Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dari Sudut Hati

Harga untuk Akhirat Kita

Alhamdulillah...thumma alhamdulillah. Syukur kerana masih mempunyai kekuatan untuk menulis disini. "Harga untuk akhirat kita", apakah sesuai untuk dibicarakan? Ya, setiap insan mempunyai impian untuk kejayaan hidup didunia dan akhirat. Namun setakat mana kita bersedia untuk membayar persediaan untuk akhirat kita? Semenjak kecil ibubapa membayar kelas-kelas tambahan khusus untuk kejayaan anak-anak hidup didunia. Jika dihitung perbelanjaan untuk kehidupan dunia kita adalah begitu besar. Apakah perbelanjaan untuk akhirat kita juga besar ataupun kita mengharapkan semuanya datang percuma. Ya, kita tidak pernah mempertikaikan pelbagai bayaran, cukai, bayaran pendaftaran program motivasi dan sebagainya. Akan tetapi bila kita ingin menghadiri kelas-kelas al-quran, kelas agama dan sebagainya untuk persediaan akhirat kita, ramai yang merungut serta mengharapkan semua itu diperolehi secara percuma. Apakah kita bersikap adil dengan diri kita? Ada yang menganggap guru-guru q...

Hati Seorang Ibu

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih beroleh kekuatan untuk menulis di sini. Sebenarnya banyak cerita yang ingin saya kongsikan, agar ia menjadi panduan diri ini suatu ketika nanti. Juga panduan buat wanita yang membaca coretan ini. Sesungguhnya Allah swt menduga kita dengan cara yang berbeza. Apabila kita bertemu dengan insan yang menempuh ujian lebih berat, kita terus bersyukur dengan ujian diri sendiri. Ketika itu kita nampak betapa kecilnya ujian diri sendiri. Petang tadi saya dipertemukan dengan dua orang ibu yang sudah begitu berusia didalam satu majlis di sini. Dua orang wanita hebat suatu ketika dulu, tetapi menyimpan pelbagai kisah hidup yang menyedihkan. Entah kenapa hati saya bagai ditarik-tarik untuk bersembang dengan mereka, ketika rakan-rakan bergelak ketawa diruangtamu majlis. Rupa-rupanya Allah swt ingin memberi peluang kepada saya mendengar pengalaman yang begitu bermakna daripada mereka. Masih terbayang-bayang wajah mereka diruan...

Ilmu Mengenal Diri CVT

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur pada Allah, pagi ini terasa nak berkongsi satu ilmu yang telah dipelajari sebelum kami berhijrah ke sini, iaitu ilmu mengenal diri. Sebelum ini saya ada menyentuh sedikit tentang ilmu ini...tetapi belum menerangkan secara lebih lanjut tentangnya. Mungkin ada diantara pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya. Suatu ketika dulu saya pernah kongsikan dengan beberapa orang kawan, kemudian ia terhenti kerana beberapa sebab, beberapa bulan terakhir tahun lepas saya mula menceritakan semula tentang ilmu ini. Sebenarnya saya terasa sayang untuk meninggalkan terus ilmu ini kerana ia banyak membantu saya mengenali orang-orang disamping saya, serta membantu mereka meneroka potensi diri yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka. Ia juga dapat membantu kita memupuk sifat-sifat positif dalam diri, agar lebih berjaya dalam hidup. Gambarajah diatas menjelaskan tentang empat level manusia yang dijadikan Allah swt mengikut susunan Prof Dr...

Kembalikan Fokus

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur kerana masih mampu menulis sesuatu disini...satu ruang yang dipilih untuk berkongsi pengalaman hidup ini. Alhamdulillah syukur juga kerana berkesempatan untuk membelek semula tulisan lama, serta meneliti kembali idea yang pernah terlintas difikiran ini suatu ketika dulu. Insya Allah saya akan cuba menyelesaikan segala plan yang pernah dirancang dan baru dirancang semula. Apabila diteliti semula banyak juga perancangan yang tertangguh apabila diri hilang fokus. Sesungguhnya itulah perjalanan yang ditentukan, perjalanan ketika diri keliru dalam memilih apa yang ingin dilakukan seterusnya. Bila diimbas semula betapa sukarnya mencari satu aktiviti yang mampu membuatkan diri ini fokus sepenuhnya untuk melakukannya. Satu demi satu aktiviti dicuba tetapi ia tidak mampu membuatkan diri ini fokus sepenuhnya, semuanya dilakukan hanya untuk menenangkan hati. Setakat ini hanya ada satu kemahiran saja mampu menceriakan diri ini bila dilakukan...

Tempat Baru Suasana Baru

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah kerana beroleh kekuatan untuk mencatat kembali disini. Alhamdulillah sekali lagi kerana masih beroleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan dibumi asing, walaupun hati begitu ingin berada ditanahair tercinta. Alhamdulillah kenangan percutian ditanahair pada tahun lepas banyak memberi semangat buat diri ini mengharungi hidup dibumi Muscat ini. Bila terasa sunyi keindahan masjid ini mengubat hati. Masjid Said bin Taimur ini terletak berdekatan rumah kami sekarang. Alhamdulillah hati terasa begitu tenang bila memandangnya dari tingkap belakang rumah. Inilah bahagian depan masjid yang begitu cantik. Saya masih teringat lagi masjid inilah tempat kami singgah beberapa kali ketika mencari rumah disekitar kawasan ini pertengahan tahun lepas. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki untuk kami tinggal berdekatannya. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana meletakkan kami ditempat yang begitu indah, penuh ketenangan. Dihadapan rumah pula ada ta...

Mula Berkongsi...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan-Nya kepada kami. Alhamdulillah syukur juga kerana diberi kekuatan untuk menulis semula...moga perkongsian kali ini akan lebih konsisten dan berterusan. Setelah memulakan perjalanan dari kampung tercinta pada 1 September lepas, kami selamat kembali semula ke Bumi Muscat pada awal pagi 2 September 2014. Boleh dikatakan inilah perjalanan yang amat mencabar minda setelah saban hari dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kemalangan kapalterbang MH17 dan MH 370 semasa di Malaysia. Sesungguhnya berita-berita tersebut mengingatkan diri ini agar tidak lalai serta selalu mengingati Allah swt. Akan tetapi dalam masa yang sama perasaan risau dan bimbang sentiasa datang menganggu fikiran ini. Begitu juga keluarga dikampung tertunggu-tunggu berita apakah kami sudah selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke bumi ini semula, selamat menduduki rumah baru berdekatan tempat kerja suami selepas 8 tahun berada ditengah-tengah...

Macam-macam cerita

Alhamdulillah bersyukur kerana masih mampu menulis disini. Lama betul tidak mencoret sesuatu disini, meskipun ada pelbagai cerita dan peristiwa yang dilalui semenjak berada ditanahair. Sudah dua bulan lebih saya balik ke Malaysia bersama anak-anak, iaitu ketika bermula cuti sekolah anak-anak pada awal bulan Jun lepas. Cuti ditanahair kali ini hanya berbaki dua minggu lebih. Kami akan memulakan kembali pengembaraan kami di bumi Oman pada awal September nanti insya Allah. Alhamdulillah cuti kali ini begitu bererti pada saya meskipun kebanyakan masa dihabiskan dirumah dengan kedua ibubapa tercinta. Sesungguhnya inilah rahmat Allah kepada saya, meskipun berada begitu jauh tetapi Allah masih memberi peluang untuk diri ini merasai hari-hari bersama mereka ketika mereka dihujung usia. Kali ini juga saya peluang berpuasa dan berhariraya dikampung. Sesungguhnya orang yang patut dihormati dan diucapkan terima kasih ialah Sang Suami yang memberi kebenaran untuk saya dan anak-anak berpisah ...

Allah Menguji...Redhalah.

Alhamdulillah...bersyukur pada Allah swt kerana memberi kekuatan untuk menulis disini. Moga hati ini terus tabah dan kuat untuk mencatat sesuatu disini. Teringat ayat Quran yang dibaca dalam surah al nisa ayat 32: "ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شيء عليما" Maksu...

Aktifkan Diri Menulis

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mampu mencatat sesuatu disini. Kadang-kadang hati begitu bersemangat untuk menulis serta berkongsi apa yang difikirkan disini, idea datang mencurah-curah ketika sedang fokus urusan lain. Hasilnya idea tersebut hilang begitu saja. Kadang-kadang terasa ingin meluahkan perasan disini, tetapi bila difikirkan kembali, blog ini bukanlah untuk meluahkan emosi. Bila hati kembali tenang segala perkara yang ingin dikongsikan dilupakan begitu saja. Kadang-kadang ingin berkongsi kemeriahan aktiviti yang dijalani, tetapi ditangguhkan dulu...maka semuanya berakhir tanpa ada catatan mengenainya. Setiap hari yang dilalui merakam bersamanya pelbagai perasaan suka duka, ketawa dan menangis kerana itulah kehidupan. Apa yang pasti setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, ada rahsia yang Allah sediakan untuk kita merasainya. Jadi...walau apapun yang berlaku, tabahkan hati melaluinya kerana semua pengalaman tersebut akan menjadi begitu manis b...

Kahwin dengan Orang Arab - Cabaran Bahasa

Alhamdulillah hari ini tergerak untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup setelah genap 16 tahun melayari hidup bersama suami semalam 12/12/13. Saya masih ingat pernyataan seorang rakan dari Jordan, "bagaimana satu pasangan mampu memahami satu sama lain, sedangkan bahasa yang digunakan begitu jauh berbeza? " Apakah yang boleh menyatukan hati dua insan yang datang dari latar belakang yang terlalu jauh bezanya? Kata-kata beliau ada benarnya, dan saya akui itulah masalah terbesar yang saya alami sehingga kini. Perkahwinan bukan hanya penyatuan dua jasad tetapi dua hati untuk saling mampu berkongsi cerita suka duka sepanjang tempoh perkahwinan tersebut. Jika dua hati mampu berbicara tanpa mengeluarkan kata -kata alangkah indahnya hidup ini. Realitinya kita memerlukan perkataan-perkataan yang akan diolah menjadi ayat-ayat indah untuk menenangkan hati si pendengar. Semuanya itu terhasil dari "lidah bonda", perkataan-perkataan yang pertama didengar akan meresap ke dala...

Santunilah Ibubapamu

Bila banyak berjalan kita akan sempat melihat pelbagai ragam manusia. Ramai yang menganggap setiap apa yang berlaku berkait dengan adat dan budaya setempat, biarpun kadang-kadang ia bertentangan dengan akhlak seorang muslim. Namun begitu sebelum kita menghukum sesuatu selidikilah dahulu. Apa yang pasti, bila wujud perasaan kasih terhadap seseorang kita akan sanggup meluangkan masa kita untuk menyediakan sesuatu yang istimewa buat insan tersebut. Bila layanan dibuat sambil lewa, itu bermakna kasih itu hanyalah dibibir mulut saja. Berbalik kepada tajuk 'santunilah ibubapamu', ia adalah hasil pengamatan terhadap amalan yang berlaku didalam beberapa masyarakat yang pernah saya saksikan sendiri. Meskipun berlainan adat dan budaya, ajaran agama kita adalah satu serta tidak berubah. Ajaran Islam menitikberatkan tentang berbuat baik kepada ibubapa, terutama bila mereka sudah berusia lanjut. Dalil-dalil daripada al quran dan al sunnah amat jelas tentang berbuat baik kepada ibuba...

Indahnya Berinternet

Alhamdulillah...syukur kerana kita memiliki satu teknologi yang amat bermakna buat perantau. Jika dulu bila terasa sunyi, kita terpaksa memendam rasa, hari ini kita mampu berhubung dengan mudah. Internet juga menghubungkan kita dengan insan yang berada jauh dari kita, terutama bila kita berada sendirian tanpa teman-teman yang memiliki budaya yang sama. Inilah perasaan bila berada ditengah-tengah keluarga yang berlainan adat dan budaya. Kadang-kadang terfikir, mengapa aku memilih takdir ini? Apakah yang aku harapkan daripada kehidupan sebegini? Alhamdulillah dengan kemudahan internet, kurang sedikit perasaan bosan, rindu untuk mendengar bahasa ibunda dipertuturkan. Juga rindu untuk berbicara secara berdepan menggunakan bahasa ibunda. Itulah keindahan internet untuk orang-orang seperti saya...moga Allah memberi kekuatan untuk saya menghabiskan cuti kali ini dengan tenang dan gembira.

Sekeping Kertas Sebuah Ilusi

Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk menulis disini lagi... Kadang-kadang terasa ingin menulis serta meluahkan segala isihati disini, tetapi kadang-kadang terasa bahawa itu adalah kerja sia-sia, serta tidak memberi manfaat pada diri sendiri. Bila menoleh kembali kehidupan yang dilalui selama ini, serta pelbagai dugaan hidup yang berpanjangan, saya akur bahawa segalanya hanyalah berpunca daripada sekeping kertas yang dikejar selama ini.  Saya juga harus akur bahawa sekeping kertas itu jugalah yang akan terus menjadi beban sepanjang hidup saya. Jika orang lain berusaha, akhirnya akan terlihat hasil, bak membayar ansuran bulanan akhirnya dapat sebuah rumah, tetapi saya akan terus membayar hanya untuk segulung kertas.  Perjuangan untuk mendapatkan sekeping kertas tersebut amatlah berat, kemudian ia menjadi tali untuk mengikat leher pemegangnya. Apakah pemegangnya mampu mengatasi segala ujian ini, serta menganggapnya hanyalah satu ilusi ataupun hanya berserah...

Sunnah Berbekam

Alhamdulillah semasa pulang bercuti di Malaysia pada tahun lepas saya sempat menghadiri kursus bekam yang dianjurkan oleh Stokis HPA Cawangan Ketereh, Kelantan.   Banyak perkara yang sempat saya pelajari disini, terutamanya teori dan praktikal bekam. Bekam merupakan satu sunnah Rasulullah saw yang kurang diambilberat oleh umat Islam, yang mana akhirnya mereka terpaksa menghadapi pelbagai penyakit fizikal termasuklah penyakit tiga serangkai.   Sebenarnya saya pernah beberapa kali melakukan bekam semasa berada di Oman, ada yang berbayar dan ada yang percuma. Apa yang menariknya di Oman, kerajaan menyediakan khidmat bekam secara percuma kepada penduduk disini, termasuklah orang luar seperti saya.   Akan tetapi pusat rawatan tersebut tidak mampu menampung keperluan penduduk Oman sendiri, yang menyebabkan sesiapa ingin melakukan bekam terpaksa membuat temujanji beberapa bulan sebelum mendapatkan rawatan.   Dipusat rawatan tersebut, rawatan...

Belajar Al-Quran daripada Ibu Sendiri

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang untuk belajar mengaji Al-Quran daripada ibu tercinta, kadang-kadang daripada ayah apabila ibu sibuk. Ibu begitu mengambil berat tentang mengaji al-Quran terutama selepas solat maghrib, malah hingga kini, ibu masih rajin mengaji al-Quran.   Sesungguhnya begitu banyak kenangan bersama ibu terpahat diingatan ini, sewaktu mengaji al-Quran. Mungkin ketika saya kecil, saya tidak menghargai usaha yang ibu lakukan, malah kadang-kadang malas mengaji serta menganggap nasib saya tidak sebaik anak-anak lain yang pergi mengaji di rumah guru mengaji al-Quran.   Betullah kata orang, anak-anak begitu sukar untuk menerima tunjukajar daripada ibu sendiri serta mengecilkan keupayaan ibu sendiri, kerana kita menganggap beliau adalah ibu, mana mungkin jadi guru kita. Itulah yang saya rasai dulu...   Ketika itu saya menganggap kawan-kawan yang pergi belajar mengaji di rumah guru al-Quran begitu bernasib...

Kahwin dengan Orang Arab

Bismillah....Alhamdulillah....   Adakah diantara pembaca yang berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkahwinan dengan orang Arab?   Apakah pengalaman sepanjang perkahwinan tersebut, suka-duka dan pahit-manis yang dilalui? Apakah ia sesuai dikongsikan sebagai panduan insan lain ataupun ia hanya dikongsikan dengan insan-insan tertentu sahaja?   Banyaknya persoalan yang timbul bila tersebut kisah 'berkahwin dengan orang Arab'...   Ada orang yang begitu seronok menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab, manakala ramai lagi yang lebih selesa berdiam diri.   Apakah ini menandakan bahawa orang yang menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab amat bahagia dengan pilihan mereka, manakala yang memilih untuk berdiam diri, kurang bahagia? Ia berbalik kepada persepsi kita melihat hubungan ini.   Apabila saya memilih untuk berkahwin dengan orang Arab, saya ditemukan juga dengan ramai lagi rakan senegara yang turut berk...

Datang dan Pergi - Bersahabat kerana Allah

Alhamdulillah...bersyukur kerana masih mampu menulis disini. Apa yang ingin dikongsikan?   Perjalanan bulan March penuh dengan kenangan pahit dan manis, pertemuan, perpisahan dan pertemuan kembali dengan rakan-rakan lama.   Alhamdulillah 'ala kulli hal... Begitulah kehidupan diperantauan, kita dipertemukan dengan insan, bermesra berukhwah, menjalin ikatan kemudian berpisah. Ada kala ia begitu memedihkan hati, namun kita mestilah redha dengan segala ujian yang dihadapi.   Moga Allah menemukan kita dengan insan yang ikhlas menjalin hubungan kerana-Nya, dimana-mana saja kita berada.   Apa yang mesti diingati ialah pastikan ikatan itu ikhlas kerana Allah swt, jika tidak berkesempatan bertemu didunia, kita akan bertemu diakhirat nanti. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis "7 golongan yang akan bernaung dibawah bayangan arasy diakhirat nanti....golongan yang bertemu dan berpisah kerana Allah swt...."   Dalam sedih ada gembira, itulah ...

Bukan Bidang Saya!

Alhamdulillah akhirnya tergerak tangan ini untuk menaip entri baru disini. Moga segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.   Ini bukan bidang saya...saya tidak mahir dalam ilmu-ilmu sebegitu...ye ke tak tau, bukan bidang awak ke?   Dimana-mana kita melihat orang berlumba-lumba untuk mengkhususkan diri dalam bidang-bidang tertentu. Apabila sudah berjaya, maka mereka akan dianggap sebagai pakar bidang tersebut.   Betulkah kita sudah menjadi pakar dalam bidang tersebut dengan hanya segulung sijil atau ijazah?   Bila bercerita tentang bidang dan kepakaran, saya teringatkan satu hadis yang menjadi satu prinsip bagi saya..."apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan pakarnya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat".   Sebenarnya hadis inilah yang banyak mengingatkan saya, agar berhati-hati untuk berkata-kata, terutama bila tajuk tersebut bukanlah bidang saya. Jika dalam bidang sendiripun saya masih kurang yakin untuk menegaskan tent...

Beza cara Hidup di Rantau

Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah kali ini, kami sempat mengikuti beberapa program bersama-sama rakan senegara, sama ada dianjurkan secara persendirian ataupun anjuran kedutaan.   Jadi anak-anak mempunyai kenangan tertentu sepanjang cuti ini, bukan hanya sekadar duduk dirumah serta menghadap TV sepanjang masa.   Inilah masalah bila berada dirantauan, ibubapa yang mesti menyediakan program untuk anak-anak, kerana kami hanyalah satu keluarga yang hidup sendiri, serta begitu jauh daripada sanak-saudara.   Terbayang-bayang keadaan anak-anak saudara yang tinggal berhampiran ahli keluarga lain, mereka bebas kunjung-mengunjungi, serta bebas melakukan aktiviti sendiri tanpa perlu bergantung kepada ibubapa.   Namun begitu kami redha, kerana inilah jalan pilihan kami sehingga hari ini....   Dalam masa yang sama, saya kasihan mendengar keluhan kawan anak-anak, yang hanya terperuk dirumah sepanjang masa cuti, bertanyakan khabar anak-anak saya, yang...

Salam Perjuangan

Bismillah... Alhamdulillah... Pejam celik, sudah masuk hari kelima kita berada dalam tahun baru masihi, mengikut kalendar hijrah, kita sudah menghampiri penghujung bulan Safar.   Alhamdulillah tergerak juga jari ini untuk menaip disini, menulis lagi disini...   Sepanjang beberapa hari ini, wall di fb penuh dengan luahan isihati ibu-ibu, rakan-rakan yang menghantarkan anak-anak untuk tinggal diasrama, menyambung pelajaran pada tahun baru.   Ada perasaan sedih-pilu kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak, risaukan anak-anak, risaukan akhlak anak-anak bila berjauhan serta pelbagai perasaan lagi.   Itulah trend di Malaysia, menghantar anak-anak ke sekolah berasrama untuk membentuk personaliti mereka, agar menjadi anak-anak yang patuh dan berdisiplin. Apakah ia tindakan yang tepat? Apakah ibubapa tidak mampu melakukan sendiri tugas dan tanggungjawab tersebut?   Persoalannya bilakah umur yang sesuai untuk kita lepaskan anak-anak ...