Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ulasan Buku

Buku-buku tentang Baligh

Alhamdulillah hari ini saya teringin berkongsi tentang 'buku-buku tentang baligh', diantaranya buku 'bulugh bila khajal' yang sedang dibaca. Buku tulisan Dr. Akram Ridha ini termasuk ke dalam siri ' aulaadina ' iaitu anak-anak kita, yang mana ada tiga buah buku yang ditulis oleh beliau sebagai panduan kepada ibubapa untuk memahami anak-anak remaja. Akan tetapi menurut penulis, buku tersebut lebih popular dikalangan anak-anak remaja sendiri, bukannya ibubapa (target pembaca). Buku-buku lain dalam siri ini ialah 'murahaqah bila azmah'  dan 'shabab bila masyakil' . Disamping itu terdapat beberapa buah buku lagi yang juga amat menarik untuk menjadi sumber maklumat ibubapa tentang peringkat ini. Insya Allah, saya akan berusaha untuk menghabiskan bacaan buku-buku tersebut sebagai panduan mendidik anak-anak yang semakin membesar, dan akan menempuh alam remaja. Itulah tugas surirumah, jika kita tidak cuba memahami persoalan remaja, akhirnya anak-ana...

Buku-buku Motivasi Arab

Alhamdulillah seronoknya bila dapat membaca buku-buku motivasi untuk memotivasi diri sendiri. Macam-macam jenis buku motivasi boleh didapati dipasaran. Biasanya saya tidak memilih buku sama ada dalam bahasa Malaysia, Inggeris ataupun Arab, janji ia buku motivasi. Buat masa sekarang saya lebih banyak membaca buku-buku motivasi Arab dan Inggeris, kerana buku-buku berbahasa melayu tak ada disini. Apa yang ketara sangat didalam buku-buku motivasi ini ialah bagaimana penulis cuba mengajar kita menyemai sikap positif, sama ada dari sudut pandangan Islam ataupun pandangan agama lain. Kebanyakan buku motivasi berbahasa Arab masih baru dalam pasaran, serta banyak merujuk buku-buku berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Satu keistimewaannya ialah olahan penulis menjadikan ia sebagai satu jalan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah swt.  Di antara buku motivasi berbahasa Arab yang terkenal dikalangan orang-orang Melayu adalah buku 'La Tahzan' tulisan Dr. Aidh Al-Qarni. ...

Mimpi Melihat Rasulullah saw - Ulasan Buku

Sekadar berkongsi satu tajuk yang dihuraikan dalam buku "Assyifa Annafsi wa asrar Annaum wa 'ilm jamal" tulisan Dr. Ahmad Shawqi Ibrahim. Menurut penulis: " Apabila seseorang melihat Rasulullah saw dalam mimpi "ru'ya" sesungguhnya dia telah melihat baginda yang sebenarnya kerana Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis iaitu "barangsiapa yang melihatku didalam mimpi, sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak menyerupaiku", manakala dalam riwayat lain:  "sesiapa yang melihatku didalam mimpi sesungguhnya dia telah melihatku yang sebenar-benarnya, sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku". Maka ia adalah mimpi yang benar kerana ia berkaitan dengan Rasulullah saw. Menurut penulis lagi: "Sekiranya kita memikirkan tentang perkara ini, kita akan dapati bahawa ia adalah nikmat daripada Allah swt kepada insan tersebut." Jika kita berfikir lagi: "Siapakah 'sahabi'? Merekalah orang-orang Mukmin yan...