Kalbuh Park - Taman buatan Manusia
  Alhamdulillah...inilah tempat kami sekeluarga mencari ketenangan setiap kali hujung minggu.   Bila berada di kawasan padang pasir, mata kita teringin untuk melihat kehijauan pokok untuk menenangkan hati.   Bila dapat melihat kehijauan taman serta berendam air laut, itulah nikmat yang tidak dapat digambarkan.   Mana lagi nak pergi ketika diperantauan?     Pemandangan dari pintu masuk      Barisan pokok-pokok kurma       Bahagian hujung taman       Bahagian depan taman dilihat dari astaka       Bahagian tengah taman  dilihat dari  astaka       Anak-anak saya bermain selepas berenang       Pantai sebelum pintu masuk ke Taman Kalbuh       Pantai Kalbuh yang terletak di hadapan Taman   Sekadar berkongsi keindahan taman buatan manusia yang menganjur disepanjang bukit di Mutrah, Oman.  Taman ini terletak sebelum masuk ke pintu gerbang ke Muscat, ibu negara Oman.