Belajar Mengenal Diri
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah saya masih berpeluang mencatat disini. Hasrat hati ini ingin menjadikan blog ini sebagai tempat saya mengasah kembali bakat menulis. Moga beroleh kekuatan dan kesabaran untuk menunaikan hasrat ini. Alhamdulillah minat ini kembali subur setelah melihat kesungguhan anak perempuan saya menyiapkan beberapa cerita pendek dalam bahasa Arab. Jika anak mampu melakukannya, apakah ibu masih mampu berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa? Alhamdulillah 'ala kulli hal... Kembali kepada tajuk diatas "belajar mengenal diri", apa itu mengenal diri? Bila diimbas kembali perjalanan hidup, begitu banyak kisah dan rentetan peristiwa yang kita lalui, ada yang manis, gembira sedih, kecewa serta pelbagai lagi situasi yang kita lalui sehari-hari. Apakah semuanya berlaku secara kebetulan ataupun ia adalah ketetapan Allah swt kepada kita? Kadang-kadang kita terasa begitu gembira dengan kurniaan tanpa disangka-sangka yang kita perolehi. S...