Suasana di Tunisia sekarang

Selepas enam bulan Revolusi Tunisia berlaku, keadaan di Tunisia kembali tenang seperti biasa dikawasan-kawasan pelancongan, tetapi menurut penduduk disini suasana musim panas tahun ini tidak semeriah tahun-tahun lepas.

Ini kerana bilangan pelancong begitu sedikit, malah menurut laporan banyak hotel yang terpaksa ditutup kerana menganggung kerugian, atas kekurangan pelanggan.

Apa yang saya saksikan ialah ada beberapa orang askar ditempatkan ditempat-tempat tertentu, yang mana ia adalah pemandangan biasa .

Alhamdulillah kami berkesempatan melawat beberapa tempat bersejarah di sini, namun begitu masih belum sampai ke bandar Qairawan, yang terletak cuma 50km daripada kawasan suami, iaitu sebuah bandar bersejarah yang paling penting dalam sejarah penyebaran Islam di Afrika.

Rezeki kami ialah dapat menyertai lawatan rombongan pelajar kuttab disini ke bandar Tunis, jadi dapatlah kami turut-serta melawat beberapa tempat penting di bandar tersebut, termasuklah Pusat Sains dan bandar bersejarah Port Said.

Kami juga sempat melawat bandar Monastir serta Mahdiah dipesisiran pantai, dua buah tempat yang dikenali dalam sejarah Tunisia; Di al-Mahdiah, kami sempat melawat Masjid yang dibina semasa pemerintahan kerajaan Fatimiyah di Tunisia iaitu lebih-kurang tahun 300H.

Sekarang kerajaan Tunisia masih dalam pemerintahan sementara, sementara proses pendaftaran penduduk untuk mendaftar sebagai pengundi masih dibuka sehingga 2 Ogos ini.

Apa yang jelas, ramai wanita mula bertudung, walaupun kebanyakan mereka masih berpakaian ketat ala-ala wanita barat. Masjid-masjid juga semakin mendapat tempat dihati penduduk, azan juga telah mampu dilaungkan secara bebas, azan-ayat quran dikumandangkan dimasjid-masjid sebelum waktu subuh.

Apa yang pasti Revolusi Tunisia telah mampu membawa kebaikan kepada penduduk disini, juga semakin membuka peluang kepada penduduk disini untuk kembali menghayati Islam setelah lebih 50 tahun mereka dihalang untuk mempraktikkannya secara terbuka.

Moga Allah memudahkan usaha-usaha mereka untuk membentuk kerajaan baru yang adil, telus dan saksama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman