Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pendidikan Anak-anak

Bermain dengan Anak-anak

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu berkongsi cerita disini lagi. Alhamdulillah syukur sekali lagi kerana Allah menyelamatkan kami di bumi Muscat daripada musibah ribut pasir yang mengganas sejak beberapa hari lepas di Semenanjung Tanah Arab. Mengikut ramalan jabatan meterologi Oman, ribut pasir akan sampai ke bumi Muscat semalam, akan tetapi selepas asar keadaan masih cerah seperti biasa. Maka kami mengambil peluang malam tadi untuk keluar menyedut udara segar ditaman sebelum keadaan cuaca lebih buruk. Awal pagi ini kami masih memerhati keadaan udara diluar serta berdoa agar keadaan udara tetap segar seperti biasa. Alhamdulillah petang tadi kami masih mampu keluar meneruskan aktiviti keluarga seperti biasa. Alhamdulillah sudah hampir sebulan kami sekeluarga mula bermain bola tampar bersama-sama di Taman Qurum. Beginilah aktiviti kami suami isteri setiap minggu, melayani minat anak remaja. Suami sentiasa mengikut keinginan anak-anak lelaki beliau bersukan...

Ajar Anak Bersalam

Alhamdulillah...syukur kerana berkesempatan untuk berkongsi sesuatu disini. Moga ia menjadi peringatan buat diri dalam mendidik anak-anak. Setiap anak mempunyai sikap tersendiri, kadang-kadang agak sukar untuk difahami, namun begitu ada adab-adab asas yang mesti kita terapkan dan bertegas mengenainya, kerana ia menunjukkan kecantikan agama kita. Adab-adab asas ini mesti dipupuk oleh ibubapa, kerana ibubapa banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Diantara adab-adab asas ini ialah adab bersalam dan memberi salam. Ia bukanlah suatu perkara sukar untuk dipraktikkan tetapi memerlukan nasihat yang berulang-ulang, agar ia melekat dan terukir dalam diri anak-anak kita. Saya amat mengagumi sikap anak-anak orang Arab yang saya temui, kerana begitu mudah untuk bersalaman dan memberi salam. Kadang-kadang terasa kekurangan diri dalam mendidik. Dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimanakah cara mereka mendidik anak-anak, hinggakan anak-anak kecil begitu mudah untuk bersalaman bila bertem...

Tak Sabar Menunggu

Alhamdulillah, kita sudah memasuki hari ke 23 pada tahun baru ini, moga hari-hari yang dilalui penuh kenangan dan pengajaran buat kita sekeluarga.   Anak-anak masih dalam cuti sekolah tanpa apa-apa perancangan program khas untuk mereka. Setiap hari mereka habiskan dengan bermain bola tampar dalam rumah iaitu aktiviti baru mereka, kemudian menghadap TV saluran kesukaan mereka iaitu Al-Jazeera Children.   Seperti biasa, menonton TV penuh dengan ulasan dan pengajaran, sama ada daripada kami, ataupun sesama mereka.   Alhamdulillah beberapa hari lepas ayah mereka bersetuju untuk kami menyertai rombongan rakan-rakan seMalaysia yang akan berkhemah di padang pasir Wahiba Sand di Wilayah Sharqiyyah. Semenjak hari itu anak-anak begitu bersemangat serta membilang hari untuk menyertainya.   In Shaa Allah inilah kami pertama kami akan sampai ke kawasan padang pasir yang amat luas, ia menyebabkan kami begitu teruja, dan ternanti-nantikannya.   Namun...

Bermain dengan Anak-anak

Alhamdulillah kerana memilih untuk menghabiskan masa bersama dengan anak-anak, kerana ia begitu berharga bagi perkembangan emosi mereka.   Itulah sebabnya Rasulullah saw mengajar kita agar mengasihi anak-anak sendiri, anak-anak yatim dan anak-anak orang lain juga.   Namun begitu amalan mengasihi anak-anak orang lain agak kurang diamalkan dalam masyarakat kita, sedangkan anak-anak merupakan insan suci dan murni, serta masih dekat dengan fitrah.   Agak sukar untuk kita melihat orang dewasa yang sanggup duduk dan bermain dengan kanak-kanak. Selalunya jika ada apa-apa program atau pertemuan, anak-anak dibiarkan dengan urusan mereka sendiri. Jika mereka sudah mempunyai kawan alhamdulillah, tetapi jika tiada kawan, maka mereka akan bersendirian.   Jika ibubapa bertemu kawan-kawan sekalipun, anak-anak jarang berpeluang untuk merapati anak-anak rakan tersebut kerana selalunya anak-anak memerlukan masa untuk saling mengenali ser...

Mengapa terlalu Bersungguh?

Apakah persaingan itu penting untuk perkembangan anak-anak? Apakah persaingan akan mewujudkan sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja? Perlukah bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja?   Persoalan diatas ditimbulkan oleh anak sulung saya, setelah beberapa kali dikritik sebagai terlalu bersungguh apabila melakukan sebarang kerja.   Sudah beberapa kali beliau mengadu kawan-kawan disekolah bertanya mengapa beliau selalu bersungguh-sungguh apabila melakukan sebarang kerja.   Sebagai menjawab keresahan anak saya membacakan satu hadis Rasulullah saw : " Sesungguhnya Allah swt sukakan orang yang apabila melakukan kerja, mereka bersungguh-sungguh".   Sebenarnya pengertian hadis diatas cukup jelas tentang sikap mulia yang sepatutnya diamalkan oleh setiap umat Islam, akan tetapi ramai yang kurang mengambilberat tentangnya serta bekerja sambil lewa.   Perkara ini banyak berlaku disekolah, kerana anak-anak kurang didedahkan tentang kepent...

Masa Kecil Hanya Sekali

Alhamdulillah....bersyukur kerana sempat menjadi kanak-kanak yang bebas bermain, bebas berfikir tanpa dikongkong oleh pemikiran orang dewasa.   Sewaktu kecil, saya suka melihat pemandangan dari atas pokok yang tinggi, perasaan yang paling seronok dapat dirasa apabila pokok tersebut lebih tinggi daripada atap rumah sendiri dan rumah jiran.   Ketika itu terasa betapa hebatnya aku kerana dapat melihat bumbung rumah yang coklat dan kelabu, sambil berayun-ayun dipuncak pokok manggis yang tinggi dihalaman rumah.   Sekarang pokok tersebut sudah tiada, ia telah ditebang kerana sudah terlalu tua, serta tidak memberi hasil. Namun begitu kenangannya masih subur dalam ingatan saya. Beberapa tahun lepas, saya masih mampu mengecap kemanisan buahnya, walaupun orang lain tidak mampu melihat buah-buahnya yang terselindung disebalik daun. Alhamdulillah.   Dalam banyak-banyak pokok, saya hanya berani berayun pada pokok manggis, rambutan dan ja...

Ujian dan Peperiksaan

Alhamdulillah pagi-pagi lagi anak-anak bersedia untuk menduduki ujian akhir semester yang akan bermula pagi ini. Anak yang paling kecil, akan merasai pengalaman pertama kali menduduki peperiksaan sepanjang tempoh pengajian beliau. Setelah darjah lima barulah pelajar akan melalui pengalaman  "apa itu periksa?"   Anak yang ketiga berkata: "Inilah kali ketiga saya akan mengadapi ujian peperiksaan, barulah saya tahu macammana susahnya nak hadapi peperiksaan, dua kali masa saya darjah lima, sekarang ni sekali lagi".   Sebelum keluar rumah kakak yang sulung mengingatkan adik-adik: "jangan lupa baca ayat kursi dulu sebelum buka soalan periksa". Saya tertanya-tanya, "dari mana pulak dia mendapat teknik tu?".   Alhamdulillah, suasana pembelajaran disini agak tenang, anak-anak begitu bersemangat setiap kali ingin ke sekolah, serta sentiasa seronok belajar.   Bagi anak-anak, ujian bulanan ataupun peperiksaan sentiasa diangg...

Penyelesaian Positif

Alhamdulillah sudah tujuh tahun lebih saya berada disini, pelbagai pengalaman dikumpul terutama berkaitan dengan pendidikan anak-anak di sekolah.   Setakat yang saya tahu, sistem pendidikan disini mengaplikasi sistem yang diadun khusus berdasarkan kombinasi sistem pendidikan Arab, iaitu pengalaman Mesir, Sudan dan Tunisia dan sistem pendidikan barat.   Selama tujuh tahun melibatkan diri melihat sendiri perkembangan positif anak-anak dalam pelajaran walaupun bermula daripada sifar bahasa Arab, kini berjaya menjadi salah seorang pelajar terbaik didalam kelas.   Apa yang penting ialah bagaimana cara guru-guru memupuk sifat ingin tahu serta perasaan seronok belajar didalam jiwa anak-anak kecil.   Kemudian diikuti sistem yang diamalkan di peringkat kementerian yang hanya memberi respon positif dalam perkembangan pelajar, yang mana guru-guru di peringkat asasi hanya disediakan dengan pilihan positif ketika ingin mengredkan pelajar.   Bagi sa...

Terlalu banyak Berhibur, Ibadah ke mana?

Alhamdulillah pagi ini sempat menulis lagi disini untuk berkongsi apa yang saya fikirkan pada saat ini. Alhamdulillah semalam sehari suntuk aktiviti kami sekeluarga , bermula dengan aktiviti mingguan kami sekeluarga iaitu berenang, kemudian menghadiri jemputan rakan, seterusnya bersambung dengan aktiviti mingguan kedua, berkumpul dengan rakan-rakan Arab. Memang Khamis merupakan hari kami keluar, menyedut udara bersih Muscat sambil berkongsi fikiran dengan rakan-rakan. Khamis juga merupakan hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh anak-anak untuk berehat setelah seminggu belajar. Kadang-kadang fikiran negatif melintas, terasa bahawa kami begitu banyak berehat, sedangkan orang lain sibuk berjuang. Namun itulah realiti kehidupan kami disini, banyak berehat serta kurang stress. Berhibur cara kami disini ialah dengan keluar ke taman-taman dan pantai untuk mencari ketenangan daripada kebisingan flat kami yang terletak betul-betul ditengah kawasan perniagaan di Muscat. Da...

Cuti-cuti Sama'il - 2

Imej
Alhamdulillah sambung sedikit lagi cerita jalan-jalan masa cuti kali ini...  Kawasan Kubur Sahabi - Mazin bin Ghadubah Selepas puas memanjat bukit kota al-Qareen, kami dibawa ke satu kawasan iaitu tempat seorang sahabat Rasulullah saw disemadikan. Dalam hati tertanya-tanya ke manakah kami akan dibawa? Setelah turun daripada kereta barulah kami diberitahu bahawa kami akan dibawa melawat tempat sahabat Rasulullah saw disemadikan.   Ia bukanlah tanah perkuburan, yang ada cuma satu kubur sahaja yang ditulis seperti yang terdapat dalam gambar dibawah. Alhamdulillah 'ala kulli hal...   Anak-anak bertanya kenapa kita ke sini? Nak buat apa? Mengapa saiz kubur itu sangat panjang serta pelbagai lagi soalan. Alhamdulillah sambil jalan-jalan dapat ilmu... Bila bertanya kepada 'guide' kami, beliau menceritakan kisah pengislaman Mazin r.a sebagaimana yang diketahui oleh beliau, dan mungkin juga itulah lagenda yang tersebar dikalangan penduduk disitu. Kisahnya...

Didik Anak ketika Kecil

Alhamdulillah... Menjadi surirumah sepenuh masa, apakah ia pilihan yang tepat? Mengapa wanita perlu berada dirumah, sedangkan dunia luar sana mampu menyediakan segala keperluan kita jika kita berduit? Di mana-mana saja kita berdepan dengan persoalan perlukah wanita berada dirumah. Ramai yang memandang sebelah mata, kerana inilah kerjaya paling rendah disisi wanita terpelajar hari ini. Itulah pengalaman saya bila bertemu dengan bekas-bekas pelajar yang suatu masa dulu begitu mengagumi, tetapi apabila saya menyebutkan bahawa saya berada dirumah sebagai surirumah sepenuh masa, nada suara mereka berubah seolah-olah saya tersilap membuat keputusan. Bagi saya, inilah waktunya saya berada bersama-sama dengan anak-anak untuk mendidik mereka, iaitu ketika mereka masih kecil. Dalam masa yang sama saya menyediakan diri sendiri untuk berhadapan dengan dunia luar apabila mereka besar nanti dan akan memilih jalan hidup mereka sendiri. Ramai wanita yang tersilap membuat kepu...

Peliknya Ramadhan Disini!

Ramadhan Kareem... Bulan mulia ini sudah hampir ke penghujungnya, apakah perasaan kita disaat ini?  Moga wujud perasaan baru, serta hati-hati yang baru yang  telah berjaya dididik sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Tulisan kali ini hanyalah sekadar ingin mencatat kata-kata dan komen anak-anak sepanjang menunaikan puasa tahun ini.  Ia bukanlah untuk membanggakan anak-anak saya, tetapi hati saya begitu tersentuh dengan komen-komen mereka, biarlah ia dicatat disini agar ia menjadi panduan mereka suatu hari nanti. Inilah kali pertama mereka berpuasa penuh ditanahair, dalam suasana yang cukup berbeza daripada Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, selalunya komen positif yang  keluar berpandukan pengalaman mereka berpuasa selama ini.  Alhamdulillah juga kerana amalan yang disemai selama ini mampu lekat dihati mereka. Saya tidak mementingkan jumlah ibadah yang dilakukan tetapi pemahaman mereka apakah erti berpuasa.  Jika  kefaham...

Pertengahan Ramadhan

Salam Ramadhan dan Salam Jumaat... Alhamdulillah kita berpeluang untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Bagi saya, Ramadhan tetap Ramadhan...ia begitu istimewa walau dimanapun saya menyambutnya. Namun begitu bagi anak-anak, Ramadhan mereka sentiasa berubah-ubah, beberapa  tahun di Oman, tahun lepas di Tunisia dan kali ini di kampung bersama Datuk dan nenek mereka. Sekali fikir, kesian melihat mereka yang terpaksa menghadapi pertukaran waktu berpuasa, tetapi sebenarnya mereka bertuah kerana sudah dapat merasa pengalaman berpuasa dalam tempoh yang panjang ketika kami berada di Tunisia. Sesungguhnya itulah pengalaman yang tidak boleh dijualbeli. Alhamdulillah, anak-anak biasa melakukan aktiviti bersama-sama, jadi Ramadhan pun mereka sama-sama mengingatkan tentang puasa, serta berlumba-lumba untuk berpuasa. Alhamdulillah, mereka juga tidak cerewet dengan makanan sewaktu berbuka puasa. Ketika orangramai berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan, mer...

Lemas dalam Maklumat

Teknologi hari ini mampu membantu kita untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat. Ia juga mampu membantu kita menjimatkan masa dan perbelanjaan kita semasa mencari maklumat. Bayangkan jika selama ini kita terpaksa habiskan masa berjam-jam untuk mencari satu fakta, tetapi hari ini dengan hanya menaip satu dua perkataan, kita mampu mendapatkan rujukan daripada pelbagai buku, termasuklah kitab-kitab asal. Bagi pelajar dalam bidang agama pula terdapat CD yang memuatkan kitab-kitab asal karangan ulama-ulama silam daripada pelbagai bidang, begitu juga terdapat website khusus untuk rujukan. Sememangnya semua perkara menjadi mudah dan teramat mudah. Bagi anda yang suka membaca sudah tentu berasa senang dan gembira dengan perkembangan ini. Namun begitu sebagai seorang ibu, apakah kebanjiran maklumat sebegini membantu kita dalam mendidik anak-anak? Apakah teknik yang kita akan gunakan untuk mendidik anak-anak kita? Apakah kita rela anak-anak kita menghabiskan masa menghafal segala m...

Keselamatan Anak-anak dirumah

Banyak kali terbaca tentang kemalangan dirumah yang berlaku kepada anak-anak kecil, yang mana kejadian tersebut dapat dielak jika ibubapa merancang keselamatan dalam rumah apabila mendapat anak kecil. Alhamdulillah suami saya begitu perihatin tentang bab-bab keselamatan, memandangkan kami mempunyai 4 orang anak kecil yang membesar bersama-sama. Jika tidak merancang tentang peralatan didalam rumah, tentu kami akan sentiasa risau dan bimbang. Diantara tempat yang utama untuk diberi perhatian ialah dapur, pastikan ada penghalang ke dapur, jadi anak-anak tidak berpeluang menghampiri bahagian tersebut dirumah. Ada pelbagai jenis pintu yang boleh digunakan dijual di Baby Centre, yang mana boleh kita pasang dengan mudah, dan alihkan jika kita berpindah ke rumah lain. Membiarkan anak-anak kecil keluar masuk kedapur bermakna kita mendedahkan mereka kepada pelbagai kemungkinan negatif, yang mana akhirnya kita yang menyesal jika berlaku perkara yang tidak diingini. Itu belum termasuk memecahka...

Jangan Mengecilkan Kebolehan Anak-anak

Kami jarang bercerita dengan anak-anak berkaitan politik, kerana memikirkan banyak perkara negatif berkaitan politik semasa. Malah saya selalu menganggap bahawa mereka tidak tahu apa-apa tentang isu-isu politik yang ditayangkan diTV. Sehari dua ni kami suami isteri rancak mengikuti perkembangan politik Tunisia. Tiba-tiba anak lelaki sulung bertanya: Apa berlaku pada Zainul Abidin? Barulah saya tahu bahawa dia juga teringin untuk mengetahui apa yang berlaku pada Presiden Tunisia. Malah dia mengetahui nama penuh presiden tersebut, Zainul Abidin Ben Ali.  Kemudian anak lelaki kedua bertanya: mengapa orang lain pula yang bercakap, mana pergi Ketua Menteri Pertama, Muhammad Ghanouchi? Saya berkata, Ghanouchi menjadi pemangku presiden sekejap saja, tak sampaipun 8 jam sekarang sudah ditukar kepada ketua parlimen untuk memangku jawatan presiden Tunisia. "laa...sekejapnya dia jadi presiden" ujarnya lagi. Ayahnya bergurau dengan si kecil "jom kita pergi...

Ulasan Buku - Pendidikan Anak-anak...

Alhamdulillah...teringin berkongsi satu maklumat yang diperolehi daripada buku "Tarbiyah Al-Abnaa' wal Banat fi 'dhau Al-Quran wal-Sunnah" tulisan Syeikh Khalid Abdul Rahman Al-Ak mengenai pendidikan anak-anak. Petikan daripada kata-kata Jundab bin Abdullah Al-Jubali (sahabi) iaitu: "Kami mempelajari iman, kemudian kami mempelajari al-Quran, maka bertambahlah iman kami.." Penulis menyebut tentang pentingnya mengajar al-quran kepada anak-anak untuk menguatkan keimanan mereka. Ini juga bersesuaian dengan wahyu pertama iaitu 'iqraa', iaitu bacalah dengan nama Allah swt. Dalam topik yang sama penulis menyebutkan tentang sunnah Rasulullah saw agar kita menghafal kitabullah serta memahaminya. Beliau juga menyebut tentang " pekerjaan pertama Muslim ialah menghafal al-quran dan memahaminya, serta wajib mempelajari segala ilmu yang membantu untuk memahami kitabullah." Ini kerana diantara tujuan pendidikan Islam ialah menghafal kitabullah bersert...

Buku-buku tentang Baligh

Alhamdulillah hari ini saya teringin berkongsi tentang 'buku-buku tentang baligh', diantaranya buku 'bulugh bila khajal' yang sedang dibaca. Buku tulisan Dr. Akram Ridha ini termasuk ke dalam siri ' aulaadina ' iaitu anak-anak kita, yang mana ada tiga buah buku yang ditulis oleh beliau sebagai panduan kepada ibubapa untuk memahami anak-anak remaja. Akan tetapi menurut penulis, buku tersebut lebih popular dikalangan anak-anak remaja sendiri, bukannya ibubapa (target pembaca). Buku-buku lain dalam siri ini ialah 'murahaqah bila azmah'  dan 'shabab bila masyakil' . Disamping itu terdapat beberapa buah buku lagi yang juga amat menarik untuk menjadi sumber maklumat ibubapa tentang peringkat ini. Insya Allah, saya akan berusaha untuk menghabiskan bacaan buku-buku tersebut sebagai panduan mendidik anak-anak yang semakin membesar, dan akan menempuh alam remaja. Itulah tugas surirumah, jika kita tidak cuba memahami persoalan remaja, akhirnya anak-ana...

Ramadhan di sini...

Ramadhan kali ini adalah kali kelima kami menyambutnya disini, jadi kali kelima jugalah kami tidak menyambut hariraya bersama-sama keluarga di tanahair. Rindu kepada keluarga dan tanahair itu sentiasa ada, tapi keseronokan menyambut Ramadhan disini tetap terasa. Teringat ketika tahun pertama merasai Ramadhan disini, saya terkejut melihat promosi besar-besaran menyambut Ramadhan di setiap pasaraya disini, satu suasana yang tidak pernah saya lihat semasa di Malaysia. Ini kerana segala promosi dinegara kita lebih menuju kepada sambutan raya bukannya puasa itu sendiri. Kebanyakan surirumah membuat persiapan menyambut Ramadhan dengan membeli-belah sebelum Ramadhan bermula, jadi mereka dapat memperuntukkan masa untuk melakukan perkara lain yang bermanfaat semasa bulan Ramadhan seperti bertadarrus al-Quran dan melakukan solat sunat. Manakala siaran TV pula selalu mempromosi Ramadhan bukannya Syawal, perkataan yang terlekat diingatan kita ialah 'Ramadhan Kareem', kerana Ramadhanlah ...

Bersyukurlah dengan anak-anak kita

Alhamdulillah, bersyukurlah kerana kita dikurniakan anak-anak dalam kehidupan kita. Sesungguhnya kita bertuah kerana berpeluang untuk memiliki anak-anak, serta berpeluang memiliki insan yang banyak mengajar kita mengatur hidup. Ada anak yang hebat semenjak kecil, setiap perjalanan hidup mereka hebat, dapat membaca awal, menghafal quran awal serta pelbagai kehebatan lain. Yang lain pula perkembangan pelajaran mereka agak perlahan serta mempunyai pencapaian yang agak mengecewakan ibubapa. Memang terdapat perbezaan yang jelas diantara anak-anak kita, hanya ibubapa yang lebih mengetahui bagaimana untuk menangani perbezaan ini. Sememangnya Allah menjadikan perjalanan hidup yang berbeza-beza antara setiap manusia, oleh itu bersyukurlah selalu. "Alhamdulillah 'ala kulli hal". Bila kita mengimbas kembali perjalanan hidup kita, kita akan temui rakan-rakan yang begitu hebat semasa kecil, orang yang kita amat kagumi semasa kita di sekolah rendah, tapi dimanakah mereka kini? Da...