Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Mengapa Terlalu Lambat?

Bermacam-macam urusan terpaksa disiapkan bila berada di kampung, biasanya urusan yang tertangguh selama setahun. Begitulah adat perantau... Bila ingat balik peristiwa yang dilalui sepanjang balik kali ini, terdapat pelbagai perkhidmatan yang terlalu lambat. Terfikir juga apakah dalam dunia canggih sebegini, kita masih perlu menjadi mangsa perkhidmatan yang tidak cekap. Bermula dengan perjalanan balik ke kampung dari KL. Memandangkan anak-anak ingin merasa naik keretapi maka kami sepakat untuk menaiki Ekspres Wau ke Kelantan. Namun begitu kami amat terkejut dengan perkhidmatan yang diberikan, bayangkan tempoh perjalanan yang teramat panjang. Kami bertolak pada pukul 8.30 malam tetapi cuma tiba di stesen Pasir Mas pada pukul 11.15pagi. Rupa-rupanya perkhidmatan ekspres tersebut telah ditukar kepada perkhidmatan antara bandar. Nasib badan... Teringat pula semasa belajar dulu, lebih kurang 18 tahun lalu saya pernah menaiki keretapi dari KL yang tidak mengambil masa seperti hari ini. Ketika

Kuasailah Diri Sendiri

Manusia dijadikan oleh Allah swt untuk menjadi khalifah di alam ini. Manusialah yang akan mentadbir alam ini, sekiranya baik sistem pentadbiran yang diamalkan akan baiklah alam ini, begitu juga sekiranya manusia gagal mentadbir akan hancur binasalah alam ini. Namun begitu para malaikat telah berpendapat (sewaktu diberitahu bahawa Allah akan mencipta manusia) bahawa manusia akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di alam ini. Memang benar pendapat tersebut dan kita banyak mendengar berita tentang pertumpahan darah sesama manusia yang diceritakan dalam sejarah semenjak zaman Nabi Adam alaihissalam lagi. Manusia sering menghadapi pertarungan dalam dirinya sehinggalah beliau menang atau kalah, atau terus menghadapi pertarungan itu. Malah pertarungan ini adalah pertarungan yang sengit dan berterusan hinggalah manusia menemui ajal. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmannya yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa

Hadis Pilihan

Hadis kali ini adalah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imam-imam Muslim, Abu Daud, Tirmidhi, Nasaii dan Ibn Majah yang bermaksud: "Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang susah, Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan di akhirat. Dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang Muslim di dunia, Allah akan menyembunyikan rahsianya di dunia dan di akhirat. Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya menolong saudaranya." Hadis ini amat berkait dengan adab kita sesama Muslim, yang mana ia dapat membantu mengukuhkan jalinan ukhwah sesama kita. Dalam Islam persaudaraan ataupun ukhwah merupakan perkara penting, yang mana ia akan membantu memperkuatkan binaan masyarakat Islam. Sekiranya jalinan ukhwah sesama Muslim itu kuat, akan kuatlah masyarakat tersebut, akan tetapi jika jalinan tersebut longgar maka ia akan mudah

Makanan Rohani

Alhamdulillah, bersyukurlah kerana kita masih berselera untuk makan. Kita masih mampu makan beberapa kali setiap hari. Bermacam-macam jenis makanan kita masukkan ke dalam perut kita setiap hari. Malah ramai yang selalu menghitung 'nak makan apa hari ini?', 'kat mana kita nak makan hari ini?' serta pelbagai lagi ungkapan berkaitan dengan makanan. Bagi para surirumah pula, memasak makanan merupakan tugas harian. 'Nak masak apa hari ini?' itulah ungkapan yang sentiasa diulang setiap hari. "Susahkah nak masak Umi?" Itulah soalan anak-anak saya bila saya bertanya mereka apa yang mereka ingin makan. Bukan susah nak masak, cuma kadang-kadang bosan memasak makanan yang sama. Bagi saya cara terbaik untuk surirumah lakukan ialah mengadakan menu harian, jadi ia dapat mengurangkan persoalan 'nak masak apa hari ini?'. Inilah makanan yang akan masuk ke mulut dan turun ke perut kita. Jarang kita dengar orang melupakannya. Ada pula yang terlebih makan, malah j

Kuliah Agama di Kota Bharu

Alhamdulillah minggu ini saya berkesempatan menghadiri kuliah agama di Pusat Bandar Kota Bharu, juga berkesempatan melihat aktiviti-aktiviti tidak rasmi wanita Kelantan. Sememangnya aktiviti kuliah mingguan ini menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat Kelantan setiap minggu. Inilah peluang mereka untuk mendengar amanat daripada Menteri Besar setiap minggu. Amanat Tok Guru kepada rakyat dalam bentuk kuliah agama. Sememangnya satu isu yang sentiasa diulang-ulang ialah tanggungjawab suami. Ini kerana wanita Kelantan sangat aktif, jadi para lelaki kurang mengambilberat tentang tanggungjawab mereka. Kali ini pula Tuan Guru menyentuh tentang sifat orang lelaki yang suka berbual di kedai kopi, kadang-kadang isu yang dibualkan ialah tentang kelemahan wanita. Jadi beliau mengingatkan pendengar dengan kata-kata "orang lelaki yang suka bercakap tentang orang perempuan ni sebenarnya dia mati pucuk...dia tak mampu sebenarnya, jadi untuk menutup ketidakmampuannya dia akan bercakap besar serta

Kisah Surirumah

Alhamdulillah Jumaat lepas saya berkesempatan bertemu seorang kawan lama, seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 7 orang anak dan dua orang anak angkat. Pertemuan yang tidak dirancang ini amat bermakna, maklumlah semasa sekolah dulu kami amat rapat, dia lah kawan yang mampu menghiburkan hati kawan-kawan lain. Memang suka buat lawak dan menghiburkan hati orang lain. Alhamdulillah beliau masih seperti dulu... Saya amat mengkagumi beliau kerana ketaatan beliau kepada kedua ibubapa, sehingga sanggup berada dirumah walaupun beliau memang seorang wanita yang bijak. Teringat kisah lama sewaktu kami mendapat keputusan peperiksaan SPM, kami mendapat keputusan yang tidak jauh bezanya, malah sama agregat. Tapi nasib kami berbeza...saya berjaya memasuki Pusat Matrikulasi UIA tapi beliau tidak dibenarkan oleh kedua ibubapa untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi beliau meneruskan pengajian ke tingkatan 6, kemudian hasratnya untuk menyambung pelajaran dihalang lagi