Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Kenangan Manis 2015

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana terbuka hati untuk mencatat sesuatu disini sebagai penutup tahun 2015. Alhamdulillah syukur kerana diberi peluang untuk merasai kemanisan hidup diperantauan, serta diberi kekuatan menghadapi segala ujian hidup. Kita yang mengatur aktiviti seharian kita, Manis atau pahit anggaplah ia sebahagian daripada pengalaman merantau. Insya Allah kita akan sentiasa merasa bahagia. 2015 tahun kami mengukuhkan ikatan sekeluarga, tiada aktiviti berkhemah dengan rakan senegara. Alhamdulillah ia mampu meninggalkan kenangan manis dengan cara kami. 2015 sekali lagi kami mampu menghabiskan cuti musim panas ditanahair. Alhamdulillah ketika menjejaki kaki di KLIA saya berpeluang bertemu sahabat lama yang hampir 26 tahun tidak bertemu. Kenangan paling manis bila menaiki pesawat AirAsia yang sama dengan Cikgu Ismail, guru yang bertanggungjawab menguruskan pengangkutan ketika saya Dan rakan-rakan MMP yang mendapat tawaran ke Pusat Mat

Genap 10 Tahun di Oman

Alhamdulillah hari ini 11.11.2015 genaplah 10 tahun kami berada di bumi Oman. Pada tarikh ini 10 tahun lalu, kami tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Seeb selepas seminggu menyambut hariraya Aidilfitri bersama keluarga di kampung. Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan untuk mengutip pengalaman di bumi yang amat indah ini. Alhamdulillah syukur juga kerana diberi peluang mengenali dan bersahabat dengan pelbagai golongan manusia di sini. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt yang mengurniakan rezeki kepada kami sekeluarga disini, satu tempat yang tidak pernah terlintas dalam fikiran ini. Inilah ketetapan Allah untuk kami. Apa yang masih saya ingat, beberapa bulan sebelum berpindah ke Oman, saya sempat melawat pameran International Week di UIA, tempat saya bekerja. Di situ saya melihat gambar pemandangan yang sangat cantik serta terdetik dihati, subhanallah cantiknya tempat ini. Akan tetapi tidak terlintas yang saya akan sampai ke situ. Rupa-rupanya itulah gambaran p

Berakhirnya Cuti di Malaysia 2015

Imej

Sambutan Hari Kidal

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga peluang untuk menulis dari kampung tercinta. Setelah hampir dua bulan menghabiskan cuti musim panas tahun ini, hari ini terbaca tentang sambutan hari kidal. Rupa-rupanya ada hari khas untuk si kidal. Mungkin saya kurang membaca menyebabkan saya tidak tahu kewujudan sambutan ini. Umur dah nak masuk 45 tahun baru dapat maklumat ini. Jadi hari ini saya berpeluang membaca pelbagai tulisan tentang si kidal. Ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju. Apa yang jelas bukan mudah menjadi orang kidal...saya perlu memberi perhatian kepada semua perkara berkaitan penggunaan tangan, sama ada kiri atau kanan. Pernah satu kali anak saya memberi komen tentang masalah saya bila ditanya kiri atau kanan. Umi ni mesti fikir dulu bila ditanya kiri atau kanan. Puncanya kami tersesat dan bertemu seorang lelaki, apabila suami bertanya beliau mana arah jalan utama, beliau memusingkan seluruh tubuh beliau sebelum menjawab soalan suami saya. Anak saya terus

Mendidik Pembantu Rumah

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan insan yang memiliki akhlak yang begitu mulia. Baru sebulan saya mengenali insan tersebut, pertemuan yang tidak dirancang ketika saya menghadiri Nadwah Fiqh yang menghimpunkan ulama sedunia. Ketika itu saya menunggu sesi sebelah petang, manakala rakan tersebut menunggu suami beliau. Masa kosong tersebut kami isi dengan perbualan yang menyentuh pelbagai isu. Hari-hari seterusnya kami hanya bersapa ringkas, hinggalah pada hari terakhir Nadwah beliau meminta saya mengajar beliau teknik yang betul untuk menulis khat. Alhamdulillah tempat tinggal kami agak dekat, jadi saya berpeluang untuk menziarahi beliau. Sesungguhnya Allah ingin memberi pelbagai ilmu kepada saya, bila bersahabat dengan beliau. Di antara pelajaran pertama ialah berbuat baik serta menghargai pembantu rumah. Sememangnya saya begitu kagum dengan cara beliau mendidik pembantu rumah beliau yang berasal dari Etophia. Inilah kali pertama yang mendengar

Teknik Menulis Khat Nasakh Secara Cepat

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah membuka ruang untuk saya berkongsi kemahiran menulis khat dengan beberapa penggemar seni ini di sini. Sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba menghidupkan kembali bakat ini, tetapi akhirnya ia terhenti. Puncanya saya melihat ilmu ini terlalu mudah, tidak bermanfaat buat diri sendiri serta pelbagai lagi fikiran negatif. Akhirnya ilmu yang bertahun-tahun dipelajari secara formal sewaktu zaman persekolahan terpendam begitu saja, terutama apabila saya mula menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di sini, saya dipertemukan dengan beberapa orang guru sekolah anak-anak saya yang menyedari bakat ini, serta meminta saya mengajarkannya kepada pelajar mereka. Alhamdulillah saya sempat beberapa kali berkongsi teknik menulis khat dengan pelajar sekolah anak-anak saya. Kemudian beberapa orang jiran meminta saya mengajar mereka untuk menulis dengan kaedah yang betul. Setelah beberapa kali mencuba beberapa kaedah, akhi

Hati Seorang Ibu

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih beroleh kekuatan untuk menulis di sini. Sebenarnya banyak cerita yang ingin saya kongsikan, agar ia menjadi panduan diri ini suatu ketika nanti. Juga panduan buat wanita yang membaca coretan ini. Sesungguhnya Allah swt menduga kita dengan cara yang berbeza. Apabila kita bertemu dengan insan yang menempuh ujian lebih berat, kita terus bersyukur dengan ujian diri sendiri. Ketika itu kita nampak betapa kecilnya ujian diri sendiri. Petang tadi saya dipertemukan dengan dua orang ibu yang sudah begitu berusia didalam satu majlis di sini. Dua orang wanita hebat suatu ketika dulu, tetapi menyimpan pelbagai kisah hidup yang menyedihkan. Entah kenapa hati saya bagai ditarik-tarik untuk bersembang dengan mereka, ketika rakan-rakan bergelak ketawa diruangtamu majlis. Rupa-rupanya Allah swt ingin memberi peluang kepada saya mendengar pengalaman yang begitu bermakna daripada mereka. Masih terbayang-bayang wajah mereka diruan

Bermain dengan Anak-anak

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu berkongsi cerita disini lagi. Alhamdulillah syukur sekali lagi kerana Allah menyelamatkan kami di bumi Muscat daripada musibah ribut pasir yang mengganas sejak beberapa hari lepas di Semenanjung Tanah Arab. Mengikut ramalan jabatan meterologi Oman, ribut pasir akan sampai ke bumi Muscat semalam, akan tetapi selepas asar keadaan masih cerah seperti biasa. Maka kami mengambil peluang malam tadi untuk keluar menyedut udara segar ditaman sebelum keadaan cuaca lebih buruk. Awal pagi ini kami masih memerhati keadaan udara diluar serta berdoa agar keadaan udara tetap segar seperti biasa. Alhamdulillah petang tadi kami masih mampu keluar meneruskan aktiviti keluarga seperti biasa. Alhamdulillah sudah hampir sebulan kami sekeluarga mula bermain bola tampar bersama-sama di Taman Qurum. Beginilah aktiviti kami suami isteri setiap minggu, melayani minat anak remaja. Suami sentiasa mengikut keinginan anak-anak lelaki beliau bersukan

Bertasbihlah...Pembangkit Kasih Sayang

Bismillah... Alhamdulillah... Kita bertemu Jumaat lagi, mungkin Jumaat kali ini berbeza daripada sebelumnya. Moga ia membawa kebaikan dalam segenap sudut hidup kita. Setiap kali mengaji Quran kita akan bertemu perkataan berkaitan tasbih, satu bentuk amalan mulia yang disebut berulangkali didalam Quran. Malah ada beberapa surah dimulai dengan suruhan bertasbih seperti surah al hadid, al hasyr, al saff, al isra', al jumuah dan al taghabun. سبح لله ما في السموات واﻷرض وهو العزيز الحكيم Yang bermaksud: Bertasbih kepada Allah apa yang berada di langit dan dibumi; Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Manakala didalam beberapa ayat lain Allah swt menyebutkan bahawa semua makhluk yang ada dimukabumi ini bertasbih kepada Allah. Mereka mengetahui cara untuk bertasbih yang sesuai untuk mereka. Begitu juga manusia disuruh bertasbih dengan cara kita, iaitu dengan berzikir setiap hari. Di antara waktu bertasbih yang disebutkan didalam al quran ialah: 1. Sebelum terbit mat

Ketetapan Allah dan Pilihan kita

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi kekuatan pada diri ini untuk berkongsi disini. Semenjak zaman sekolah saya amat suka membaca dan mencari maklumat mengenai kesihatan. Setiap kali membaca akhbar bahagian kesihatan adalah ruangan kegemaran, namun begitu saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan. Disebabkan minat tersebut saya mudah memahami pelajaran sains dan ia merupakan matapelajaran kegemaran saya. Alhamdulillah asas sains yang sedikit membantu saya tidak mudah terpengaruh dengan ilmu kesihatan hari ini. Jika tidak mungkin cara pemikiran saya akan berbeza. DIA lebih mengetahui segala-galanya. Perjalanan hidup kita sememangnya telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta, lain yang kita rancang tetapi lain anugerah-Nya kepada kita. Jika dulu cita-cita saya ingin belajar di Mesir kerana sayangkan bahasa Arab, DIA tetapkan perjalanan saya di UIA, mempelajari bahasa Arab yang formal dan bahasa Inggeris. Alhamdulillah ketetapan-Ny

Surah Yaasin Sumber Kekuatan Rohani

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu menulis disini, mencoret sesuatu serta berkongsi ilmu yang begitu lama disimpan. Moga ia tidak lagi menjadi beban buat diri ini. Satu amalan istimewa yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak bertahun-tahun dulu ialah amalan membaca surah yaasin. Apakah keistimewaan surah ini hinggakan ia dipilih diantara surah-surah lain untuk diamalkan setiap kali malam Jumaat, pertemuan-pertemuan istimewa serta pelbagai aktiviti lain. Apakah ulama terdahulu tersilap memilih ataupun ada ilham yang mereka perolehi daripada Allah swt yang sesuai dengan persekitaran kita? Bersesuaian dengan riwayat tentang surah jni walaupun ia berstatus daif. Apakah kelebihan surah ini yang mampu menyatukan hati-hati penduduk kampung yang ketandusan ilmu agama serta kurang mahir membaca? Semestinya ada satu alasan kuat untuk ulama-ulama tersebut menggalakkannya diamalkan dalam masyarakat kampung. Ketika saya pelajari ilmu CVT dulu kami diberitahu bahawa ad

Ilmu CVT Lagi - Bunyi itu Ubat

Bismillah... Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi disini. Kali ini saya ingin bercerita tentang bunyi, sesiapa yang belajar bidang sains mungkin lebih arif tentang tajuk ini, saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang pernah diperolehi suatu ketika dulu. Bunyi memainkan peranan besar dalam hidup kita, bunyi yang sama akan melekat dalam memori kita, bila didengari berulangkali. Kadangkala kita mampu menyanyikan lagu dan bunyi muzik yang pernah kita dengar berpuluh tahun lalu tanpa perlu bersusah payah mengingat kembali. Ketika kita lahir kita diperkenalkan dengan bunyi azan dan iqamat, iaitu bunyi yang diformatkan ke dalam memori kita. Bayangkan jika kita dihidangkan dengan bunyi-bunyi lain sebagai bunyi pertama kita dengari sebaik saja kita dilahirkan. Minta dijauhkan semua itu. Bunyi yang terlalu kuat boleh memecahkan aura kita, serta menimbulkan perasaan resah dan gelisah kepada kita. Ini dapat kita rasakan ap

Ilmu Mengenal Diri CVT - 2

Bismillah... Alhamdulillah pagi ini saya ingin teruskan perkongsian tentang ilmu mengenal diri yang pernah saya pelajari dulu. Biarlah saya tulis disini agar ia tidak menjadi beban kepada saya suatu ketika nanti. Jika ia bermanfaat jadikan ia sebagai amalan diri, jika tidak bacalah sekadar dapat informasi. Ketika saya belajar, kami dijelaskan tentang konsep tenaga, warna dan bunyi serta perkaitannya dengan diri manusia. Manusia dijadikan dalam bentuk aliran tenaga, setiap organ dalam tubuh kita mempunyai frekuensi tertentu, jika frekuensi organ tersebut stabil dan tersusun, maka kita berada dalam keadaan sihat. Kita boleh tahu kesihatan seseorang melalui akhlak dan tingkahlaku beliau, ia petanda awal bahawa frekuensi organ tertentu masih tetap atau sudah berubah, lama sebelum doktor dapat analisisnya. Orang yang sihat memiliki sifat-sifat positif, manakala orang sakit bersifat negatif. Sebab itulah ada yang mula memperkenalkan attitude therapy, iaitu terapi sikap. Orang yang

Sukar untuk Luahkan

Bismillah... Alhamdulillah syukur kerana masih mampu mencatat disini. Syukur kerana masih diberi kekuatan untuk bernafas di bumi ini. Moga peluang ini akan digunakan sebaik-baiknya. Bila membaca tulisan-tulisan di internet, saya rasa gembira membayangkan betapa mudahnya penulis bercerita dan berkongsi dengan pembaca apa yang mereka rasa. Dalam masa yang sama terbayangkan diri sendiri yang masih terasa sukar untuk meluahkan apa yang tersimpan bertahun-tahun lama. Perkara yang paling sukar bagi saya ialah bila diminta untuk menceritakan tentang diri, kemahiran dan keistimewaan. Mengapakah ia menjadi begitu sukar? Apakah tiada apa yang istimewa dalam diri insan ini?  Bila meneliti buku-buku coretan sepanjang berada disini, memang ada terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi tetapi masih belum bertemu kekuatan sebenar-benarnya. Apakah perlu ada insan yang bertanya baru segalanya akan diluahkan ataupun tunggu suatu detik yang sesuai?  Bila bersembang dengan anak perempu

Jabal Al-Akhdar, Oman

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan kepada kami sekeluarga menziarahi satu tempat pelancongan yang mashyur di Oman iaitu Jabal Al-Akhdar. Alhamdulillah juga kerana diberi peluang untuk melihat keunikan tempat ini, merasai keagungan ciptaan Ilahi. Subhanallah tempat ini begitu indah meskipun bukan hijau sebagaimana namanya. Kami diberitahu kawasan ini akan menghijau ketika musim panas, dan ketika musim itulah ramai pelawat datang merasai kesegaran tempat ini kerana tempat-tampat lain begitu panas. Bongkah berbentuk seperti Sphink di Mesir tetapi pemandu kami menyatakan ia seumpama ular tedung yang kepalanya sedang berkembang Alhamdulillah kami mendapat seorang pemandu yang begitu baik dan peramah, meskipun masa lawatan hanyalah tiga jam termasuk perjalanan pergi dan balik. Kami merasakan kunjungan ini amat bermakna kerana mendapat pelbagai maklumat yang berguna. Sejenis pokok yang buahnya tidak dimakan oleh manusia dan binatang Kawas

Ilmu Mengenal Diri CVT

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur pada Allah, pagi ini terasa nak berkongsi satu ilmu yang telah dipelajari sebelum kami berhijrah ke sini, iaitu ilmu mengenal diri. Sebelum ini saya ada menyentuh sedikit tentang ilmu ini...tetapi belum menerangkan secara lebih lanjut tentangnya. Mungkin ada diantara pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya. Suatu ketika dulu saya pernah kongsikan dengan beberapa orang kawan, kemudian ia terhenti kerana beberapa sebab, beberapa bulan terakhir tahun lepas saya mula menceritakan semula tentang ilmu ini. Sebenarnya saya terasa sayang untuk meninggalkan terus ilmu ini kerana ia banyak membantu saya mengenali orang-orang disamping saya, serta membantu mereka meneroka potensi diri yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka. Ia juga dapat membantu kita memupuk sifat-sifat positif dalam diri, agar lebih berjaya dalam hidup. Gambarajah diatas menjelaskan tentang empat level manusia yang dijadikan Allah swt mengikut susunan Prof Dr

Hubungan Yang Bermakna

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu menulis disini. Alhamdulillah juga kerana masih ada kekuatan untuk berkongsi pengalaman sehari-hari disini. Alhamdulillah suatu ketika dulu saya sempat mengikuti sijil diploma dalam ilmu terapi getaran warna atau lebih dikenali sebagai cvt. Sebenarnya saya mengikuti kursus tersebut secara suka-suka, sekadar ingin menambah ilmu berkaitan. Akhirnya saya jatuh cinta dengan keindahan susunan ilmu tersebut yang membawa pengamalnya lebih dekat kepada Pencipta kita, Allah swt. Ketika itu saya bertemu dengan ramai kawan baru, hubungan yang wujud diantara kami begitu rapat alhamdulillah. Kami berkongsi pelbagai pengalaman yang membawa kami sampai kesitu. Apa yang nyata disana kami diajar cara mengenal diri dan orang-orang disamping kita. Seorang kawan yang mengalami satu penyakit misteri memberitahu..."setiap kali beliau pergi berubat dimana-mana, beliau disuruh belajar mengenali diri, akhirnya beliau

Kembalikan Fokus

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur kerana masih mampu menulis sesuatu disini...satu ruang yang dipilih untuk berkongsi pengalaman hidup ini. Alhamdulillah syukur juga kerana berkesempatan untuk membelek semula tulisan lama, serta meneliti kembali idea yang pernah terlintas difikiran ini suatu ketika dulu. Insya Allah saya akan cuba menyelesaikan segala plan yang pernah dirancang dan baru dirancang semula. Apabila diteliti semula banyak juga perancangan yang tertangguh apabila diri hilang fokus. Sesungguhnya itulah perjalanan yang ditentukan, perjalanan ketika diri keliru dalam memilih apa yang ingin dilakukan seterusnya. Bila diimbas semula betapa sukarnya mencari satu aktiviti yang mampu membuatkan diri ini fokus sepenuhnya untuk melakukannya. Satu demi satu aktiviti dicuba tetapi ia tidak mampu membuatkan diri ini fokus sepenuhnya, semuanya dilakukan hanya untuk menenangkan hati. Setakat ini hanya ada satu kemahiran saja mampu menceriakan diri ini bila dilakukan

Belajar Mengenal Diri

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah saya masih berpeluang mencatat disini. Hasrat hati ini ingin menjadikan blog ini sebagai tempat saya mengasah kembali bakat menulis. Moga beroleh kekuatan dan kesabaran untuk menunaikan hasrat ini. Alhamdulillah minat ini kembali subur setelah melihat kesungguhan anak perempuan saya menyiapkan beberapa cerita pendek dalam bahasa Arab. Jika anak mampu melakukannya, apakah ibu masih mampu berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa?  Alhamdulillah 'ala kulli hal... Kembali kepada tajuk diatas "belajar mengenal diri", apa itu mengenal diri? Bila diimbas kembali perjalanan hidup, begitu banyak kisah dan rentetan peristiwa yang kita lalui, ada yang manis, gembira sedih, kecewa serta pelbagai lagi situasi yang kita lalui sehari-hari. Apakah semuanya berlaku secara kebetulan ataupun ia adalah ketetapan Allah swt kepada kita? Kadang-kadang kita terasa begitu gembira dengan kurniaan tanpa disangka-sangka yang kita perolehi. S

Tempat Baru Suasana Baru

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah kerana beroleh kekuatan untuk mencatat kembali disini. Alhamdulillah sekali lagi kerana masih beroleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan dibumi asing, walaupun hati begitu ingin berada ditanahair tercinta. Alhamdulillah kenangan percutian ditanahair pada tahun lepas banyak memberi semangat buat diri ini mengharungi hidup dibumi Muscat ini. Bila terasa sunyi keindahan masjid ini mengubat hati. Masjid Said bin Taimur ini terletak berdekatan rumah kami sekarang. Alhamdulillah hati terasa begitu tenang bila memandangnya dari tingkap belakang rumah. Inilah bahagian depan masjid yang begitu cantik. Saya masih teringat lagi masjid inilah tempat kami singgah beberapa kali ketika mencari rumah disekitar kawasan ini pertengahan tahun lepas. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki untuk kami tinggal berdekatannya. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana meletakkan kami ditempat yang begitu indah, penuh ketenangan. Dihadapan rumah pula ada ta