada orang lain. Tetapi apabila dia bermimpi apa yang dia tidak sukai, maka sesungguhnya mimpi itu dari syaitan. Sebab itu hendakalah dia berlindung (kepada Allah) dari bahaya mimpi itu dan tidak perlu diceritakannya kepada sesiapa pun kerana mimpinya itu tidak akan berbahaya kepadanya."   Sungguh indah kehidupan seorang Muslim, jika setiap apa yang berlaku kepadanya disandarkan kepada Allah subhanahu wataala. Begitu indah juga bila setiap apa yang ingin dilakukan diambil pelajaran daripada perkataan dan perbuatan Rasulullah sallalahualaihi wasallam.   Sesungguhnya Ras...

Mencintai Rasulullah saw

Alhamdulillah hari ini kita mulakan kembali perbincangan tentang hadis-hadis nabi. Di antaranya ialah hadis : لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين yang bermaksud   "tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah kamu mencintai diriku (Rasulullah saw), melebihi cintamu kepada bapamu, anak-anakmu dan seluruh manusia lain."   Dalam kehidupan kita didunia ini, kita mestilah meletakkan kasih dan sayang kita mengikut turutan yang diajarkan kepada kita iaitu mencintai Allah, Rasulullah, ibubapa kemudian barulah kita letakkan kasih dan sayang kita kepada insan-insan lain.   Mengapa kita diajar untuk meletakkan Allah dan Rasul-Nya sebelum kita mencintai makhluk Allah yang lain? Semuanya adalah untuk manfaat diri kita, kerana bila kita meletakkan kedua-duanya mendahului makhluk lain, kita akan lebih tenang dalam melalui hidup kita.   Jika mencintai Allah dan Rasul-Nya yang dijadikan tujuan utama, segala urusan lain adalah sam...

Mengapa terlalu Bersungguh?

Apakah persaingan itu penting untuk perkembangan anak-anak? Apakah persaingan akan mewujudkan sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja? Perlukah bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja?   Persoalan diatas ditimbulkan oleh anak sulung saya, setelah beberapa kali dikritik sebagai terlalu bersungguh apabila melakukan sebarang kerja.   Sudah beberapa kali beliau mengadu kawan-kawan disekolah bertanya mengapa beliau selalu bersungguh-sungguh apabila melakukan sebarang kerja.   Sebagai menjawab keresahan anak saya membacakan satu hadis Rasulullah saw : " Sesungguhnya Allah swt sukakan orang yang apabila melakukan kerja, mereka bersungguh-sungguh".   Sebenarnya pengertian hadis diatas cukup jelas tentang sikap mulia yang sepatutnya diamalkan oleh setiap umat Islam, akan tetapi ramai yang kurang mengambilberat tentangnya serta bekerja sambil lewa.   Perkara ini banyak berlaku disekolah, kerana anak-anak kurang didedahkan tentang kepent...

Hadis Pilihan

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah r.a yang bermaksud: "Saya mendengar Nabi saw bersabda: "Ruh itu bagai tentera yang berbaris. Mana yang bersesuaian berdampinganlah dia dan mana yang bertentangan berjauhanlah dia." Kadang-kadang kita terfikir mengapa susahnya untuk kita berdampingan dengan seseorang?, mengapa orang lain mudah saja mendapat kawan?, apakah kekurangan kita dalam persahabatan?, apakah kita tidak pandai melayan orang lain sehingga begitu susah untuk mendapat sahabat ataupun orang untuk didampingi serta pelbagai lagi persoalan tentang hubungan sesama manusia. Jadi bila membaca hadis ini kita akan lebih tenang kerana kita dapat memahami bahawa Rasulullah saw pernah menjelaskan tentangnya dalam hadis di atas. Jadi redhalah dengan apa yang berlaku kepada kita. Sebagaimana kita fahami bahawa setiap insan memiliki roh dan jasad, sekiranya roh kita bersesuaian dengan orang yang kita temui maka kita akan senang ...

Hadis Pilihan

Hadis kali ini adalah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imam-imam Muslim, Abu Daud, Tirmidhi, Nasaii dan Ibn Majah yang bermaksud: "Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang susah, Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan di akhirat. Dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang Muslim di dunia, Allah akan menyembunyikan rahsianya di dunia dan di akhirat. Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya menolong saudaranya." Hadis ini amat berkait dengan adab kita sesama Muslim, yang mana ia dapat membantu mengukuhkan jalinan ukhwah sesama kita. Dalam Islam persaudaraan ataupun ukhwah merupakan perkara penting, yang mana ia akan membantu memperkuatkan binaan masyarakat Islam. Sekiranya jalinan ukhwah sesama Muslim itu kuat, akan kuatlah masyarakat tersebut, akan tetapi jika jalinan tersebut longgar maka ia akan mudah...

Hadis Pilihan (Menasihati Anak-anak)

عن عبدالله بن عباس رضي الله عنها قال: كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما فقال: يا غلام إني أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، وإذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Abbas r.a yang berkata: "Suatu hari ketika aku berada dibelakang Rasulullah saw, baginda bersabda: Wahai ghulam, sesungguhnya aku ingin mengajarkanmu perkataan-perkataan iaitu jagalah Allah sesungguhnya DIA akan menjaga kamu, jagalah Allah kamu akan dapati DIA menjagamu, apabila kamu ingin bertanya atau meminta sesuatu maka mintalah daripada-NYA. Dan ketahuilah bahawa sekiranya satu umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, tapi tidak mampu melaksanakannya jika ia tidak ditetapkan oleh Allah kepadamu. Begitu juga sekiranya satu umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tid...

Kenalkah kita Rasulullah saw?

"Tiada beriman seseorang daripada kamu sehingga aku (Nabi Muhammad saw) dikasihi olehmu melebihi kasihmu kepada ayahmu dan anakmu serta seluruh manusia". Hadis di atas ini mengingatkan kita betapa pentingnya kita mengasihi nabi kita Muhammad SAW. Persoalannya mampukah kita menunjukkan kasih kita kepada seorang Insan yang tidak pernah kita lihat? Anak-anak saya selalu bertanya bolehkah kita melihat Nabi Muhammad SAW? Sekiranya kita tidak melihat baginda bagaimana kita nak tahu baginda? Budak-budak biasalah macam tu, kitapun sama...apakah kita mampu mengasihi baginda melebihi ayah kita, anak-anak kita dan seluruh manusia? Mungkin berat untuk penuhi apa yang dijelaskan dalam hadis di atas, kerana sikap kebanyakkan orang hari ini yang terlalu mencurigai orang lain. Malah kita sentiasa diingatkan untuk berhati-hati dengan setiap orang yang kita temui, hari demi hari perkataan sebegitulah yang masuk ke fikiran kita hatta sahabat sendiri. Entah ajaran bentuk apakah ini? Apatah lagi ...

HADIS PILIHAN (SYUBAHAT)

Rasulullah SAW telah mengingatkan kita sejak dahulu lagi mengenai perkara syubhah dalam hadis yang bermaksud: "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah selu...

Hadis Pilihan (Persaudaraan Islam)

Firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara" dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" amat meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hati saya. Sesungguhnya hadis inilah diantara hadis yang mula-mula saya pelajari semasa di sekolah menengah dulu. Namun amat sukar untuk mencari orang yang dapat memenuhi ciri-ciri yang diceritakan dalam hadis ini. Hadis ini memang mudah dan ringkas untuk dihafal tapi amat berat untuk dipraktikkan. Siapakah saudara yang disebutkan dalam hadis ini? Apakah saudara kandung, kaum kerabat ataupun lebih luas lagi, iaitu saudara seagama. Sememangnya kita semua bersaudara, Islam dan bukan Islam semua bersaudara kerana kita asal dari punca yang sama iaitu Nabi Adam dan Hawa tapi kita yang telah menyempitkan pengertian ini dengan mengira kaum kerabat sahaja saudara kita. Sekiranya kita faham ko...

Hadis Pilihan

Hadis pilihan kali ini yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, barangsiapa memperberat-beratkannya, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah agama itu menurut mestinya, atau mendekatinya menurut mestinya, dan gembiralah, serta beribadatlah dan mohon pertolongan Allah pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam." Apabila kita menghayati hadis ini, Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa agama Islam itu mudah, maka janganlah kita menyusahkannya, kerana sekiranya kita memberatkannya kita yg akan kecundang, tidak mampu meneruskannya, kadang-kadang ia akan menjadikan orang itu lemah dalam beribadat dan beramal, bukan saja amal yg berat, bahkan amal ibadat yg ringan pun dia tak akan sanggup mengerjakannya. Sesungguhnya Rasulullah lebih arif tentang fitrah dan kebolehan manusia, oleh sebab itu baginda mengingatkan umat Islam agar berpada-pada dalam beribadah, sebagaimana yg disebutkan dalam hadis lai...

Hadis Pilihan 3

Hadis pilihan kali ini adalah sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Adapun kemudian, Sesungguhnya manusia itu amat banyak. Dan sedikit Ansar (penolong agama Allah), sehingga adanya mereka di tengah-tengah manusia bagai garam dalam makanan. Barangsiapa di antara kamu yg mengurus sesuatu yg merugikan satu golongan dan menguntungkan golongan lain, hendaklah ia menerima kebaikan orang yg berbuat baik dan memaafkan orang yg melakukan kesalahan." Riwayat Bukhari. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yg menceritakan bahawa Rasulullah ke luar ke satu majlis sewaktu Baginda sakit yg membawanya meninggal dunia, dengan berselimut dan diikat kepalanya dengan kain yg berwarna kehitaman, terus beliau duduk di atas mimbar, lalu memuji tuhan kemudian bersabda seperti di atas. Dan itulah juga majlis terakhir yg dihadiri Nabi SAW. Sekiranya kita teliti hadis ini, amat jelas bagi kita apa yg berlaku dalam dunia sekarang. Manusia teramat ramai, terutama di bandar-bandar besar di dunia ini ...

Hadis Pilihan

Hadis pilihan kali ini ialah mengenai kekuatan diri sebagai seorang Muslim. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud: “ Mu’min yg kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah drp Mu’min daif, dan dalam setiap sesuatu ada kebaikan, jadi berusahalah utk mendapatkan apa yg dapat memberi manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan Allah, jangan berasa lemah, sekiranya berlaku kepadamu sesuatu, jangan berkata: sekiranya aku lakukan ini,dan itu….tapi katakan Allah telah menetapkan apa yg DIA kehendaki, sekiranya kita berkata KALAU membuka laluan kpd syaitan.” Hebatnya peringatan yang diberikan oleh Rasulullah SAW, namun ia seolah-olah tidak pernah diketahui oleh orang Islam. Ini kerana dimana-mana sahaja kita melihat kelemahan umat Islam sehingga mereka dipandang rendah oleh orang bukan Islam. Apa silap kita? Dimana kelemahan kita? Sebenarnya banyak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah tidak diketahui oleh kita, terutama orang-orang Melayu sedangkan ia adalah asas hidup...

Hadis Pilihan

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ada diantara pokok-pokok, sejenis pokok yang tidak jatuh daunnya dan ia seperti seorang Muslim, maka terangkanlah kepadaku apakah pokok tersebut? Maka para sahabat pun mengalihkan pemikiran mereka kepada pokok-pokok yang tumbuh di sekitar mereka. Akan tetapi Ibnu Umar terfikirkan bahawa ia pokok kurma, kemudian para sahabat berkata: Terangkanlah apakah ia, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: ia pokok kurma". Hadis ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab Ilmu. Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi daripada hadis ini diantaranya: 1. Rasulullah SAW juga menggunakan pelbagai teknik dalam menyampaikan dakwah Baginda, iaitu memberi soalan teka-teki kepada sahabat baginda untuk menguji kepintaran ilmu mereka. Jadi teknik soal-jawab dalam belajar adalah sunnah Rasulullah, pergunakanlah ia sebaik-baiknya. 2. Ia juga mengambarkan anjuran Islam supaya kita berfikir tenta...